KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sejak beberapa tahun lalu, syarikat pengurusan ladang lestari yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital, berusaha secara aktif dengan satu-satunya ladang kayu gaharu yang masih wujud di Hong Kong. Matlamatnya adalah untuk memastikan sebahagian daripada warisan semula jadi wilayah itu kekal hidup. Spesiesnya, Aquilaria sinensis, yang menghasilkan kayu gaharu, adalah pokok yang asalnya memberi nama gelaran Hong Kong yang terkenal -- 'Pelabuhan Harum' – bandar itu berperanan sebagai pembekal wangian serantau selepas menjadi hab Asia untuk urusan berkaitan wangian.
Sejak tahun 2014, Asia Plantation Capital terlibat dalam satu usaha sama dengan En. Chan Koon Wing, seorang petani kayu gaharu generasi ketiga yang memiliki ladang komersial Aquilaria sinensis terakhir yang masih tinggal di Hong Kong. Ladang itu, yang terletak berhampiran kampung Shing Ping dan kampung Ping Che di Wilayah Baru Hong Kong, kini mempunyai kira-kira 6,000 batang pokok yang ditanam sejak tahun 2009, dan matlamatnya adalah untuk mengekalkan serta memulihara spesies yang terancam ini. Perkongsian strategik antara Asia Plantation Capital bersama En. Chan ini memberikan sokongan dan kepakaran yang diperlukan bagi membangunkan peluang komersial untuk tempoh jangka panjang di Hong Kong serta kawasan sekitarnya, secara beretika dan lestari.
Ladang milik En. Chan diwarisi daripada datuknya, yang mula menanam pokok Aquilaria sinensis bertahun-tahun dahulu. Setelah lama bekerja di luar negara, Chan kembali ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk mengusahakan semula ladang itu. Hong Kong, dahulunya kaya dengan pokok Aquilaria, mengalami ancaman pembalak dan pemburu haram, memandangkan permintaan kayu gaharu di Tanah Besar China meningkat secara mendadak beberapa tahun ini. Semua pemburu haram ini sering menyamar sebagai pengembara pejalan kaki, menghiris pokok secara semberono untuk mencetuskan jangkitan getah, kemudian akan kembali pada tengah malam untuk menebangnya. Teras kayu dalam pokok Aquilaria itu yang menghasilkan bahan yang bernilai tinggi dan sangat diidam-idamkan, Oud – bahan penuh ajaib dan mistik yang mempunyai kepentingan budaya dan keagamaan untuk berbilion-bilion individu, dan kini merupakan salah satu bahan yang paling menjadi rebutan ramai dalam dunia wangian.
Minggu lalu, Chan mengunjungi Singapura dan Malaysia untuk melawat butik utama Fragrance Du Bois yang mewah di The Fullerton Hotel di Singapura, dan di Starhill Gallery di Kuala Lumpur, sebelum dijemput melawat beberapa ladang yang dimiliki dan diurus Asia Plantation Capital. Perjalanan beliau termasuklah lawatan ke kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar di rantau ini iaitu di Johor Bahru, Malaysia, dan salah satu ladang di Keru, Negeri Sembilan, yang terletak dari arah selatan Kuala Lumpur. Ladang inilah yang mempunyai tanaman spesies Aquilaria sinensis yang serupa seperti di ladang Chan di Hong Kong.
Chan mengulas, "Saya sangat kagum dengan kemajuan Asia Plantation Capital. Penyelidikan dan pembangunan yang dilaburkan untuk ladang mereka adalah sangat menakjubkan. Minyak Oud sudah tidak dihasilkan di Hong Kong selama lebih satu abad, tetapi dengan bantuan Asia Plantation Capital, saya berharap dapat mengubah keadaan tersebut dengan membangunkan kilang penyulingan kecil pada masa depan. Kilang dan pusat penyelidikan kayu gaharu yang dibina khas di Johor mempunyai kemudahan yang canggih, dan impian saya adalah untuk mencuba mewujudkan kemudahan yang sama di Hong Kong. Tambahan lagi," simpul beliau, "syarikat ini merupakan perintis dalam industri ini, menanam pokok gaharu sejak tahun 2009, dan sudah dikenali sebagai peneraju pasaran dari segi pengetahuan saintifik serta teknik yang diperlukan bagi merangsang teras kayu bergetah itu secara inokulasi. Banyak yang saya perlu pelajari dan bawa pulang daripada lawatan ini, dan saya yakin ini bukan sahaja akan memberi faedah kepada perkongsian kami, tetapi juga kepada matlamat kami untuk membangunkan dan menanam pokok gaharu yang lestari di rantau ini."
"Semua usaha sama, atau perkongsian kami, dipilih secara strategik bagi memastikan semua matlamat kami adalah sejajar," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Juga, sebagai sebahagian daripada dedikasi dan komitmen kami terhadap 'kelestarian holistik', Asia Plantation Capital sangat percaya dengan penglibatan masyarakat. Dalam kes ini, matlamat kami adalah untuk melindungi spesies terancam ini, dan membantu Chan menghasilkan minyak Oud di Hong Kong. Kami percaya bidang tanah ini adalah lebih daripada sekadar nilai wang sahaja. Jelas sekali Chan mempunyai nilai sentimental dengan spesies itu dan ladang keluarganya," simpul Watts, "dan kami gembira dapat menawarkan kepakaran kami untuk mengurus satu persatu pokok gaharu di ladang itu bersama beliau."
Pokok Aquilaria berada dalam senarai CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar) bagi melindungi dan menjaganya demi masa depan spesies yang telah dieksploitasi dan dituai secara melampau sehingga mengalami kepupusan. Asia Plantation Capital memastikan semua pokok Aquilaria ditanam secara lestari dan produk yang terhasil daripadanya (minyak Oud, serpai kayu, manik, dan sebagainya) menerima perakuan daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan dibuat melalui kaedah yang beretika, boleh diperbaharui, serta lestari.
Nota untuk Editor:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65 9144 0933
Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +6013 774 1009
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Asia Plantation Capital Group merupakan syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari dan memenangi pelbagai anugerah, dengan projek di serata Asia, Eropah, Amerika, dan Afrika. Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pakar terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang melaluinya, mereka bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang menerajui industri.
Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian mewah nic yang dilahirkan daripada inti pati alam semula jadi terunggul, menghasilkan wangian yang diolah oleh pakar wangian generasi kelima sejak tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Fragrance Du Bois dihasilkan menggunakan minyak Oud asli 100% organik dan tulen serta bahan daripada sumber lestari lain, daripada ladang yang diurus syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.
Dengan butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois kini berusaha mencapai kemajuan selanjutnya di Eropah, dengan menambah jumlah butik wangian sedia adanya di Dubai, Hong Kong dan Thailand. Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman terindah dalam wangian tersuai khusus, di samping terus setia pada etosnya iaitu, 'kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160203/8521600734-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160203/8521600734-b