omniture

Cache Journal Menemui Minyak Oud 100% Semula Jadi daripada Asia Plantation Capital

Cache Journal
2015-12-15 14:27 714

SINGAPURA, 15 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Dalam era yang mana kisah kemusnahan alam sekitar dan ancaman spesies acap kali singgah di telinga, memang suatu yang melegakan apabila dapat menemui kisah yang menunjukkan sejauh mana alam semula jadi dan teknologi moden boleh digabungkan dengan serasi bagi mengekalkan status sejenis bahan asli yang penuh mistik dan sangat bernilai.

Anak pokok Aquilaria yang ditanam di tapak semaian Asia Plantation Capital
Anak pokok Aquilaria yang ditanam di tapak semaian Asia Plantation Capital

 

Kilang dan Pusat Penyelidikan Gaharu yang baharu milik Asia Plantation Capital
Kilang dan Pusat Penyelidikan Gaharu yang baharu milik Asia Plantation Capital

Tetapi apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis Cache Journal ini? Begini, bahan semula jadi yang kami maksudkan ialah Oud – produk yang dikenali kerana khasiat perubatannya serta harumannya yang luar biasa wanginya.

Seperti bahan lain yang bernilai tinggi dan menjadi rebutan ramai, bekalan Oud semula jadi adalah sedikit, tetapi dengan usaha syarikat seperti Asia Plantation Capital – yang telah melaburkan berjuta-juta dolar untuk menjalankan penyelidikan saintifik bagi memastikan mereka menghasilkan hanya minyak Oud yang 100% tulen dan semula jadi di ladang mereka sendiri – masa depan kini kelihatan cerah untuk produk yang sering dianggap sebagai 'cecair emas' itu.

Digambarkan sebagai 'wangian abad ke-21' oleh pakar ilmuwan industri minyak wangi, Oud atau nama lainnya 'Gaharu', telah menjadi 'bauan pilihan ramai' untuk masa yang lama dan bukan sekadar popular untuk sementara waktu. Ia merupakan bahan pilihan untuk semua pengeluar minyak wangi terbaik dunia yang mengiktiraf kualiti luar biasa bahan yang dihasilkan oleh alam semula jadi itu, malah wujud jauh lebih awal daripada peradaban manusia.

Oud dihasilkan apabila kayu teras daripada bahagian dalam pokok Aquilaria dijangkiti oleh kulapuk atau kulat, yang mencetuskan tindak balas kimia yang rumit.

Kulapuk itu menukarkan kayu tersebut menjadi sesuatu yang ajaib, apabila mekanisme pertahanan semula jadi pokok itu mula bertindak, lalu menghasilkan resin yang berwarna gelap dan berbau wangi. Pada suatu ketika, pastinya seorang yang pintar dapat menyedari perbezaannya lalu mendapat akal (mungkin selepas cuba menghidunya) untuk cuba memanaskannya.

Hasilnya adalah wangian yang sungguh harum dan mengasyikkan, yang sukar untuk ditandingi. Lalu bermulalah perjalanan bersejarahnya hingga ke hari ini.

Kayu gaharu, dan minyak Oud yang terhasil daripadanya selepas proses penyulingan, sering dirujuk dalam teks tulisan tertua dunia, kitab Veda Sanskrit, dan disebut dalam kedua-dua Perjanjian Lama serta Baharu.

Ia juga turut diriwayatkan dalam Sahih Muslim, yang bertarikh sejak lebih 1,200 tahun lalu, dan nampaknya melangkaui semua sempadan agama apabila digunakan sebagai unsur dalam upacara dan amalan.

Seperti kebanyakan bahan luar biasa lain, tanpa mengira kewujudan semula jadinya, apa-apa sahaja yang istimewa dan mendapat permintaan tinggi mesti didatangkan dengan harga yang tinggi, dan keinginan manusia yang tidak pernah puas untuk mendapatkan kayu dan minyak daripadanya telah mengakibatkan berlakunya perdagangan secara haram, serta ancaman kepupusan spesies pokok ini.

Pokok Aquilaria kini berada dalam senarai terancam CITES (Konvensyen tentang Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam) – begitulah penangan permintaan rakus terhadap kayu Gaharu dan Oud, serta pembalakan tidak terkawal bagi memenuhi pasaran yang permintaan terhadapnya sentiasa jauh melebihi bekalan.

