omniture

Diesel Bersih - Pemacu Kereta Moden dan Kawalan Emisi Ketat

International Platinum Group Metals Association
2015-10-12 09:35 522

MUNICH, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

- Teknologi berasaskan PGM bantu penuhi peraturan paling ketat 

Teknologi diesel bersih semasa yang bergantung kepada logam kumpulan platinum (PGM) merupakan pilihan yang sesuai untuk pengangkutan mampan masa kini dan untuk jangka masa panjang. Dengan suntikan bahan api yang lebih baik, kawalan enjin elektronik dan kawalan emisi yang cekap bagi kereta Diesel Bersih dapat memenuhi had emisi masa kini dan masa depan serta memberikan kecekapan bahan api yang tinggi. Kereta diesel moden menggunakan kurang bahan api, mengeluarkan kurang 15% gas CO2 berbanding jenis gasolin, selain membantu para pembuat kereta mencapai sasaran purata flit CO2 2021 EU. Sistem enjin yang terus dipertingkat yang digabungkan dengan teknologi pemangkin akan turut mengurangkan emisi pemanduan sebenar. 

Teknologi diesel sentiasa ditambah baik: teknologi generasi terkini menggabungkan enjin diesel emisi rendah, bahan bakar diesel sulfur rendah dan pengubah bermangkin khusus yang menampilkan PGM, penapis jelaga canggih, dan alat-alat lain untuk mengurangkan emisi yang berbahaya. Platinum, paladium dan rodium - logam bagi kumpulan PGM - disalut kepada substrat yang terkandung dalam sistem ekzos serta berfungsi sebagai pemangkin. PGM adalah penting bagi tindak balas penukaran dan dengan itu memainkan peranan penting dalam mengurangkan emisi dengan ketara sehingga 99%.

Dua unsur ekzos utama yang dihasilkan oleh enjin diesel ialah bahan partikel (PM atau jelaga) dan nitrogen oksida (NOx). Penapis partikel diesel baharu dapat memerangkap sehingga 95% jelaga, sementara NOx, hasil sampingan daripada udara yang dipanaskan dalam silinder semasa pembakaran, dapat dikawal menggunakan Peredaran Semula Gas Ekzos (EGR), Pengurangan Bermangkin Terpilih (SCR), dan Penjerap NOx (perangkap NOx).

Maklumat lanjut: http://www.ipa-news.com

Latar Belakang IPA 

Persatuan Logam Kumpulan Platinum Antarabangsa (IPA) merupakan sebuah persatuan bukan untung yang mewakili syarikat-syarikat perlombongan, pengeluaran dan fabrikasi utama di seluruh dunia dalam industri logam kumpulan platinum (PGM) global, yang terdiri daripada platinum, paladium, iridium, rodium, osmium dan rutenium. Organisasi tersebut diasaskan pada tahun 1987 dan berpangkalan di Munich, Jerman.

Hubungi:
Tania Bossi
Pengurus Komunikasi
tania.bossi@ipa-news.com
+49-89-51996770

Source: International Platinum Group Metals Association
Related Links:
Keywords: Auto Oil/Energy Transportation Utilities