omniture

Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah Lancar Yayasan Laut Merah Pacu Pertumbuhan Perdagangan Serantau

King Abdullah Economic City
2016-01-22 20:30 269

DAVOS, Switzerland, 22 Januari, 2016 /PRNewswire/ --

  • Rantau Laut Merah adalah pasaran membangun paling pesat berkembang di dunia
  • Populasi serantau bakal meningkat daripada 620 juta kepada 1.3 bilion menjelang tahun 2050
  • Kumpulan pemikir tanpa keutungan yang berpangkalan di Geneva akan memupuk kerjasama antarabangsa dan menyediakan cadangan dasar

Pembangunan rangka kerja kemudahan perdagangan untuk rantau Laut Merah adalah penting bagi pembangunan lestari pasaran membangun terbesar di dunia itu, menurut En. Fahd Al Rasheed, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160121/324494 )

Semasa berucap dalam satu acara khas di Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, En. Al Rasheed mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan pemikir dsar yang bukan berasaskan keuntungan, Yayasan Laut Merah, untuk meningkatkan kesedaran terhadap potensi rantau itu serta menggubal dasar yang berkaitan bagi tujuan menggerakkan pembangunan.

Yayasan yang akan ditempatkan di Geneva itu memiliki lembaga penasihat global yang terdiri daripada penggubal dasar, ahli perniagaan dan pakar bidang yang berkaitan. Ia juga akan disertai oleh kakitangan operasi yang akan mengkaji, merumus dan menyediakan cadangan dasar.

"Laut Merah adalah laluan perdagangan global yang amat penting dan memainkan peranan besar dalam perdagangan global selama beribu tahun lamanya. Namun begitu, pada masa kini, hanya sedikit manfaat yang mengalir ke dalam rantau ini yang benar-benar dapat memberi faedah kepada negara-negara di sekitarnya. Ia bakal berubah," kata En. Al Rasheed. "Ini adalah pasaran membangun yang paling pantas berkembang di dunia pada masa kini dan paling kurang dieksploitasi. Satu inisiatif yang tersusun untuk memudahkan perdagangan akan menambah baik laluan perdagangan dengan ketara dalam rantau Laut Merah dan menggalakkan pertumbuhan serta kesejahteraan di tempat-tempat yang amat memerlukannya."

Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, populasi dua puluh buah negara yang menggunakan Laut Merah sebagai koridor perdagangan utama akan meningkat 110 peratus daripada 620 juta hari ini kepada 1.3 bilion menjelang tahun 2050. Pertambahan penduduk kelas pertengahan di rantau itu pula dijangka meningkat sebanyak 150 peratus daripada 137 juta kepada 343 juta dalam sela masa yang sama. Unjuran semasa menunjukkan pertumbuhan ini akan memacu pertumbuhan GDP serantau sebanyak tiga kali ganda daripada $1.8 trilion pada masa kini kepada $6.1 trilion menjelang tahun 2050. Nilai perdagangan pula akan meningkat lima kali ganda daripada $881 bilion kepada $4.7 trilion.

Dianggarkan sepuluh peratus daripada perdagangan maritim global melalui lembangan ekonomi Laut Merah setiap tahun. Perluasan Terusan Suez, yang akan meningkatkan kapasiti terusan itu sebanyak sekali ganda, dijangka akan meningkatkan jumlah perdagangan.

Kurangnya prasarana logistik hanyalah salah satu faktor yang merencatkan pertumbuhan. Contohnya, hanya sebilangan pelabuhan di rantau ini mampu mengendalikan kapal kontena terbesar pada hari ini. Pelabuhan Raja Abdullah di Arab Saudi yang memulakan operasi pada tahun 2015, akan menjadi pelabuhan terbesar di Laut Merah menjelang tahun 2017.

Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada pertumbuhan adalah jurang pembangunan ekonomi yang luas serta persekitaran kawal selia yang meningkatkan dengan ketara kos perdagangan antara sempadan. Data daripada Bank Dunia menunjukkan setiap dolar yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu produk memerlukan kos dagangan sebanyak $2.19, termasuk kos logistik dan tarif.

Penambahbaikan prasarana serta pengukuhan kerjasama merentasi sempadan perdagangan dapat meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menambah baik penglibatan syarikat bersaiz kecil dan sederhana dalam rantaian nilai global. Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan GDP kepada hampir 30 mata peratusan mengikut unjuran semasa kepada $6.6 trilion serta perdagangan menjadi lebih 180 mata peratusan kepada $6.3 trilion menjelang tahun 2050.

"Matlamat Yayasan Laut Merah adalah untuk mencungkil potensi hebat rantau ini dengan meningkatkan prasarana logistik, mempromosikan perdagangan di negara-negara rantau Laut Merah dan memupuk pelaburan antarabangsa," kata En. Al Rasheed. "Ini adalah satu inisiatif yang melibatkan sektor awam dan swasta serta masyarakat awam yang masing-masing memainkan peranan pentingnya. Yayasan Laut Merah ditubuhkan untuk menyatukan kesemua pihak bagi membina jentera pertumbuhan baharu untuk ekonomi global."

Rantau Laut Merah terdiri daripada dua puluh buah negara yang berada di sekitar Laut Merah atau yang menggunakannya sebagai laluan perdagangan utama: Burundi, Republik Demokratik Congo, Djibouti, Mesir, Eritrea, Etiopia, Iraq, Jordan, Kenya, Madagascar, Mozambique, Rwanda, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tanzania, UAE, Uganda, dan Yemen.

Latar Belakang Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah

Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) adalah sebuah bandar baharu yang terbesar di dunia yang dibiayai oleh dana swasta. Terletak di bahagian pantai barat Kerajaan Arab Saudi, KAEC meliputi sebuah kawasan seluas 181 juta meter persegi, hampir bersamaan dengan keluasan Washington DC. Bandar itu dibangunkan oleh Emaar, The Economic City, syarikat yang disenaraikan secara terbuka dari Arab Saudi yang ditubuhkan pada tahun 2006.

Dengan kapasiti penduduk mencecah dua juta menjelang tahun 2035, KAEC terdiri daripada Pelabuhan Raja Abdullah, daerah kediaman Komuniti Persisiran, kawasan Keretapi Haramain dan Lembah Perindustrian.

 

Source: King Abdullah Economic City
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Not for profit