omniture

Sejarah Awal G2A

G2A.com
2015-12-21 10:05 317

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 21 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama G2A.COM, Bartosz Skwarczek, baru-baru ini mengulas tentang sejarah awal G2A.COM yang dikatakan sebagai pasaran permainan digital paling pesat berkembang di dunia. G2A beroleh kedudukan Nombor Satu Dunia dalam menawarkan lebih 25 ribu produk permainan digital, mempunyai lebih 5 juta pelanggan, dan mengalu-alukan 250 ribu pelanggan baharu setiap bulan dengan 67 juta pelawat laman komputer, menurut Similarweb Report (2015).

G2A, yang dimulakan pada tahun 2010, menggabungkan keghairahan permainan video dengan semangat keusahawanan dan menggajikan pemain yang mempunyai minat mendalam dengan purata usia 23 tahun.

Dasar syarikat itu adalah untuk memberi harga terendah dengan margin terkecil kerana pemain muda tidak begitu berkemampuan tinggi. Tambahan lagi, G2A mahu para pemain dapat menemui segalanya dalam satu tempat dan bukan terpaksa membeli daripada beberapa laman web berbeza.

Bartosz mahu G2A menjadi penjual semula rasmi Pembangun Triple A dan beliau mula mendekati pembangun melalui pelbagai acara seperti Gamescom, E3 dan G-Star, bagi mendapatkan penyokong. Bartosz meninggalkan surat di hadapan pintu mereka, yang tertulis: 'Kehadapan Pembangun Triple A, kami G2A, ingin bekerjasama secara rasmi dengan anda, kami ingin menjual produk anda sebagai penjual semula. Kami berharap anda dapat berbincang dengan kami'. Namun mereka tidak pernah mendapat jawapan, walaupun G2A sedang berkembang pantas untuk menjadi penjual terbesar bagi produk mereka di Eropah.

'Malangnya, para pembangun itu tidak mahu berbincang dengan G2A. Mungkin mereka merasakan syarikat ini masih terlalu muda atau terlalu kecil untuk diambil secara serius,' tambah Bartosz. Namun begitu, pasukan G2A masih tidak berputus asa dan memutuskan untuk mewujudkan pasaran untuk pemain muda. Mereka memutuskan untuk memberi nafas baharu kepada syarikat itu dan memberi peluang kepada semua pemain muda di dunia yang turut kecewa dengan harga permainan yang ditawarkan. Tambahan lagi, mereka menjemput penjual bagi memperkenalkan banyak permainan melalui laman mereka. Mereka menentukan nasib mereka sendiri lalu mewujudkan G2A.COM Marketplace.

Bartosz berkata: 'Saya benar-benar percaya akan tiba masanya para pembangun akhirnya akan sudi bertemu G2A dan para pembangun pula akan datang bertemu kami dan berkata: "Helo, apa kata kita berbincang?"'. Dan lama-kelamaan, ia menjadi kenyataan. Bartosz dan Dawid bersetuju yang pelanggan yang berpuas hatilah yang menjadikan pasaran G2A seperti keadaannya sekarang, yang kini mempunyai lebih 140 ribu penjual dan menerima 99.4% maklum balas positif di eBay.

Para pengasas G2A ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelanggan, penyokong, dan rakan kongsi G2A, dan berkata: 'Kami ingin berterima kasih kepada anda semua, kerana anda menyedari kewujudan kami, anda menyukai kami dan anda memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat kepada anda. Andalah pencipta sebenar G2A'.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151218/297328
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151218/297329
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151218/297330

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology