omniture

Extell Development & JLL Bekerjasama Untuk Pasarkan One Manhattan Square

Extell Development Company
2015-10-15 08:30 152

Pemaju Berpangkalan Di AS Perluas Capaian Dengan Firma Pengurusan Global

NEW YORK, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Extell Development Company yang berpangkalan di New York, iaitu sebuah firma pemaju hartanah mewah utama, telah mengumumkan kerjasama antarabangsa julung kalinya bersama JLL, sebuah firma pengurusan global dengan lebih 230 buah pejabat korporat yang beroperasi di 80 buah negara di seluruh dunia. Dengan portfolio hartanah yang luas melebihi 20 juta kaki persegi, Extell, yang mengendalikan jualan dan pemasarannya sendiri secara dalaman, bekerjasama dengan JLL bagi menjalankan kempen antarabangsa untuk membangunkan kediaman mewah akan datangnya, One Manhattan Square.  

"Kerjasama baharu ini menyediakan peluang hebat untuk firma kami," kata Gary Barnett, Presiden Extell Development Company. "Ketika para pembeli antarabangsa terus mencari kediaman di Bandar Raya New York, kerjasama dengan salah satu firma perkhidmatan global yang paling dihormati ini membolehkan kami meluaskan kehadiran jualan kami di luar Amerika Syarikat."

Bagi menandakan pelancaran peringkat antarabangsa secara rasmi bagi portfolio Extell, kedua-dua firma akan mengambil bahagian dalam siri pameran akan datang pada November ini, termasuk hentian di Beijing, Hong Kong, Shanghai, Singapura dan Kuala Lumpur. Bagi tujuan menyampaikan penawaran One Manhattan Square, wakil-wakil kanan daripada Extell akan hadir di pelbagai pasaran.

"Kami begitu gembira kerana dapat bekerjasama dengan salah satu firma pemaju hartanah terbaik di Bandar Raya New York untuk memasarkan projek ini," kata Scott Latham, Naib Pengerusi New York Capital Markets Group, di JLL. "Mengambil kira penawaran unik One Manhattan Square, pemandangan sungai dan bandar yang menakjubkan, bersama reputasi cemerlang Extell, kami menjangkakan pembangunan ini memiliki tarikan antarabangsa yang kuat. Kami berharap dapat menerima maklum balas positif di pameran kami pada November ini."

Sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka bagi hartanah kediaman, komersial, runcit, hospitaliti dan pelbagai guna, yang beroperasi terutamanya di Manhattan, hartanah Extell terkenal dengan rekaan sofistikated, pelan lantai yang luas dan kemudahan kelas pertama. Melalui kolaborasi dengan para arkitek dan ahli-ahli profesional rekaan bertaraf dunia, firma ini telah membangunkan antara kondominium mewah paling laris di Manhattan, termasuk One57, One Riverside Park dan The Carlton House yang memecahkan rekod.

"Kami berbangga dengan hasil kerja kami, dan kami berusaha memberikan kualiti terbaik kepada para pembeli kami," kata Raizy Haas, Naib Presiden Kanan, Pengurusan dan Pembangunan Projek di Extell. "One Manhattan Square merupakan salah satu projek terbesar kami setakat ini, menawarkan pelbagai kediaman dan reka letak dengan harga yang amat menarik, termasuk apa yang akan menjadi pakej kemudahan terbesar di Manhattan."

Dengan lebih 50 tahun pengalaman di Asia Pasifik dan 81 buah pejabat di 16 negara di seluruh rantau ini, baru-baru ini JLL dinamakan sebagai 'Perunding Hartanah Terbaik' di tujuh buah negara Asia Pasifik sempena Anugerah Hartanah Antarabangsa Asia Pasifik 2014 dan berjaya meraih sembilan anugerah Asia Pasifik sempena Anugerah Hartanah Euromoney 2013.

Source: Extell Development Company
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Contracts Licensing/marketing agreements