omniture

Corporate360 Lancar Tech SalesCloud, Perkhidmatan Awan Data Pemasaran IT untuk Asia Pasifik

Corporate360
2015-10-30 14:07 307

Tech SalesCloud adalah lubuk emas untuk pemasar teknologi yang mempunyai lebih 500,000 maklumat perhubungan pengurusan IT memperlihatkan berjuta-juta peluang jualan

SINGAPURA, 30 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Corporate360 (C360), penyedia data maklumat pemasaran dan penjualan B2B yang terkemuka di dunia, mengumumkan pelancaran Tech SalesCloud, sebuah platform awan Data-sebagai-Perkhidmatan (DaaS) untuk rantau APAC.

C360 ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan platform data pemasaran IT melalui model langganan DaaS dengan sokongan penyelenggaraan berterusan untuk memastikan kejituan data 100%. Pada masa kini, Tech SalesCloud meliputi 14 pasaran utama termasuk Australia, New Zealand, ASEAN, China, India, Jepun, dan Korea, untuk membentuk satu pangkalan data yang mengandungi lebih 1,000,000 maklumat perhubungan eksekutif.

Tech SalesCloud membolehkan pemasar IT untuk mencari pemasangan teknologi lama, kitaran segar semula teknologi, pola belian, dan status luput sistem. Ia mengesyorkan panduan jualan untuk pemasangan baharu, penaiktarafan, penyegaran semula teknologi, pembelian oleh pesaing dan perkhidmatan IT yang berkaitan.

Peluang Besar Penyegaran Semula Teknologi di Asia Pasifik & Jepun

C360 merekodkan 250,000 perusahaan, dengan lebih 10,000,000 jenis teknologi yang meliputi pelayan, storan, rangkaian, perisian, komputer meja, pencetak, dan awan yang menyumbang kepada 95% daripada jumlah perusahaan berkaitan pasaran IT berasaskan pemasangan di Asia.

Penyelidikan C360, meliputi negara-negara seperti Australia, Jepun, Singapura, China dan India, menemui tanggapan mengejutkan terhadap peluang jualan pada masa terdekat:

  • 20,000 pelanggan aplikasi perusahaan bercadang untuk Menaik Taraf & Berpindah ke versi & awan yang lebih baru
  • 5,000,000 jenis pusat data bagi pelayan, storan dan sistem rangkaian berada dalam kitaran berteknologi segar semula menjelang tahun 2016-2018
  • 16,000 buah syarikat melaporkan pertumbuhan data tahun-ke-tahun sebanyak 40%, bercadang memindahkan data Ujian, Pembangunan, Sandaran, Arkib ke awan
  • Awan, Penyimpanan Kilat, Dalam Memori, Pengkomputeran seragam & Penyelesaian yang ditakrifkan perisian adalah topik hangat dalam kalangan eksekutif IT

"Pengumpulan data di Asia adalah mencabar kerana sumber data berbilang bahasanya serta undang-undang pematuhan kerahsiaan yang ketat. Menggunakan teknologi sains data gunaan dan kebijaksanaan manusia, para penyelidik dan saintis data kami mengumpul data kempen pemasaran IT yang tepat dan disahkan. Perkhidmatan awan data-sebagai-perkhidmatan kami adalah alternatif kepada penyumberan senarai statik kami dengan harga rata," kata Demy D'cruz, Naib Presiden C360.

Perkhidmatan Tech SalesCloud bermula pada harga $3,000.

Latar Belakang Corporate360

Ditubuhkan pada tahun 2013, C360 ialah peneraju global dalam risikan saingan untuk teknologi berasaskan pemasangan.

Hampir 500 pelanggaan terkemuka dalam bidang teknologi seluruh dunia menggunakan C360 untuk menganalisis pasaran keselururuhan, kempen anjakan berdaya saing, ramalan pemasaran, penyelenggaraan data CRM dan kempen jualan silang.

C360 berpangkalan di Singapura dan memiliki pejabat di peringkat global di San Francisco dan India. Untuk maklumat lanjut, lawati www.corporate360.us.

Wakil media:

Liyana Stuart
Pengarah
Anagram Communications
liyana@anagram-group.com 
+65-6223-2809

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151029/8521507287

Source: Corporate360
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services