omniture

Jack Pack Buka Pentas Terbesar Dunia di Dubai

Dubai Airports
2015-11-13 16:47 315

DUBAI, UAE, 12 November 2015 /PRNewswire/ -- Dubai Airports melancarkan inisiatif baharu yang revolusioner musicDXB dengan penuh gaya semalam apabila finalis 'Britain's Got Talent' dan raja goyang (swing) baharu UK Jack Pack memeriahkan pentas terbesar dunia buat julung kalinya semasa konsert kejutan selama 30 minit yang menghiburkan penumpang di lapangan terbang antarabangsa #1 dunia, Dubai International (DXB).

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151111/286350 )

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7690251-jack-pack-worlds-largest-stage-dubai/

"Kami pernah membuat persembahan di beberapa tempat unik, termasuk malam tadi di Makan Malam Gala Pertunjukan Udara, tetapi pengalaman DXB kami nyata menonjol," kata Andrew Bourn daripada Jack Pack. "Ia merupakan idea inovatif, latar yang menarik dan platform yang hebat untuk pemuzik dari seluruh dunia mempersembahkan karya mereka kepada para penonton yang benar-benar global."

musicDXB menetapkan standard baharu untuk pelancongan global dengan mewujudkan platform yang menyasarkan khalayak daripada pelbagai budaya dan kosmopolitan sebanyak lebih 79 juta pencinta muzik yang melalui lapangan terbang itu setiap tahun. musicDXB akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang global, penghibur antarabangsa baharu terhangat dan artis tempatan yang sedang meningkat naik untuk menghiburkan penumpang.

Peminat yang terlepas persembahan langsung akan dapat menikmati sorotan di platform media sosial Dubai Airports. Dubai Airports telah diiktiraf oleh Facebook kerana mewujudkan "komuniti lapangan terbang terbesar di Facebook" yang terdiri daripada kira-kira 1.5 juta peminat seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Airports Paul Griffiths berkata, "Kami teruja kerana telah dapat melancarkan musicDXB dalam penuh gaya bersama Jack Pack. Keraian muzik baru sahaja bermula. Sepanjang lapan minggu akan datang kami akan menampilkan antara bakat muzik terbaik UAE. Kami turut menyampaikan undangan kepada ahli-ahli muzik di seluruh dunia. Jika anda ingin membuat persembahan di pentas kami, jika anda yakin anda memiliki kelainan untuk menonjol dan menghiburkan khalayak global yang kian bertambah, kami ingin mendengar daripada anda!"

Para pemuzik, yang akan mengunjungi atau singgah di Dubai pada bulan Januari dan seterusnya, diundang untuk menghantar e-mel kepada musicDXB@dubaiairports.ae dan menyertakan contoh karya mereka, tarikh perjalanan serta testimonial pendek tentang mengapa mereka ingin mengambil bahagian dalam musicDXB.

Dubai Airports telah lama mempunyai perkaitan dengan seni persembahan. Khalayak Pertunjukan Udara Dubai telah dihiburkan oleh bintang terkenal termasuk Katy Perry, Stevie Wonder, Rod Stewart, Diana Ross, Michael Bolton, Tom Jones dan George Benson, antara lainnya. DXB telah menganjurkan acara kejutan lain termasuk konsert lapangan terbang yang menampilkan Kelly Rowland. Dubai Airports juga merupakan penyokong kuat bagi inisiatif muzik klasikal tempatan termasuk Choirfest Middle East.

Latar Belakang Jack Pack

Album sulung Jack Pack yang diberi judul sendiri kini berada dalam carta 5 Terbaik UK.

Sumber: Dubai Airports

Source: Dubai Airports
Keywords: Entertainment Music Transportation Travel Utilities New products/services