ANKARA, Turki, 22 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Pertandingan fotografi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Anadolu Agency menyaksikan sebanyak 12,000 permohonan tahun lalu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/261880LOGO)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324050)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324051)
Tarikh akhir penyertaan bagi Anugerah Foto Istanbul 2016, iaitu pertandingan fotografi berita dan sukan antarabangsa yang dianjurkan oleh Anadolu Agency (@anadoluagency), adalah pada 31 Januari 2016.
Wang hadiah bernilai $58,000 berpeluang untuk dimenangi oleh jurugambar yang merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga dalam setiap daripada empat kategori yang dipertandingkan; berita tunggal, artikel berita, sukan tunggal, dan artikel sukan serta "Foto Terbaik Tahun Ini".
Permohonan boleh dibuat di http://www.istanbulphotoawards.com
Kategori hadiah ialah: |
|||
Kategori |
Pemenang |
Tempat Kedua |
Tempat Ketiga |
Berita Tunggal: |
$8000 |
$3000 |
$1500 |
Artikel Berita: |
$8000 |
$3000 |
$1500 |
Sukan Tunggal: |
$8000 |
$3000 |
$1500 |
Artikel Sukan: |
$8000 |
$3000 |
$1500 |
Pemenang bagi anugerah "Foto Terbaik Tahun Ini" akan turut menerima hadiah berjumlah $8,000.
Anugerah Foto Istanbul (@IstPhotoAwards) merupakan satu-satunya pertandingan fotografi berita dan sukan antarabangsa di Turki. Pertandingan tahun lalu menerima kira-kira 12,000 permohonan daripada jurugambar profesional dari lebih 100 buah negara.
-Juri "Anugerah Foto Istanbul 2016" diumumkan
Pengarah Pusat Fotografi Shanghai Liu Heung Shing, Eksekutif Getty Images Georges De Keerle, pengarah pembangunan perniagaan foto AFP Michel Scotto, serta Guillaume Herbaut, pemenang hadiah World Press Photo, ketua penyunting berita visual Anadolu Agency Ahmet Sel dan juga penyunting fotografi Fırat Yurdakul kembali sebagai juri.
Pemenang anugerah Pulitzer Daniel Berehulak menyertai barisan juri tahun ini sebagai pemenang tahun 2015 untuk hadiah "Foto Terbaik Tahun Ini" bagi pertandingan itu serta penyunting foto majalah Newsweek James Wellford, pengarah fotografi akhbar Perancis Le Monde Nicolas Jimenez, dan juga Laurent Van der Stockt, yang menerima Anugerah Kecemerlangan Kewartawanan daripada Universiti Columbia.
Buku Foto "Anugerah Foto Istanbul 2015" diterbitkan
Imej hebat tahun lalu telah diterbitkan dalam buku foto Anugerah Foto Istanbul 2015. Album foto berita yang memenangi anugerah itu memperlihatkan kejadian paling penting di dunia sepanjang tahun 2014, dan menarik perhatian dengan imej sukannya yang berwarna-warni. Foto Daniel Berehulak yang menunjukkan wabak Ebola di Liberia menjadi foto muka depan. Imej yang diambil untuk The New York Times itu memaparkan kekecohan ketika berlakunya wabak itu dan dipilih sebagai "Foto Terbaik Tahun 2015" sempena Anugerah Foto Istanbul.
Foto para pemenang dipamerkan di Pusat Fotografi Shanghai, serta di lapangan terbang antarabangsa utama di Turki.
Hubungi:
Esra Kireçci
+90-530-067-59-57
ekirecci@aa.com.tr
SUMBER Anadolu Agency