omniture

Taisys, Mobisphere dan Indosat Ooredoo Mengumumkan Perkongsian untuk GreenRoam Alliance

Taisys Technology
2016-02-18 16:57 363

TAIPEI, Taiwan, 18 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Taisys dan rakan sekutunya, Mobisphere mengumumkan Indosat Ooredoo menyertai platform slimduet® GreenRoam Alliance bagi menyediakan pelan mudah alih prabayar Indonesia. Kerjasama ini akan diumumkan secara rasmi semasa Kongres Dunia Mudah Alih, CS73 pada jam 11 pagi, 23 Februari 2016.

slimduet® merupakan ekosistem eSIM komersial pertama dunia yang memberikan SIM prabayar secara maya. Dengan memanfaatkan platform slimduet® Taisys, saluran pengedaran SIM sedia ada Indosat Ooredoo berubah menjadi digital. Pengunjung ke Indonesia kini boleh membeli dan memuat turun pelan prabayar tempatan Indosat Ooredoo melalui APP slimduet®.

Pengerusi Taisys, Jason Ho berkata, "Kami mengalu-alukan Indosat Ooredoo sebagai penambahan terkini dalam GreenRoam Alliance. Ahlinya mempunyai akses kepada produk dan penyelesaian berpusatkan telekomunikasi yang menyeluruh yang direka bagi membantu syarikat telekomunikasi mengatasi cabaran pasaran dan mencipta aliran hasil baharu melalui inovasi serta teknologi terbukti. Kami percaya syarikat yang terlibat akan bekerjasama dengan erat bagi memajukan perniagaan."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Presiden Indosat Ooredoo, Alexander Rusli berkata, "Kami berbesar hati dengan perkongsian ini. Dengan menyertai GreenRoam Alliance, kami terus dapat terus mempelbagaikan profil kami sebagai syarikat telekomunikasi digital terkemuka Indonesia dengan menyediakan penyelesaian pengedaran maya slimduet® untuk kad SIM kami bagi mencapai 10 juta pengunjung antarabangsa yang melawat Indonesia setiap tahun. Sejak bergiat aktif semula pada bulan November 2015, Indosat Ooredoo terus berinovasi, Kami teruja bagaimana penyelesaian ini boleh meluaskan pasaran kami dan peluang perniagaan kami."

Latar Belakang TAISYS

Taisys Technologies Co. Ltd., ahli GSMA dan ETSI, merupakan peneraju dunia dalam menyediakan khidmat kesalinghubungan mudah alih dan perkhidmatan penyepaduan menegak merentasi pelbagai industri dengan teknologi SIMoME yang berpaten. TAISYS slimduet® memberikan pengembara global perkhidmatan perayauan alternatif di lebih 200 buah negara. slimduet® turut merupakan ekosistem langsung pengguna teknologi eSIM pertama di dunia. Taisys melancarkan inisiatif GreenRoam Alliance bagi mengatasi ancaman penyahgandingan pemilikan pelanggan dan kerugian akibat gangguan OTT, kejatuhan harga, pengecilan margin, serta penyelesaian untuk masalah berkecuali bersih. Taisys mempunyai pejabat dan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di Taiwan, tanah besar China, Hong Kong, Singapura, India dan Afrika Selatan.

Latar Belakang Indosat Ooredoo

Indosat Ooredoo kini membangunkan syarikat telekomunikasi digital yang penting di Indonesia, yang menyediakan akses dan keterhubungan lebih luas untuk semua pihak dan setiap perniagaan. Indosat Ooredoo menyediakan perkhidmatan selular, talian tetap, komunikasi data, dan internet (MIDI) untuk pengguna, syarikat, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Saham Indosat disenaraikan di Bursa Saham Indonesia (IDX: ISAT). 

Wakil Media:

Taisys
Allan Jang
+886-2-2627-0927samb. 6019
Allan.Jang@taisys.com
http://www.taisys.com/index

Source: Taisys Technology
Related Stocks:
Jakarta:ISAT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures Licensing/marketing agreements Trade show news