omniture

Hikvision Umumkan Keputusan Pendapatan Awal 2015 Dengan Pertumbuhan 46.97%

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2016-02-29 14:00 173

HANGZHOU, China, 29 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Hikvision, peneraju global untuk produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif, mengumumkan keputusan pendapatan awalnya sepanjang tahun 2015, dengan hasil sebanyak AS$3.88 bilion, menjadikan kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya sebanyak 46.97%.

Cynthia He, naib presiden Hikvision, berkata terdapat beberapa faktor signifikan di sebalik pertumbuhan mampan syarikat itu.

"Industri keselamatan sentiasa berkembang dan Hikvision kini menerajui usaha mencapai kemajuan tersebut," kata beliau. "Pelaburan berterusan kami untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah komponen penting untuk pertumbuhan kami. Setiap tahun, Hikvision melabur sebanyak 7% hingga 8% daripada hasil jualan kami untuk R&D, memfokuskan inovasi produk serta sistem pembangunan produk kami yang menyeluruh dan menerajui industri.

"Kami mempunyai rangkaian hubungan perniagaan dari dalam dan luar negara yang sentiasa berkembang, yang membolehkan kami kekal berhubung dengan pasaran serta mampu membuat keputusan berdasarkan keperluan praktikal pelanggan seluruh dunia. Rangkaian penyelesaian kami yang lengkap untuk industri vertikal membolehkan kami memenuhi permintaan pelbagai kegunaan pakar.

"Pada tahun 2016, Hikvision berhasrat untuk meneruskan momentum yang mengagumkan ini, dengan terus mengutamakan pemeteraian perkongsian baharu, memajukan perluasan perniagaan, dan inovasi produk yang berterusan."

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision merupakan pembekal terbesar dunia untuk produk dan penyelesaian pengawasan video. Syarikat itu mengkhusus dalam teknologi pengawasan video, serta mereka cipta dan mengeluarkan pelbagai produk CCTV dan juga produk pengawasan video yang inovatif. Rangkaian produk itu terdiri daripada kamera dan DVR sehinggalah perisian pengurusan video. Dengan pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) terbesar dalam industri serta kemudahan pengeluaran tercanggih, Hikvision menawarkan faedah produk bertaraf dunia kepada pelanggan, yang direka dengan teknologi tercanggih. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati laman web Hikvision di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Earnings