omniture

Qlik Perluas Rangkaian Rakan Kongsi di Asia

Qlik Menambah 33 Rakan Kongsi Baharu di Asia bagi Mempercepat Momentum Pertumbuhan di Rantau dan Mengiktiraf Rakan Kongsi Berprestasi Tinggi dalam Acara di Phuket
Qlik
2016-03-03 10:51 326

SINGAPURA, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Qlik®, (NASDAQ: QLIK) peneraju dalam analisis visual, hari ini mengumumkan ia telah memperluaskan rangkaian rakan kongsinya di Asia dengan menambah 33 rakan kongsi baharu, bagi menyokong pertumbuhannya di rantau itu. Rakan kongsi baharunya terdiri daripada JSC Tech di Korea Selatan, NEC di Malaysia, PT Synnex di Indonesia, dan NCS serta Dimension Data dari Singapura. Qlik kini bekerjasama dengan hampir 100 rakan kongsi dari seluruh ASEAN, Hong Kong, dan Korea Selatan.

Semasa Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Qlik Asia 2016 yang diadakan di Phuket pada 25-26 Februari yang dihadiri oleh lebih 100 peserta dari serata rantau, syarikat itu turut menyampaikan anugerah 2015 kepada rakan kongsi terbaik kerana mencipta nilai luar biasa untuk pelanggan dan memperluas jangkauan platform analisis visual Qlik. Pemenang anugerahnya ialah:

  • Rakan Kongsi Hasil Terbaik - Miso Infotech Inc. (Korea Selatan)
  • Perjanjian Rakan Kongsi Terbesar - VS Security (Taiwan)
  • Rakan Kongsi Baharu - JSC Tech (Korea Selatan)
  • Rakan Kongsi Hasil Terbaik untuk Qlik Sense - IDR Systems (Korea Selatan) dan VANTIS Solutions (Hong Kong)
  • Rakan Kongsi Paling Inovatif - Metro Systems (Thailand)
  • Kitar Jualan Terpantas - SIFT Analytics (Singapura)

Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi hebat dalam komuniti rakan kongsi Qlik yang mengambil pendekatan inovatif bagi memenuhi keperluan perniagaan pelanggan, serta menunjukkan tahap kepakaran tertinggi dalam pelaksanaan penyelesaian Qlik seperti QlikView® dan Qlik Sense®. Beberapa pelanggan baharu Qlik yang berjaya didapatkan pada tahun lalu adalah melalui rakan kongsi sepert United World College dan Becton Dickinson di Singapura.

"Rakan kongsi kami adalah sangat penting dan merupakan bahagian penting dalam strategi untuk memasarkan Qlik. Ketika pasaran BI semakin mencapai kematangan bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin berubah, rakan kongsi kami merupakan lanjutan yang penting bagi tenaga jualan global kami, bekerjasama rapat dengan pelanggan kami bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka dan membantu mereka menerima amalan berpandu data bagi proses membuat keputusan yang lebih tangkas," kata Terry Smagh, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Qlik Asia. "Strategi kami sangat bergantung kepada kemampuan kami untuk berganding bahu dengan rakan kongsi yang dipercayai bagi menggalakkan peluang perniagaan baharu, mewujudkan kelebihan berdaya saing, serta mencipta nilai untuk para pelanggan kami."

Latar Belakang Qlik

Qlik (NASDAQ: QLIK) merupakan peneraju dalam analisis visual. Portfolio produknya memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat daripada pelaporan dan analisis visual yang dibuat sendiri kepada analisis berpandu, terbenam, dan tersuai khusus. Kira-kira 38,000 pelanggan bergantung kepada penyelesaian Qlik untuk mengetahui maksud daripada pelbagai sumber maklumat, menerokai hubungan tersembunyi dalam data yang membawa kepada maklumat yang mencetus idea bernas. Beribu pejabat di Radnor, Pennsylvania, Qlik mempunyai cawangan di seluruh dunia dengan lebih 1700 rakan kongsi meliputi lebih 100 buah negara.

© 2016 QlikTech International AB. Semua hak cipta terpelihara. Qlik®, Qlik Sense®, QlikView®, QlikTech®, Qlik® Cloud, Qlik® DataMarket, Qlik® Analytics Platform dan logo QlikTech adalah tanda dagang QlikTech International AB yang telah didaftarkan di beberapa buah negara. Tanda dan logo lain yang disebut di dalam artikel ini adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar kepunyaan pemilik masing-masing.

Hubungi:

Zixin Chai
+65-6690-7021
zixin.chai@qlik.com

Source: Qlik
Related Stocks:
NASDAQ:QLIK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Corporate Expansion