omniture

Sidang Kemuncak Pembuatan & Pengindustrian Global Umumkan Edisi Sulung di Pulau Saadiyat, Abu Dhabi mulai 10-12 Oktober 2016

Global Manufacturing & Industrialisation Summit
2016-01-21 17:35 318

ABU DHABI, UAE, 21 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Menteri Ekonomi UAE: Penganjuran Sidang Kemuncak di Abu Dhabi Perkukuh Sektor Perindustrian UAE dan Perluas Tapak Perindustrian UAE Sejajar dengan Piawaian dan Amalan Terbaik Sedunia

Sidang Kemuncak Pembuatan & Pengindustrian Global (GMIS) pertama dunia, yang membawa bersama pemimpin daripada sektor awam dan swasta, serta wakil-wakil daripada masyarakat sivil bagi membentuk masa depan bidang pembuatan, akan mengadakan sidang kemuncak sulungnya di Pulau Al Saadiyat, Abu Dhabi pada 10 hingga 12 Oktober 2016 di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Hazza bin Zayed Al Nahyan, Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Naib Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/323992 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/323993 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/323994 )

Inisiatif global ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi UAE dan Organisasi Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO) dengan kerjasama Majlis Agenda Global untuk Masa Depan Pembuatan dalam Forum Ekonomi Dunia, bertujuan untuk menggalakkan serta memajukan pembangunan perindustrian yang terangkum dan mampan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. GMIS akan mewujudkan platform global untuk berdialog dan berkongsi amalan terbaik serta pengetahuan dalam bidang pembuatan melalui pertemuan sejumlah pemimpin daripada sektor awam dan swasta yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, selain wakil-wakil daripada masyarakat sivil, dengan matlamat untuk membentuk masa depan bidang pembuatan melalui penyelesaian serta inisiatif yang menyumbang kepada kejayaan pembangunan perindustrian yang terangkum dan mampan. Dijangkakan GMIS akan menarik lebih 1500 perwakilan daripada kerajaan, industri, dan masyarakat sivil ke Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, ditambah dengan lebih 300 perwakilan dari UAE serta dari Rantau Teluk yang lebih luas.

Dalam satu rakaman kenyataan, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengucapkan tahniah kepada Kerajaan UAE serta UNIDO, dan dipetik sebagai berkata "Saya mengalu-alukan fokus dua hala yang inovatif ini bagi membentuk masa depan bidang pembuatan. Amalan perniagaan yang bertanggungjawab dapat memberi faedah kepada individu dan masyarakat. Kini, kami mempunyai Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu pelan tindakan kita untuk membentuk masa depan yang baharu. Pengindustrian yang terangkum dan mampan akan membantu mencapai matlamat kita sambil memajukan usaha kita melalui kaedah karbon rendah yang diperlukan oleh dunia kita."

Abu Dhabi dipilih untuk menganjurkan edisi sulung GMIS kerana sumbangannya dalam bidang pembuatan serta komitmen UAE untuk membina tapak perindustrian canggih yang dapat menggalakkan pempelbagaian ekonomi serta pembangunan sosial, mengukuhkan matlamat yang ingin dicapai oleh GMIS pada peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Mohammed Shaban
Ketua Perhubungan Awam
Sidang Kemuncak Industri dan Pembuatan Global
Tel: +971559008363
E-mel: mohammed@gmisummit.com   

Source: Global Manufacturing & Industrialisation Summit
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Environmental Policy Trade show news