omniture

Infinitus (China) Diperakui sebagai Majikan Terbaik China 2016

LKK Health Products Group
2015-12-11 09:35 508

SHANGHAI, 11 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember 2015, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), diperakui oleh Top Employers Institute sebagai Majikan Terbaik China 2016 pada satu Majlis Penyampaian Sijil di Shangri-La, Pudong Shanghai. Gelaran Majikan Terbaik China 2016 turut diterima oleh Unilever, PepsiCo, Wyeth Nutrition, McDonald's dan Estee Lauder.

Sijil Majikan Terbaik China 2016 yang diterima oleh Infinitus (China)
Sijil Majikan Terbaik China 2016 yang diterima oleh Infinitus (China)

Beribu pejabat di Belanda, Top Employers Institute ialah sebuah institusi profesional dan bebas yang memberikan perakuan di seluruh dunia kepada majikan terbaik yang mewujudkan ruang kerja terbaik untuk kakitangan mereka berkembang. Setakat ini, program pensijilan Majikan Terbaik dijalankan di lebih 100 buah negara dan tempat.

Dengan mengguna pakai kaedah kaji selidik yang terbaik di dunia, pihak Top Employers Institute menjalankan penilaian pada setiap syarikat yang mengambil bahagian daripada sembilan dimensi, iaitu strategi pengurusan bakat, rancangan tenaga kerja, sosialisasi budaya organisasi, pembelajaran & pembangunan, pengurusan prestasi, pembangunan kepimpinan, pengurusan kerjaya & pelapis, pampasan & faedah, serta budaya. Melalui penyelidikan kaji selidik yang saintifik, proses pengesahan yang ketat, audit daripada pihak ketiga yang bebas, dan penilaian, hanya pihak majikan yang berjaya mencapai tahap yang diperlukan layak menerima pensijilan.

David Plink, Ketua Pegawai Eksekutif Top Employers Institute, berkata, "Kami sangat menitikberatkan nilai keobjektifan, kebebasan, dan pemilihan kami. Oleh hal yang demikian, para pekerja semasa dan akan datang boleh meyakini organisasi yang menerima pensijilan tersebut." Beliau menambah organisasi yang menerima anugerah Majikan Terbaik itu menyediakan persekitaran yang terbaik kepada kakitangan mereka untuk tujuan pembangunan yang berterusan.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan di LKKHPG dan jurucakap Infinitus, berkata, "Pensijilan Majikan Terbaik yang diterima menunjukkan kami menyediakan keadaan dan peluang yang terbaik untuk kakitangan kami berkembang. Ini adalah kali pertama Infinitus menyertai program pensijilan itu. Kami sangat berbesar hati kerana berjaya melepasi piawaian antarabangsa lanjutan ini dan menerima pensijilan yang memperlihatkan perakuan profesional atas apa yang kami lakukan untuk pembangunan kakitangan kami."

Infitius dengan aktifnya menjalankan pembangunan budaya korporat mereka dengan sasaran untuk mewujudkan suasana yang memupuk perasaan "baik" yang membolehkan kakitangan menyerlahkan potensi sebenar untuk berkembang. Selain itu, Infinitus juga menggunakan beberapa skim pengurusan sumber manusia (HR) dan mewujudkan sistem latihan yang lengkap serta unik yang membolehkan kakitangan mereka sentiasa belajar dan juga berlatih dalam pelbagai lapangan. Tambahan pula, menerusi perkongsian yang proaktif bersama institusi-institusi HR pihak ketiga yang berwibawa, Infinitus menilai dan mengoptimumkan pengurusan HR secara berterusan untuk memastikan mereka mewujudkan keadaan kebersaingan dalam kalangan kakitangan dan juga menyediakan peluang untuk berkembang.

En. Harry Yeung menambah, "Si Li Ji Ren adalah nilai teras yang diamalkan oleh Infinitus yang bermaksud kepentingan semua pihak perlu dipertimbangkan sebelum mengambil tindakan. Dengan itu, "individu" adalah unsur yang paling penting dalam budaya korporat Infinitus dan kami sentiasa menghargai kakitangan kami sebagai aset yang paling bernilai. Pada masa depan, kami akan terus melaksanakan tanggungjawab ke atas kakitangan kami secara aktif dan membantu mereka terus maju seiring dengan syarikat ini."

Latar Belakang LKKHPG

LKKHPG ialah ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan dari Hong Kong yang berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, aktiviti perniagaan LKKHPG merangkumi ladang herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), pembuatan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan perubatan Cina tradisional (TCM), platform internet mudah alih, dan pelaburan harta tanah. Ahli-ahli LKKHPG terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., dan HeHa Digital Health Ltd.

Wakil Media:

LKK Health Products Group
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/0861512256

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Workforce Management/Human Resources Awards Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research