omniture

JA Solar Lancar Kemudahan Pengeluaran Sel Suria 400MW di Malaysia

- Kemudahan pengeluaran pertama di luar China -
JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-10-26 07:00 1328

PULAU PINANG, Malaysia, 26 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings, Co., Ltd, (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar produk kuasa suria berprestasi tinggi yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran kemudahan pengeluaran sel solar fotovolta (PV) berprestasi tinggi 400MW ("Kemudahan") di Pulau Pinang, Malaysia.

Kemudahan tersebut yang merupakan kemudahan pengeluaran milik JA Solar yang pertama di luar China ini lengkap untuk menghasilkan sel suria berkecekapan tinggi berbilang hablur untuk digunakan dalam penjanaan tenaga PV.  Sel-sel ini khususnya akan digunakan dalam pengeluaran modul-modul JA Solar di luar China bagi menyediakan penyelesaian produk yang berdaya saing untuk beberapa pasaran luar negara. JA Solar melabur kira-kira MYR300 juta untuk kemudahan itu yang terletak di Taman Perindustrian Bayan Lepas Pulau Pinang. Kemudahan itu akan menyediakan sehingga 700 peluang pekerjaan untuk ekonomi tempatan, dan mampu menampung proses perluasan kapasiti pengeluaran selanjutnya seperti yang dikehendaki bagi memenuhi peningkatan permintaan.

En. Baofang Jin, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, mengulas, "Kami berbesar hati untuk melancarkan kilang pengeluaran kami di Malaysia kerana negara ini menawarkan banyak manfaat yang menarik seperti mesra pelaburan dan persekitaran perniagaan yang membantu. Lokasi Pulau Pinang yang strategik di Asia Tenggara yang memiliki kemudahan akses ke lapangan terbang dan pelabuhan, serta prasarana yang andal adalah bermanfaat kepada kapasiti pengeluaran tambahan kami ketika kami terus meneroka pasaran eksport baharu.

"Kami gembira mendapat tahu JA Solar Malaysia mematuhi sepenuhnya semua peraturan tempatan dan telah menerima semua lesen-lesen perniagaan, pengeluaran, dan alam sekitar yang diperlukan, serta kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. Kami akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang berkaitan bagi memastikan kami terus mematuhi semua undang-undang dan peraturan."

Latar Belakang JA Solar Holdings Co., Ltd.

JA Solar Holdings, Co., Ltd. adalah peneraju terkemuka bagi produk tenaga suria berprestasi tinggi yang menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik untuk penjanaan tenaga di kediaman, komersial dan berskala utiliti. Syarikat itu adalah salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk tenaga suria. Tawaran produk-produk standard dan berprestasi tinggi adalah antara yang paling berkuasa dan menjimatkan kos dalam industri. Syarikat itu mengedarkan produk menggunakan jenama mereka sendiri dan juga mengeluarkan produk bagi pihak pelanggan. Syarikat itu menghantar 3.1 GW produk kuasa suria pada tahun 2014. JA Solar beribu pejabat di Beijing, China dan mengendalikan kemudahan pengeluaran di China serta Malaysia.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services