KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Sepanjang tahun 2015, syarikat pengurusan ladang yang meraih anugerah, Asia Plantation Capital, meluaskan program inokulasi dan perladangan untuk pokok Aquilaria ke dalam Malaysia - pusat bagi kilang pemprosesan dan kilang penyulingan gaharu terbesar di Asia Tenggara, yang ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri. Projek yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan Asia Plantation Capital di Thailand, di bawah panduan Lembaga Penasihat Saintifik itu bermula pada Mac 2015 dan menyasarkan untuk mengulangi kejayaan pemprosesan kayu gaharu yang lestari di seluruh ladang syarikat itu di Thailand dan juga Sri Lanka.
Pasukan penyelidikan dan pembangunan memperoleh keputusan penting dalam mewujudkan ladang yang matang di Malaysia (di Johor, dan berdekatan Kuala Lumpur) yang terdiri daripada ladang sendiri dan ladang hasil usaha sama. Selepas inokulasi pertama pokok Aquilaria (daripada spesies: Malaccensis, Senensis, Subintegra) yang terbukti berjaya, fasa kedua dimulakan pada November dan Disember 2015. Penting untuk diambil kira bahawa spesies, keadaan iklim, jenis tanah, ketinggian, dan sumber air adalah faktor penting yang menentukan kejayaan proses inokulasi. Faktor-faktor ini dapat dikawal selia menggunakan sistem proprietari yang dibangunkan dan terbukti secara saintifik oleh syarikat itu.
Dikenali sebagai 'Wood of the Gods', kayu gaharu dihasilkan daripada pokok Aquilaria yang amat terancam yang menghasilkan resin kayu teras yang likat, banyak dan gelap hasil jangkitan secara semula jadi. Menggunakan teknologi yang dipatenkan, Asia Plantation Capital menginokulasi pokok itu untuk merangsang jangkitan agar dapat memastikan semua pokok menghasilkan resin. Kayu teras akan diekstrak dan diproses menjadi serpihan kayu, dikisar menjadi serbuk atau ditapis bagi menghasilkan minyak Oud yang amat tinggi nilainya.
Dianggarkan hanya 7% (atau kurang) pokok Aquilaria liar menghasilkan gaharu secara semula jadi. Hal ini menyebabkan kayu gaharu menjadi semakin sukar didapati dan tinggi harganya kerana sumber liarnya semakin berkurangan. Oleh sebab itu, keperluan untuk menanam pokok Aquilaria dan menghasilkan kayu gaharu secara lestari dan beretika semakin kritikal kerana kira-kira dua pertiga daripada pasaran kayu gaharu adalah daripada sumber haram.
"Ini adalah satu pencapaian yang penting untuk kita di Malaysia khususnya untuk syarikat ini," kata Steve Watts selaku Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Walau bagaimanapun, yakinlah yang kami tidak akan berhenti di sini. Kami berjanji untuk terus menyelidik dan menambah baik sistem kami secara aktif, untuk menetapkan piawaian yang lebih tinggi dan mewujudkan tanda aras yang diperlukan. Kami sudah pun menetapkan sasaran untuk memaksimumkan jangkitan pada bahagian pokok yang lebih banyak seperti ranting dan akar, bukan setakat batangnya sahaja."
Beliau menambah, "Dengan bekalan kayu gaharu yang berterusan dan stabil, semakin kuranglah pokok yang akan menjadi korban pembalak haram dan seterusnya mengurangkan permintaan kayu gaharu dalam pasaran gelap. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada kelestarian yang holistik - kami banyak membuat pelaburan dalam komuniti di sekitar tempat kami beroperasi - kami juga akan berkongsi teknologi kami dengan penanam kecil dan pekebun di seluruh Asia. Hal ini akan membantu mereka dalam perusahaan dan pemprosesan kayu gaharu yang akan dijadikan mata pencarian mereka. Sangat penting bagi kami, sebagai sebuah syarikat, untuk memberikan impak yang positif kepada alam sekitar dan masyarakat bukan sahaja untuk masa kini, bahkan untuk generasi yang akan datang."
Bagi memenuhi permintaan kayu gaharu yang kian meningkat, Asia Plantation Capital membuka kilang kayu gaharu yang dibina khas dan pusat penyelidikan di Johor Bahru, Malaysia, pada awal tahun ini. Ia merupakan kemudahan canggih yang dilengkapi dengan kilang penapisan minyak Oud, pusat pemprosesan hampas kayu, dan kilang kayu wangi. Terdapat juga pusat pelawat di dalam kompleks itu berserta kedai kilang borong yang menjual pelbagai produk kayu gaharu yang dihasilkan oleh syarikat itu. Ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk membuka kemudahan pemprosesan bersaiz besar yang strategik di Asia Tenggara dan Timur Tengah untuk memenuhi permintaan serta produk untuk pasaran yang spesifik seperti China dan juga Timur Tengah.
Sebagai perintis dalam industri ini, Asia Plantation Capital telah menanam pohon gaharu sejak tahun 2009, dan menjadi peneraju pasaran dalam pengetahuan saintifik serta teknik yang digunakan untuk merangsang penghasilan resin pada kayu teras secara inokulasi. Dalam persekitaran liar, pokok yang dijangkiti biasanya menghasilkan resin selepas tempoh 20 tahun atau lebih. Namun, di ladang yang diuruskan oleh Asia Plantation Capital, kayu gaharu berjaya dihasilkan secepat tujuh tahun. Dalam program perusahaan tanaman Asia Plantation Capital, resin kayu gaharu (Oud) dihasilkan antara 7 dan 15 tahun, serta digunakan dalam banyak produk akhir.
Pasukan penyelidikan dan pembangunan Asia Plantation Capital terdiri daripada pakar spesies pokok Aquilaria yang terkemuka dunia, selain penghasilan kayu gaharu dan teknik penyulingan minyak Oud. Pasukan itu turut bekerjasama dengan universiti-universiti terkenal di seluruh Asia untuk memastikan mereka mampu menghasilkan kayu gaharu/minyak Oud yang optimum dari segi kualiti dan kuantiti.
Nota untuk Editor:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Samantha Tham
Eksekutif Pemasaran, Singapura
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 914 409 33
Steve Watts
Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Pasifik
E-mel:steve.watts@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 720 706 76
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Sebagai perintis dalam industri kayu gaharu, Asia Plantation Capital menerajui pengurusan penanaman kayu gaharu yang lestari sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2009 (walaupun beroperasi secara sendiri sejak tahun 2002). Kini, syarikat ini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang baharu, dan mendirikan kilang untuk penghasilan kayu gaharu, serta produk berkaitan yang lain untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.
Asia Plantation Capital Group ialah pengendali ladang lestari dan syarikat pengurusan yang memenangi pelbagai anugerah dengan projek-projek di seluruh Asia, Eropah, Amerika dan Afrika. Lembaga Penasihat Saintik mereka terdiri daripada ahli akademik dan pakar terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland, dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang menerajui industri.
Dengan fokus tehadap projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal di seluruh dunia yang menawarkan kombinasi faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah mewujudkan sebuah syarikat 'tiga dimensi dasar' ('triple bottom line') yang berjaya serta dinamik, dan telah membuktikan bahawa integrasi secara vertikal boleh menghasilkan model perniagaan yang berfungsi dan juga berjaya.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/8521508493-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/8521508493-b