JACKSON, Mississippi, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Seraphim Solar USA Manufacturing, Inc. (selepas ini akan disebut sebagai "Seraphim"), dengan bangganya memperkenalkan modul berkecekapan tinggi baharu kami, "Eclipse" untuk pasaran global. Produk ini akan dilancarkan semasa Ekspo PV di Jepun serta di beberapa pameran akan datang, termasuk di Ecobuild UK dalam minggu seterusnya.
Dengan rekaan inovatif berbanding modul 60 sel aliran utama, siri Eclipse, modul suria berkecekapan tinggi, menggunakan rekaan modul yang inovatif dan kaedah penghasilan yang unik. Eclipse Mono (saiz mirip modul 60 sel normal) mencapai kuasa output 310W dan 19.1% kecekapan penukaran tenaga suria. Eclipse Poly (saiz mirip modul 60 sel normal) mencapai kuasa output 290W dan 17.1% kecekapan penukaran tenaga suria.
Eclipse menggunakan teknologi inovatif untuk mengoptimumkan sistem pengalir arus dan rekaan modul.
Dengan rekaan bebas sistem pengalir keseluruhan, kawasan kerja aktif modul itu diperbesarkan, agar dapat menukarkan lebih banyak tenaga elektrik daripada sinar matahari kepada paras semaksimum yang boleh. Modul Eclipse menjana 50% lebih kesan nilai kalori berbanding modul tradisional, yang banyak mengurangkan kesan titik panas serta menjamin penjanaan tenaga elektrik yang berterusan.
Ujian menunjukkan Eclipse menjana 15% lebih banyak output berbanding modul konvensional.
Bagi pemasangan kuasa yang sama saiz, Eclipse akan menjimatkan 8% ruang lantai, kurang tenaga kerja, serta kos BOS, dan seterusnya memberikan pendapatan lebih tinggi kepada para pelanggan.
Pengurus Besar Seraphim Polaris Li sangat yakin dengan Eclipse. "Teknologi dan rekaan baharu ini digabungkan bagi meningkatkan output kuasa keseluruhan. Dengan sel normal, Eclipse meningkatkan kadar penukaran sebanyak 0.5%-4%."
"Semasa kami memulakan tugas untuk modul suria baharu ini, kami mempertimbangkan setiap unsur yang mentakrifkan modul suria yang sempurna - prestasi, keandalan, kerintangan haba, PID, harga, dan sebagainya. Kemudian kami mencabar diri kami untuk mencari cara yang terbaik dan paling berwawasan," kata Pengurus Besar Eksekutif Global Justin Xi. "Eclipse amat berbeza daripada apa-apa pun yang sebelumnya. Bak kata slogannya – Apa yang Anda Mahukan, Semuanya Dengan Eclipse."
Latar Belakang Seraphim
Sebagai penyedia produk fotovoltan (PV) terkemuka, Seraphim mempunyai kapasiti global sebanyak 1.8GW (1.5GW di Changzhou, China dan 300MW di AS). Pada masa kini, produk Seraphim digunakan secara meluas di 30 buah negara. Seraphim adalah khusus untuk menyediakan penyelesaian tenaga bersih yang lestari kepada pelanggan dengan kesan alam sekitar yang memberi hasil tinggi dalam tempoh jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.seraphim-energy.com
Untuk temu bual, sila hubungi info@seraphim-energy.com