omniture

Johnson Controls Membantu Mercu Tanda Hong Kong Sun Hung Kai Centre Melangkaui Sasaran Penjimatan Tenaga

Johnson Controls
2016-03-03 10:00 644

Penjimatan sepuluh peratus dicapai dari penghasilan optimum loji penyejuk dan integrasi peralatan bangunan

HONG KONG, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Produk penyelesaian bangunan yang lengkap daripada Johnson Controls membolehkan Sun Hung Kai Centre, sebuah bangunan pelbagai guna berusia 34 tahun, setinggi 53 tingkat yang menempatkan ibu pejabat pemaju terkemuka, Sun Hung Kai Properties, mencapai penjimatan tenaga dan kos sekitar 10 peratus, serta mengurangkan kesan karbon sebanyak 300 tan setahun. Ia adalah  hasil daripada penjimatan tahunan yang berjumlah USD 75,000 dengan jangkaan pulangan pelaburan hanya dua tahun.

Johnson Controls Bantu Mercu Tanda Hong Kong Sun Hung Kai Centre Melangkaui Sasaran Penjimatan Tenaga Mereka
Johnson Controls Bantu Mercu Tanda Hong Kong Sun Hung Kai Centre Melangkaui Sasaran Penjimatan Tenaga Mereka

 

Sebagai salah satu pemaju hartanah paling bernilai di Asia, Sun Hung Kai Properties adalah perintis dalam penggunaan teknologi hijau baharu. Sun Hung Kai Centre adalah antara beberapa bangunan di Hong Kong yang berjaya memperoleh pensijilan "Cemerlang" ("Excellent") yang dianugerahkan oleh Pusat Teknologi Alam Sekitar Hong Kong dan juga menerima pensijilan global daripada Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) sempena kejayaan mereka menambah baik kualiti serta pengurusan alam sekitar. Sun Hung Kai Properties terus berusaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan kesan karbon bangunan itu sebanyak lima peratus dengan gangguan minimum terhadap penghuninya. Dengan bantuan Johnson Controls, syarikat itu berjaya menggandakan sasaran penjimatan tenaga mereka.

Projek pusat Johson Controls adalah untuk mengoptimumkan loji air penyejuk yang berpusat di dalam bangunan itu. Ia akan menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah penggunaan tenaga bangunan itu. Perisian Central Plant Optimization 10 (CPO10) daripada Johnson Controls, diintegrasikan dengan sistem pengurusan bangunan Metasys® dan penyejuk empar YORK® YK memberikan hasil terbaik daripada loji penyejuk bertaraf dunia untuk mengoptimumkan konfigurasi loji. Hasilnya, penyejuk pelbagai muatan dan pemula boleh digunakan bergantung kepada beban bangunan dan keadaan ambien.

Johnson Controls juga memperkenalkan perisian diagnostik kerosakan proprietari , Connected Services, yang membolehkan pemantauan sepanjang masa dibuat dari jauh terhadap penyejuk tersebut. Oleh sebab itu, Sun Hung Kai Centre menerima maklumat nyata dan tepat tentang prestasi loji penyejuk melalui laporan bulanan khusus yang memaklumkan keadaan penyejuk tersebut.

"Johnson Controls banyak memberi nasihat penting kepada kami dengan penyelesaian berintegrasi mereka, kami berupaya untuk melangkaui sasaran penjimatan tenaga kami. Kami sangat kagum akan tahap kepakaran dan perkhidmatan mereka yang profesional," kata Ricky Kwan, Ketua Perkhidmatan Teknikal, S.H.K. Real Estate Management Company Ltd.

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls merupakan peneraju kepelbagaian teknologi dan perindustrian global yang berkhidmat kepada para pelanggan lebih daripada 150 buah negara. Tenaga kerja kami seramai 150,000 orang mencipta produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif plumbum-asid dan bateri canggih untuk kenderaan hibrid serta elektrik; selain daripada komponen serta sistem tempat duduk untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak penubuhan kami pada tahun 1885, dengan ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami dalam meningkatkan bahagian pasaran, kami komited untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham dan memastikan kejayaan pelanggan kami. Pada tahun 2015, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #14 dalam senarai "100 Warga Korporat Terbaik" tahunan mereka. Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami melalui @johnsoncontrols di Twitter.

Latar Belakang Kecekapan Bangunan Johnson Controls

Bahagian Kecekapan Bangunan Johnson Controls memiliki portfolio terbaik yang mengandungi produk dan penyelesaian HVACR untuk mewujudkan bangunan yang selesa, selamat dan cekap. Beroperasi lebih daripada 150 buah negara melalui rangkaian pengedaran yang kukuh, barisan produk yang ditawarkan oleh Kecekapan Bangunan membantu pemilik, pengendali, jurutera dan jururunding memberi kebaikan pada jangka hayat bangunan itu. Keunggulan mereka dalam pasaran adalah hasil daripada jenama-jenama yang dipercayai seperti YORK®, Sabroe® dan Metasys® serta keupayaan integrasi bangunan pintar dan penyelesaian kewangan untuk tenaga. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami di Twitter melalui @JCI_BEnews.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160229/8521601295
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology HVAC Real Estate