omniture

nomos System Menghubungkan KNX Dengan SmartThings Samsung pada platform IoT Intel

nomos system AG
2016-02-09 20:24 436

AMSTERDAM, 9 Februari 2016 /PRNewswire/ --

nomos membolehkan penyepaduan semesta dengan KNX dan Intel. nOS direka bagi membolehkan semua protokol multimedia, perisian, perkhidmatan, dan pengautomatan bangunan yang diketahui hari ini, menghubungkan semuanya dengan aplikasi IoT proprietari seperti SmartThings Samsung atau mana-mana aplikasi lain yang serasi dengan Apple HomeKit. 

nomos system AG, penyedia platform perisian pengautomatan Internet of Things (IoT) yang terpaten, mengumumkan hari ini di Integrated Systems Europe (ISE) tentang kemuncak kesalingkendalian – mana-mana aplikasi kepada apa-apa sahaja dengan nOS.

Semakin banyak aplikasi, ekosistem proprietari, dan pelbagai gabungan sedang berpusu-pusu memasuki pasaran bagi menyediakan penyelesaian pintar untuk pengautomatan bangunan menerusi IoT. Tetapi apakah sebenarnya maksud IoT? Kata kunci global dan baharu - IoT (Internet of Things), menakrifkan hanya komponen tunggal dan pintar, yang dapat bertukar-tukar data secara bebas dengan terus melalui internet. Ini bermaksud, hakikatnya, pengguna akhirnya akan mempunyai tiga, empat, atau lima ekosistem berasingan dalam kediaman mereka, dan bukan satu.

Semasa nomos system AG bersedia untuk menangani isu ini, matlamatnya adalah mudah namun mencabar: untuk mencipta enjin perisian yang mampu menghubungkan semua peranti dalam semua persekitaran dan mewujudkan kesalingkendalian sejagat, tanpa mengira piawaian atau protokol.

Kini mampu meluaskan keserasian kedua-dua Sistem Pengendalian nomos (nOS) dan teknologi Intel, nomos memperlihatkan penggunaan yang cemerlang; bagaimana ekosistem IoT individu seperti SmartThings Samsung boleh berhubung dengan KNX, piawaian dalam pengautomatan bangunan. Sebagai gerbang antara dua dunia berasingan, nOS bertindak sebagai lapisan pengabstrakan semesta. Sebagai antara sistem yang sukar didapati di pasaran, nomos memiliki komunikasi terus dengan KNX dan tindanan perisian lain. nOS menjana akses melalui Cloud API (REST & Realtime) nomos kepada semua objek KNX yang dijumpai secara automatik dalam satu projek, menukarkannya kepada aplikasi SmartThings serta menyediakan komunikasi dwihala antara kedua-dua sistem.

Dalam perkhidmatan SmartThings "My SmartApps", semua unsur boleh dikawal dan dipantau, walaupun tidak serasi sebelum ini. nOS mengubah semua protokol bagi menyediakan akses mudah untuk mana-mana ekosistem dan menyatukan semuanya bagi menyediakan pengalaman pengguna yang lancar. Dengan nOS yang terpasang dalam gerbang IoT Intel, pengguna boleh mengumpul, mengawal, dan menyuap data ke mana-mana hujung hadapan.

Ramai pelanggan dan rakan kongsi OEM dalam pelbagai perniagaan vertikal mempercayai penyelesaian nOS yang boleh dilaksanakan secara mendatar, baru-baru ini menambah Intel, Hager Group dan LG Hospitality Solutions di Singapura ke dalam senarai rujukan nomos yang hebat.

Latar Belakang nomos system AG 

Ditubuhkan oleh veteran pengautomatan pada tahun 2010, nomos system AG merupakan peneraju dalam pengautomatan bangunan inovatif. Ia menyediakan bekalan kepada rakan kongsi OEM dalam bidang pengautomatan seluruh dunia.

Laman Web: http://www.nomos-system.com

Twitter: @nomossystem

Facebook: https://www.facebook.com/nomossystem

Lawati nomos sytem AG di Integrated Systems Europe 2016: Dewan 12 / B81

Kod Pendaftaran Percuma: 916578

https://registration.n200.com/survey/11xcdyxxbsbfr

Apple®, Samsung®, SmartThings®, KNX®, Intel®, LG®, Elgato®, Hager® dan nomos system® merupakan tanda dagangan berdaftar. Nama dan jenama lain boleh dituntut sebagai hak milik pihak lain.

SUMBER  nomos system AG

Source: nomos system AG
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics New products/services Trade show news