omniture

Huawei Lancar Telefon Pintar Mate 8 Paling Canggih

Peranti kemegahan yang direka secara halus memiliki ciri-ciri untuk membantu pengguna menelusuri tahun 2016
Huawei
2016-01-06 22:42 803

LAS VEGAS, 6 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei Consumer Business Group (BG) memperkenalkan telefon pintar Huawei Mate 8, peranti kemegahan yang memiliki prestasi dan fungsi yang sentiasa diperlukan oleh pengguna pada tahun 2016. Direka untuk memberikan prestasi yang tiada tandingan dan dipadankan pula dengan rekaan yang menyerlah serta diadun dengan teknologi terkini, Huawei Mate 8 adalah telefon yang sempurna untuk golongan profesional hari ini yang sibuk dan kesuntukan masa.

Huawei Mate 8
Huawei Mate 8

Mate 8 mempunyai pelbagai ciri-ciri baharu untuk membantu peranti ini menyerlah berbanding pesaingnya yang lain. Teknologi cap jari generasi baharu menjadikan peranti itu pintar dan selamat; misalnya, sistem pengenalan cap jari akan menjadikan pembelian mudah alih secara dalam talian menjadi lebih mudah dan pantas berbanding sebelum ini.

Pengguna juga boleh menjangkakan satu perubahan dalam fotografi mudah alih, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan selama tiga tahun. Huawei berjaya membangunkan 'pemproses sensor imej proprietari' yang memiliki ciri-ciri seperti fokus yang lebih pantas, kejelasan lebih tinggi dan penghasilan warna yang lebih tepat dalam gambar mereka.

Kamera hadapan 8 megapiksel juga disertakan pada peranti itu untuk menghasilkan gambar selfie yang sempurna. Kamera itu juga ditambah baik dengan algoritma baharu yang indah untuk mempertingkat tona kulit dalam gambar.

Daripada segenap sudut, peranti ini adalah lebih intuitif daripada sebelumnya, malah terdapat juga fungsi untuk mengimbas kad nama. Hal ini membolehkan maklumat hubungan ditambah dengan mudah dengan hanya mengimbas kad nama menggunakan kamera telefon.

"Ketika kami mengilhamkan Huawei Mate 8, kami tahu bahawa kami perlu memberikan sebuah peranti yang menawarkan kepantasan, kemudahan dan perhubungan kepada para profesional perniagaan di seluruh dunia dalam satu pakej yang direka khas dan unik dalam landskap yang amat berdaya saing ini ," kata Kevin Ho, Presiden Huawei Handset BU – Huawei Consumer Business Group. "Kami berbangga untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang menawarkan prestasi dan fungsi yang diperlukan oleh pengguna untuk terus berhubung, kekal produktif dan mendorong pencapaian mereka dalam setiap aspek kehidupan mereka."

Huawei Mate 8
Huawei Mate 8

Pemproses dipertingkat yang digunakan dalam Huawei Mate 8 mampu melaksanakan semua tugasan tersebut secara serentak, tanpa menjejaskan prestasi. Hal ini sangat sesuai untuk pengguna masa kini yang sentiasa melakukan berbilang tugasan profesional dan peribadi pada masa yang sama. Bagi memperlihatkan keupayaan tersebut, terdapat mod 'paparan terpisah' yang membolehkan lebih daripada satu aplikasi dilihat dan digunakan secara serentak.

Lebih menarik lagi, untuk mengelakkan peranti pengguna kehilangan tenaga dengan pantas, bateri yang digunakan pada Mate 8 mampu memberikan kuasa kepada peranti sehingga dua hari melalui teknologi pengecasan turbo membolehkan Mate 8 digunakan selama sehari apabila dicas hanya 30 minit. Hasilnya adalah sebuah peranti yang berfungsi dengan lebih mantap, pantas, dan amat lancar berbanding mana-mana peranti yang terdapat dalam pasaran.

<TAMAT>

Nota untuk Editor

  • Menggunakan Sistem Pengendalian EMUI 4.0 Huawei yang menggunakan asas Android Marshmallow 6.0, Huawei Mate 8 memberikan ratusan penyesuaian dan penambahbaikan kepada pengalaman pengguna
  • Mempunyai fungsi skrin terpisah yang meningkatkan produktiviti melalui keupayaan penugasan berbilang yang dipertingkat antara aplikasi
  • Sensor cap jari bulat sedalam 0.45 mm, menambah baik bahagian pengenalan dengan berkesan sehingga 10 peratus
  • Algoritma pengenalan cap jari memiliki tiga tahap maklumat biometrik untuk meningkatkan kepantasan menyahkunci peranti sehingga 100 peratus serta mengurangkan kegagalan pengenalan sehingga 50 peratus
  • Mate 8 mempunyai Sony 16MP IMX298 yang revolusioner dan serba baharu yang menambah saiz sensor sehingga 23 peratus untuk mengambil gambar yang menarik
  • Paparan IPS-NEO berukuran 6 inci memberikan Mate 8 nisbah skrin kepada badan setinggi 83 peratus
  • Mate 8 adalah telefon pintar pertama yang menggunakan cipset Kirin 950 baharu daripada Huawei dan menggunakan teknologi TSMC 16nm FinFET berserta cip
  • Bateri 4000mAh memberikan hayat bateri sehingga dua hari dengan sekali cas

Persidangan yang Berkesan

Huawei Mate 8 mempunyai teknologi "Super Hands-Free 3.0" yang membolehkan telefon dikendalikan secara bebas tangan dalam pelbagai keadaan. Sama ada anda berada di dalam kereta, bilik persidangan atau majlis yang dihadiri oleh ramai tetamu, pengguna dapat berbual dengan jelas sejauh jarak 3 meter. Dengan 120 darjah pelbagai pilihan audio dan pengurangan bunyi pada arah tertentu, panggilan persidangan menjadi lebih nyata dan jelas berbanding sebelumnya tanpa mengira di mana mereka berada.

Boleh Digunakan Di Seluruh Dunia

Mate 8 menyokong pelbagai sistem hubungan dan lebih banyak rangkaian di peringkat global berbanding mana-mana telefon pintar dua SIM, termasuk 5 jalur 2G, 10 jalur 3G dan 18 jalur 4G di 217 buah negara serta kawasan dengan 1334 set operasi parameter. Ini menjadikannya peranti yang amat sesuai untuk pengembara perniagaan global.

Latar Belakang Huawei Consumer BG

Produk dan perkhidmatan daripada Huawei disediakan di lebih 170 buah negara dan dimanfaatkan oleh sepertiga daripada populasi dunia, meraih kedudukan ketiga dalam kategori penghantaran telefon pintar bagi tahun 2014. Huawei memiliki 16 pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) yang ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India, dan China. Huawei Consumer BG adalah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan mengurus bahagian telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Rangkaian global Huawei adalah hasil daripada 20 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi dan berdedikasi untuk membawakan teknologi paling canggih yang terkini kepada pengguna di serata dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi: http://consumer.huawei.com/uk/

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160106/8521600046-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160106/8521600046-b

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Retail Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news