omniture

nanoFlowcell AG Rancang Bina "QUANT City" di Switzerland

nanoFlowcell AG
2015-10-12 11:00 349

SCHAAN, Liechtenstein dan TENERO, Switzerland, 9 Oktober 2015/PRNewswire/ --

Pusat penyelidikan dan pembangunan baharu untuk teknologi sel aliran di Tenero di Ticino

  • Pembinaan akan dimulakan pada awal tahun 2016 - siap pada tahun 2018
  • Sehingga 200 peluang pekerjaan untuk jurutera, penyelidik, dan peguam
  • Pembangunan aplikasi baharu bagi nanoFlowcell®
  • Pengeluaran siri kecil QUANT dalam rekaan modular

Rancangan nanoFlowcell AG untuk tahun 2016 melibatkan pembinaan pusat penyelidikan dan pembangunan yang termaju dikenali sebagai "QUANT City" di Tenero, Ticino, kanton di Switzerland. Dalam kawasan seluas 25,000 meter persegi, aktiviti di QUANT City akan dikhususkan untuk penyelidikan dan pembangunan lanjut bagi teknologi sel aliran serta ujian aplikasi baharu untuk nanoFlowcell®, yang mana - secara ringkasnya - dua cecair berion menjana tenaga elektrik dengan satu proses kimia. Tertakluk kepada kontrak yang ditandatangani untuk tujuan pembelian tapak itu, ia dirancang untuk siap pada tahun 2018. Antara 150 dan 200 peluang pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan di tapak itu di Ticino untuk jurutera, penyelidik dan peguam, pekerjaan yang akan mencipta atau melindungi secara tidak langsung 2,500 lagi peluang pekerjaan untuk pembekal dan penyedia khidmat di sekitar kawasan Ticino.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151007/274951 )

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151007/274952 )

Dengan kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran tercanggih ini, nanoFlowcell AG berhasrat untuk terus memajukan banyak kegunaan berpotensi nanoFlowcell® dalam industri dan oleh pengguna. Daripada pembangunan lanjut dalam sektor automotif sehinggalah digunakan sebagai sistem tenaga untuk bangunan dan kegunaan dalam perkapalan, aeroangkasa, serta lalu lintas trafik, para penyelidik dan pembangun di QUANT City akan mengkaji aplikasi yang menjimatkan kos serta berbaloi dari segi ekologi dan membolehkan semua ini dimanfaatkan untuk kegunaan praktikal.

Nunzio La Vecchia, Ketua Pegawai Teknikal di nanoFlowcell AG, mempunyai motivasi yang tinggi dan yakin dalam menghadapi masa depan: "Dengan nanoFlowcell®, kami berpotensi untuk mencipta teknologi tenaga yang paling inovatif, mampan, dan bertahan lama di dunia. Ia merupakan teknologi yang mempunyai banyak kegunaan dan kami di QUANT City akan terus membangunkannya dan berhasrat untuk memasarkannya. Bagi memberi tumpuan untuk mengekalkan kelebihan penyelidikan sedia ada kami, QUANT City akan memberikan kami prasarana dengan keperluan teknikal dan saintifik yang diperlukan untuk kejayaan kami."

Penyiapan pusat penyelidikan dan pembangunan QUANT City ini, yang sejajar dengan kegunaan darat dan pelan pembangunan rantau ini, dirancang akan siap pada pertengahan tahun 2018. Pentadbiran perbandaran Tenero-Contra juga berminat dalam projek pembinaan ini. Pengendalinya adalah syarikat yang baru ditubuhkan, nanoResearch SA, sebuah anak syarikat milik penuh nanoFlowcell AG.

nanoResearch SA

nanoResearch SA akan bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan. Selain pembangunan lanjut yang intensif bagi nanoFlowcell®, tugas syarikat itu, yang ditubuhkan pada November 2014, akan turut melibatkan pemasaran paten dan hak pelesenan bagi teknologi nanoFlowcell. Bagi tujuan ini, ejen dan peguam paten antarabangsa akan turut melaksanakan tugas mereka di QUANT City.

Memanfaatkan realiti maya untuk mencapai matlamat

Realiti maya akan menjadi tumpuan usaha penyelidikan yang dijalankan di QUANT City. Bagi mengusahakan kombinasi penyelidikan dan pembangunan di lokasi ini, nanoFlowcell AG akan memindahkan "nanoFlowcell DigiLab" mereka yang sedia ada dari Zürich ke Tenero. Peranan penting dalam prinsip realiti maya dimainkan dengan pembayangan grafik bagi realiti dan ciri-ciri fizikal serta kimianya dalam persekitaran maya yang interaktif. Ini akan melibatkan pelaksanaan grafik, pembayangan, dan penilaian dalam masa sebenar bagi keputusan yang disokong oleh komputer daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Perisian animasi dan simulasi 3D tercanggih akan digunakan untuk tujuan ini.

