omniture

Fragrance Du Bois Umumkan Perkongsian dengan Jovoy

Fragrance Du Bois
2016-03-07 12:52 526

PARIS, 7 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Fasa pertama perkongsian antara syarikat wangian Fragrance du Bois dengan Jovoy, 'Kedutaan wangian yang jarang didapati' di Paris, diumumkan kepada pihak akhbar, golongan profesional serta pakar industri hari ini.

Pengarah Jenama Fragrance Du Bois Nicola Parker berada di luar Jovoy Ambassade des Parfums Rares à Paris
Pengarah Jenama Fragrance Du Bois Nicola Parker berada di luar Jovoy Ambassade des Parfums Rares à Paris

Perkongsian antara Fragrance Du Bois dan Jovoy

Sudah tentulah langkah pertama dalam usaha menuju perkongsian yang penting seharusnya bermula di Eropah, atau lebih khusus lagi, di Paris, Perancis – pusat dunia wangian yang anggun. Keserasian istimewa antara Fragrance Du Bois dan Jovoy, merupakan pertembungan minda, budaya, dan nilai bagi pemeteraian kerjasama yang harmoni.

Pelancaran Fragrance Du Bois merupakan peringkat pertama dalam perkongsian butik antara 'Duta wangian yang jarang didapati' bersama salah sebuah syarikat wangian paling segar dan paling inovatif di dunia hari ini.

François Hénin membantu proses persediaan untuk pelancaran Fragrance Du Bois
François Hénin membantu proses persediaan untuk pelancaran Fragrance Du Bois

Pengembaraan penemuan ini akan bermula pada awal Mac 2016 di Paris, dan tidak lama lagi akan boleh ditemui di lokasi berprestij lain yang berada di serata Eropah serta di seluruh dunia.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Medigue
Pegawai Pemasaran dan Pentadbiran
E-mel:charlotte.medigue@fragrancedubois.com
Tel: +41-22-707-7330

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian Perancis yang dilahirkan daripada hubungan yang menakjubkan antara dua dunia; dunia perladangan dan kilang penyulingan Kayu Gaharu (Oud) yang lestari di Asia Tenggara, dan seni wangian Perancis yang tidak tandingannya yang mewarisi tradisi paling mewah Grasse, Perancis.

Fragrance Du Bois memiliki ladangnya sendiri yang diuruskan oleh Asia Plantation Capital yang memenangi anugerah, syarikat yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan spesies pokok terancam daripada mengalami kepupusan. Asia Plantation Capital memiliki tanah dan menanam pokok dengan cara yang lestari dan boleh diperbaharui, selain menubuhkan kemudahan penyulingan termaju di Malaysia dan Thailand. Di sinilah minyak Oud yang penuh misteri dan menjadi dambaan ramai dihasilkan, sedia untuk menjadi bahagian penting dalam rumusan wangian Fragrance Du Bois yang harum.

Umum dikenali sebagai 'emas cair' dan 'kayu-kayuan dewa-dewi', Oud merupakan bahan yang sangat sukar didapati dan bernilai tinggi, serta merupakan bahan yang gemar digunakan oleh pakar wangian terhebat seluruh dunia bagi menghasilkan rumusan mereka.

Minyak Oud yang dihasilkan di ladang ini yang digunakan dalam semua ciptaan Fragrance Du Bois memiliki kualiti tertinggi, disumberkan dan dihasilkan secara lestari, dan diketahui asal-usulnya. Hubungan antara Fragrance Du Bois dengan ladang lestari yang diurus sendiri mencipta 'model perniagaan untuk zaman kita' – dengan Fragrance Du Bois mengawal sepenuhnya setiap hubungan rantaian bekalan yang lestari, boleh dibaharui, dan mementingkan alam sekitar.

Sebagai hasil langsung daripada hubungan ini yang mengusahakan bahan yang terbaik, kumpulan pakar pembuat wangian Fragrance Du Bois mampu menghasilkan karya agung minyak wangi – senario yang dizahirkan oleh pakar wangian generasi kelima François Merle-Baudoin, yang berasal dari Grasse, dan rumusannya yang menakjubkan mengisi rangkaian Fragrance Du Bois. Semua pakar wangian Fragrance Du Bois begitu menghargai peluang untuk menggunakan minyak Oud berkualiti tinggi, dan mereka semua mengiktiraf kepentingan kelestarian dan sumber yang diketahui apabila mengendalikan unsur asas dalam ciptaan mereka.

Dengan sepuluh Eaux de Parfum dalam rangkaian 'Shades' dan 'Privé, Fragrance Du Bois mengesahkan reputasinya dan kedudukannya dalam industri wangian global yang amat berdaya saing, dan kisah 'Dari Tanah, Menjadi Minyak, Kepada Anda' mereka dengan pantas menjadi lambang dunia perniagaan moden.

Latar Belakang Jovoy

Butik Paris itu, yang lebih mesra dikenali sebagai 'Kedutaan wangian yang jarang didapati', yang meraikan ulang tahun keempatnya di 4 rue de Castiglione pada 29 Februari 2016, kini mengukuhkan kedudukannya sebagai lokasi terunggul untuk penggemar wangian yang intim, diperibadikan dan kreatif.

François Hénin, pencetus berwawasan yang mencipta jenama ikonik ini, menemui dan jatuh cinta dengan seni wangian di Asia Tenggara, membina kilang penyulingan minyak pati di Vietnam, sebelum memperhalusi kemahirannya di Grasse, Perancis.

Jovoy memulakan strategi pemfrancaisan yang bakal meluaskan landskap industri wangian global pada Abad ke-21, mempamerkan dan memperjuangkan wangian khas yang menonjol berbanding jenama lain yang sudah dikenali, namun masih kekal setia dengan prinsip seni wangian Perancis yang mewah. Beroperasi di Tehran, Iran, dan butik rintis di Le Mans di tengah-tengah Perancis, Jovoy kini turut mengesahkan pelancaran butik pertama di Doha, Qatar.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160301/8521601327-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160301/8521601327-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Joint ventures