omniture

Turbin Hidraulik Penghidrogenan Sisa Bersuhu Tinggi Buatan Leo Group Lulus Pensijilan Produk Kebangsaan

Leo Group Co., Ltd.
2015-12-10 09:00 378

WENLING, China, 10 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Turbin hidraulik bersuhu tinggi untuk penghidrogenan sisa dengan muatan pemprosesan 1.70 juta tan setahun yang dibangunkan sendiri oleh pusat teknologi pam industri milik Leo Group menerima perakuan dalam sebuah majlis pensijilan pengeluaran kebangsaan "Turbin Pemulihan Tenaga (Energy Recovery Turbine)" anjuran China Machinery Industry Federation di Xiangtan, daerah Hunan pada 5 Disember 2015, selepas 4,500 jam operasi tanpa henti yang dijalankan di kemudahan Sinopec dekat Changling.

Lebih 30 peserta termasuk para eksekutif kanan daripada Pentadbiran Tenaga Kebangsaan, pakar industri dan hakim, hadir pada majlis pensijilan produk itu dan mendengar laporan penuh tentang kajian serta proses pembuatan turbin sambil melihat demonstrasi di lokasi tersebut. Semua hadirin bersetuju tentang perihal petunjuk prestasi termasuk kestabilan dan kecekapan kitar semula tenaga adalah lebih baik berbanding versi asal yang diimport, seterusnya menunjukkan tahap produk Leo yang lebih tinggi berbanding peralatan serupa yang dihasilkan oleh rakan-rakan syarikat dari luar negara.

Turbin hidraulik untuk peralatan penghidrogenan sisa itu mengintegrasikan beberapa persekitaran operasi yang rumit termasuk suhu tinggi (330-380 darjah C), tekanan permulaan tinggi (15.2 MPa), partikel kok berkelikatan sederhana, aliran serta kemudahbakaran dua-fasa gas-cecair. Peralatan itu dilihat sebagai salah satu yang paling rumit dari segi teknologi untuk dihasilkan dalam sektor pam empar dan turbin hidraulik. Perakuan daripada pakar indusri membuktikan keupayaan negara China dalam membangunkan sendiri peralatan ini dan menyelesaikan masalah ketidakstabilan operasi yang wujud dalam peralatan penghidrogenan sisa yang dikuasakan oleh turbin hidraulik.

Leo Group memiliki satu-satunya pusat teknologi perusahaan dalam industri ini yang dianggap oleh kerajaan China sebagai pengeluar tahap kebangsaan. Pusat itu terdiri daripada tiga kemudahan teknikal termasuk pusat teknologi pam industri yang telah menginovasi beberapa proprietari sejak beberapa tahun lalu. Turbin hidraulik untuk penghidrogenan sisa yang diperakui itu sudah pun menerima empat paten teknikal kerana berjaya memberi penyelesaian yang berkesan untuk menambah baik kestabilan dalam proses kitar semula medium tersebut menggunakan aliran dua-fasa gas-cecair, kecekapan pemulihan tenaga, dan kemudahan penyelenggaraan. Selain itu, peralatan itu menyediakan kaedah penting dalam memberikan penyelesaian kepada persekitaran operasi yang rumit untuk peralatan aliran dua-fasa gas-cecair yang digunakan dalam pasaran petrokimia dan kimia arang batu serta membantu menetapkan tanda aras dalam penjimatan tenaga dan juga pengurangan kos di seluruh industri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zhang Qi
+86-576-8998-6245
184756197@qq.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151207/0861512097 

Source: Leo Group Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Asian-related news Awards New products/services