Dengan bantuan realiti maya, sudah tentu kami boleh mara ke hadapan dengan menskalakan perkakasan nanoFlowcell® untuk kegunaan yang berbeza. "Oleh kerana nanoFlowcell® tidak mempunyai bahagian yang bergerak, secara teorinya, tidak ada had dalam penskalaan sistem tenaga ini. Kami mungkin kecil, namun kami boleh juga menjadi besar. Dan itulah yang akan disimulasikan, dikaji, dan diuji dalam penyelidikan kami melalui realiti maya," kata Ketua Pegawai Teknologi Nunzio La Vecchia.

Pengeluaran siri kecil kereta sport QUANT dalam bentuk modular

Pasukan Nunzio La Vecchia kini sedang bekerja keras bagi mendapatkan kelulusan untuk pengeluaran siri QUANT F dengan nanoFlowcell®, yang mana model sebelumnya, QUANT E, sudah pun diluluskan oleh TÜV di Jerman, untuk kegunaan individu di Jerman serta Eropah. Sebaik sahaja semua syarat berjaya dipenuhi untuk penghasilan siri, QUANT baharu itu akan memulakan penghasilan siri kecilnya di QUANT City.

Rekaan modular QUANT akan dihasilkan di sini, dan ini bermakna, komponen yang telah siap, seperti cesi, sistem gandar, sistem dalam kereta dan komponen enjin serta gear akan dihantar sebelum siap ke QUANT City dan akan melalui fasa pemasangan akhir di sini.

"Kami memilih untuk menjalankan pengeluaran siri kecil di Tenero agar kami boleh juga terus mencapai kemajuan secara berkesan di sampingnya dengan pembangunan lanjut nanoFlowcell® dalam bidang automotif. Penghasilan seperti ini tidak akan memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar," kata Nunzio La Vecchia.

Akademi QUANT 

Sebagai pusat pembangunan lanjut bagi teknologi sel aliran, nanoFlowcell AG di QUANT City akan turut bertanggungjawab untuk tugas-tugas saintifik pada masa depan. Selain daripada penyelidikan asas, penyelidikan dan pengajaran berkaitan sel aliran akan turut menjadi sebahagian tetap daripada QUANT City melalui kolaborasi dengan universiti, institut dan pusat saintifik lain. Setakat ini, "Akademi QUANT" akan ditubuhkan, yang akan menggabungkan semua bidang penyelidikan dan pembangunan dalam kumpulan syarikat nanoFlowcell AG. Kajian saintifik seperti disertasi ijazah dan tesis kedoktoran dalam teknologi sel aliran dan juga dalam cecair berion sebagai sumber tenaga masa depan boleh dan akan dijalankan pada masa depan di QUANT City dalam Akademi QUANT. Setakat ini, nanoResearch SA akan menawarkan bukan sahaja premisnya, tetapi juga keperluan teknikal dan juga saintifik. Saintis, jurutera, dan calon doktor falsafah yang prospektif akan diberikan peluang untuk belajar daripadanya dan menjalankan penyelidikan bersama tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang penyelidikan dan pengajaran serta mendapat pengalaman praktikal dalam industri.

Majlis perbandaran Tenero mengulas tentang projek pembinaan QUANT City yang dirancang di Ticino:

"Kami mengikuti pembangunan QUANT City dengan minat yang tinggi sejak tahun 2010, maknanya sejak ia dimulakan lagi. Tambahan lagi, pada bulan Jun, kami mempertimbangkan rancangan untuk membina kemudahan pengeluaran dan penyelidikan di Tenero untuk kenderaan Quant. Selaras dengan perancangan yang telah diluluskan, majlis perbandaran di Tenero menyokong penuh pembangunan di tapak bekas kilang kertas ini, terutamanya apabila projek QUANT City juga selari dengan kepentingan rantau untuk kemajuan masa depan Tenero."

Latar Belakang nanoFlowcell AG

nanoFlowcell AG, yang ditubuhkan pada akhir tahun 2013, merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan yang inovatif. Fokus penyelidikan yang dijalankan oleh nanoFlowcell AG adalah untuk pembangunan maju bagi teknologi pemanduan dan sistematik teknologi sel aliran. Dengan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan oleh SGS TÜV Saar pada Julai 2014 dan permit memandu berkaitan untuk Jerman serta Eropah, nanoFlowcell AG melancarkan kereta pertama dengan pemanduan sel aliran ke jalan raya, QUANT E. Pencapaian seterusnya untuk syarikat itu adalah pengesahan untuk penghasilan siri QUANT F dan pembangunan untuk penggunaan lain bagi nanoFlowcell® dalam industri dan bidang perniagaan lain. Setakat ini, dua buah anak syarikat milik penuh nanoFlowcell AG telah ditubuhkan pada tahun 2014, iaitu nanoProduction GmbH di Waldshut di Jerman, dan nanoResearch SA di Switzerland.

Wakil Media
Pasukan akhbar di nanoFlowcell AG sedia untuk menjawab sebarang soalan dan boleh dihubungi di:

Hill+Knowlton Strategies GmbH 
Ernst Primosch, Ketua Pegawai Eksekutif
Darmstädter Landstr. 112
60598 Frankfurt, Jerman 
presse@nanoflowcell.com
D: +49-69-97362-38

Source: nanoFlowcell AG
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Commerce Corporate Expansion