NEW YORK, 6 Oktober 2015 /PRNewswire/ --
-Jenama Jam Tangan Swiss Menjadi Penjaga Masa Rasmi Pertama NBA, WNBA, dan Liga Pembangunan NBA –
- Kerjasama Baharu akan Mempertingkatkan Permainan melalui Sistem Pemasaan Bersepadu Kolaboratif --
Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan TISSOT hari ini mengumumkan kerjasama baharu di peringkat global untuk beberapa tahun yang menjadikan jenama jam tangan Swiss itu sebagai Penjaga Masa Rasmi pertama untuk NBA, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA), dan Liga Pembangunan NBA (NBA D-League).
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151005/273851)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151005/273852)
Ini menandakan kerjasama Penjaga Masa Rasmi pertama bagi TISSOT bersama liga sukan Amerika Utara yang terkemuka dan merupakan kerjasama terbesar dalam sejarah syarikat itu selama lebih 160 tahun. Menerusi perjanjian itu, TISSOT menjadi tambahan kepada portfolio kerjasama sukan dan acara sukan antarabangsa yang sedia mantap.
TISSOT, pembuat jam tradisional Swiss nombor satu dari segi jumlah keluaran dan ahli Swatch Group - pengeluar dan pengedar jam tangan terbesar dunia - akan bekerjasama dengan NBA untuk membangunkan sistem pemasaan bersepadu yang tercanggih. Sistem penjagaan masa baharu yang tepat itu, termasuk jam jaringan berjenama TISSOT, akan dilaksanakan di kesemua 29 arena NBA bermula dengan musim NBA 2016-17.
"TISSOT amat berbangga kerana dapat menyertai NBA dan dapat mewujudkan ikatan bersama para pemain dan peminat," kata Francois Thiébaud, Presiden TISSOT. "Emosi dan semangat di sebalik sukan ini akan seterusnya diterjemahkan ke dalam produk kami. Tugas harian kami adalah menggayakan masa. Kami menghasilkan rekaan penuh keindahan dan serta dan lebih tepat lagi perasaan dan juga itulah yang dilambangkan oleh sukan, khususnya NBA."
"Dalam sukan bola keranjang setiap saat - atau satu persepuluh saat - mampu menjadi kritikal, dan kerjasama baharu dengan TISSOT ini akan membawakan teknologi pemasaan yang canggih kepada setiap arena NBA," kata Pesuruhjaya NBA Adam Silver. "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan TISSOT, jenama bertaraf dunia dengan sejarah yang panjang dalam membangunkan sistem penjagaan masa yang inovatif dan boleh diharapkan."
Selain itu, syarikat jam tangan itu akan menerima hak pelesenan liga global untuk jam, jam tangan, jam dinding dan aksesori jam tangan bagi kesemua pasukan NBA. TISSOT akan memberikan sokongan bagi kerjasama itu di gedung-gedung runcitnya di seluruh dunia.
Kerjasama itu akan bermula pada minggu ini semasa NBA Global Games 2015-16, yang akan menampilkan enam pasukan NBA bermain untuk tujuh perlawanan musim biasa dan pramusim di enam buah negara. TISSOT akan turut menjadi Penjaga Masa Rasmi dan Jam Tangan Rasmi beberapa acara liga, termasuk NBA All-Star, NBA Draft yang dibawakan oleh State Farm, Samsung NBA Summer League, dan NBA Global Games.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, TISSOT akan membuat pelaburan merentasi semua pasukan NBA dan rakan penyiaran liga. Selain itu, TISSOT dan NBA akan bekerjasama di peringkat global melalui acara, pemasaran, media dan melancarkan usaha kreatif serta pengiklanan bertemakan NBA yang baharu.
Wakil:
Kim Mandara, NBA, +1-212-407-8158, kmandara@nba.com
Chloé McGill, TISSOT, +41-32-933-34-73, chloe.mcgill@tissot.ch
SUMBER TISSOT S.A.