omniture

Lebih 25 Pemerintah Tentera Udara Bertemu di Persidangan Pemerintah-Pemerintah Udara LIMA'13 di Langkawi

IQPC
2013-01-23 09:00 232

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jan., 2013 /PRNewswire/ --

Lebih daripada 25 Panglima Tentera Udara dan 300 anggota kanan ketenteraan akan menghadiri Persidangan Panglima-Panglima Tentera Udara LIMA'13 (http://www.airchiefsconference.com/Event.aspx?id=856878&MAC=PRnewswire ) pada 27 Mac 2013 di Langkawi, Malaysia, untuk membincangkan usaha untuk meningkatkan penguasaan udara dalam perang digital.

Ucapan-ucapan dasar akan disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Malaysia; Jeneral  Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Leftenan Jeneral Ralph Jodice, USAF; dan Komander Pakatan Udara NATO bagi Operasi Unified Protector di Libya.

Dianjurkan bersama oleh TUDM dan Pusat Produktiviti dan Kualiti Antarabangsa(IQPC), persidangan itu akan meneliti kajian kes operasi di Afghanistan,  Iraq dan Libya, dan bagaimana keupayaan udara telah berkembang,  mentransformasi dan meningkatkan pertempuran moden. "Persidangan Panglima Tentera Udara itu merupakan platform yang sangat ideal untuk pemerintah udara serantau dan antarabangsa melihat semula senario yang membabitkan kuasa udara dalam pertempuran digital hari ini, menerusi dialog yang konstruktif," kata Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM.

Peneraju industri seperti Raytheon, Rolls Royce, Saab, BAE Systems dan Northrop Grumman sudah pun mengesahkan penyertaan masing-masing pada sesi teknikal di persidangan itu, melengkapkan sesi acara pagi mengenai perspektif strategi ketenteraan. Dua sesi pada persidangan itu akan membolehkan "industri ketenteraan dan pertahanan menambah perspektif baharu  mengenai isu itu dan platform yang baik untuk menjalin rantaian," kata Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali.

Persidangan itu yang merupakan sebahagian daripada pameran perdagangan LIMA'13 di Langkawi, akan dihadiri lebih daripada 300 pegawai kanan ketenteraan dan lebih 25 pemerintah tentera udara pada Mac akan datang ini di Langkawi.

Hubungan Media :

Merrylyn Yeo
Pengurus Pemasaran
IQPC
Merrylyn.yeo@iqpc.com.sg
+65-6722-9433

SUMBER : IQPC

Source: IQPC
Keywords: Aerospace/Defense Homeland Security Trade show news