Jika sesetengah pihak tidak campur tangan, tidak mustahil pokok Aquilaria serta teras dalamnya yang bernilai tinggi mungkin akan pupus buat selama-lamanya dari muka bumi.

Mujurlah bantuan sedang diberikan, dan kepintaran manusia dimanfaatkan untuk tujuan yang baik pada masa yang tepat. Pokok Aquilaria sedang ditanam semula di sesetengah kawasan di tempat asalnya di Asia Tenggara, sementara badan kawal selia terus memberi perhatian yang lebih khusus bagi mencegah perdagangan haram, dan sains juga turut memainkan peranannya dalam mengusahakan pemeliharaan semula spesies itu.

Resin yang menghasilkan Oud hanya terhasil dalam kira-kira 7% daripada semua pokok yang tumbuh liar, tetapi mustahil untuk kita membezakan antara pokok yang telah dijangkiti dengan tidak dijangkiti dengan melihatnya sahaja. Satu-satunya cara yang andal untuk menentukan nilai sebenar pokok itu (kayunya sendiri berwarna pucat dan ringan, dan tidak mempunyai kegunaan praktikal) adalah untuk menebangnya. Ini bermakna lebih 90 daripada setiap 100 batang pokok yang ditebang hanya akan dibuang begitu sahaja dan dibiarkan mereput. Tidak hairanlah spesies ini diancam kepupusan.

Namun begitu, para saintis telah menemui cara untuk menanam pokok itu, dan memastikan yang ia menghasilkan kayu Gaharu, dengan menginokulasikannya dengan kulapuk yang menghasilkan tindak balas kimia yang diperlukan untuk menghasilkan resin yang bernilai itu. Dengan kadar jangkitan sebanyak 100%, menandakan tiada pembaziran yang berlaku, dan penghasilan yang terjamin untuk bahan yang sangat penting untuk begitu ramai pihak.

Mungkin agak sukar untuk menerima kenyataan yang campur tangan sains diperlukan sebagai cara untuk memulihara spesies semula jadi, tetapi inilah hakikat zaman kita kini. Alam semula jadi itu sendiri kadang-kadang memerlukan bantuan kita juga, dan jika kita sekurang-kurangnya berkongsi tanggungjawab kerana telah mencetuskan senario ini pada mulanya, dan adalah munasabah untuk kita menggunakan sumber untuk memperbaiki situasi ini dan menyelaraskan keseimbangan.

Asia Plantation Capital kini menerajui usaha untuk menanam semula spesies Aquilaria ini, dan menginokulasikan pokok dengan teknologi proprietari (dan berpaten) yang telah menelan belanja sebanyak jutaan dolar dan ribuan jam kerja diusahakan dan dicapai di Lembaga Khidmat Nasihat Saintifik.

Selain itu, pelaburan Asia Plantation Capital sememangnya telah memberi pulangan lumayan; gred ketulenan terbukti dan minyak berkualiti tinggi yang tekal sentiasa dihasilkan daripada pokok-pokok yang dimiliki dan diuruskan oleh mereka di ladang mereka sendiri.

Apa yang kami di Cache Journal dapati adalah Oud masih memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara keagamaan berbilion-bilion individu. Kini, apabila spesies pokok itu sudah kembali pulih dan mendapat semula tempat yang sewajarnya dalam sejarah semula jadi, kita mesti berusaha untuk memastikan penggunaan dan kenikmatan berterusan yang kita dapati daripada bahan sakti Oud ini kekal 'abadi'.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan kepada pr@cachejournal.com

Latar Belakang Cache Journal

Cache Journal memberikan adunan beraneka bagi kepakaran pelaburan serta ciri gaya hidup dalam satu pakej yang tersusun indah. Kami meliputi spektrum penuh apabila melibatkan soal pelaburan wang, siapa yang sedang melakukan apa, bagaimana, dan kenapa. Kami juga mengakui keperluan untuk menikmati hasil usaha kami, dan ini akan diperlihatkan dalam nukilan kami tentang barangan gaya hidup dan produk mewah. Cache boleh menjadi serius apabila perlu, dan tidak perlu serius apabila tidak perlu.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersial merentasi rantau Asia-Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group.

Wakil Media:

Cache Journal Limited,
Towers Point, Wheelhouse Road, Rugeley, WS15 1UN United Kingdom
Tel: +65-6299-4998 | E-mel: pr@cachejournal.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151110/8521507619-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151110/8521507619-b

Source: Cache Journal
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Household Products