TIANJIN, China, 9 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pembuat kereta terkemuka China, GAC Motor, menerima pingat emas untuk model GS4 pertamanya apabila C-ECAP (Program Penilaian Eko-Kereta China) mengumumkan senarai anugerah suku kedua pada 8 Mac di Pusat Kajian dan Teknologi Automotif China di Tianjin.
GS4 memperoleh 80.68 mata dalam penilaian C-ECAP dan menjadi model kenderaan SUV pertama yang menerima pingat emas. Sebanyak 9 buah kereta telah dianugerahkan pingat emas dan perak sejak C-ECAP ditubuhkan dan GS4 GAC Motor adalah satu-satunya model berjenama China dan SUV dengan keupayaan pelepasan asap kotoran kenderaan yang rendah di samping memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum.
C-ECAP dilancarkan pada 2015 dan menilai impak keseluruhan automobil terhadap alam sekitar dan ekosistem dengan menilai lima indeks asas - bahan-bahan berbahaya, kualiti udara dalam kereta, bunyi dalam kereta, gabungan penggunaan bahan api dan pelepasan asap kenderaan serta tiga laporan tambahan kadar kitar semula, pembebasan gas rumah hijau, dan komponen-komponen kitaran hayat. Hanya 1.5 peratus daripada semua model kereta yang menyertai penilaian menerima pingat emas atau anugerah yang lebih tinggi.
Model paling laris ini mula dipasarkan pada April tahun lalu, yang terjual lebih 30,000 kereta pada bulan pertama tahun 2016, mempunyai kecekapan bahan api yang optimum dengan gabungan penggunaan bahan api sebanyak 6.3 L/100 km (37.3 MPG) dan hanya 36dB dalam hingar melahu memberikan ruang pemanduan tanpa gangguan kepada pemilik kereta.
"Menggunakan teknologi lestari dan mesra alam dalam pengeluaran kenderaan dan hiasan automotif adalah salah satu matlamat utama kami pada 2016. Semua kereta yang dikeluarkan oleh GAC Motor mematuhi standard tertinggi dan hanya menggunakan kualiti terbaik dan bahan-bahan mesra alam sekitar," kata Gu Huinan, naib Pengurus Besar GAC Motor.
Selain penggunaan bahan api serta pembebasan asap yang lebih rendah, GAC Motor mewujudkan persekitaran pemanduan hijau yang selesa dengan sentiasa memperbaiki NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran) dan mencapai pembebasan VOC (sebatian organik meruap) sifar dalam pemangkasan dalaman, VOC mendapat markah tertinggi dalam penilaian C-ECAP.
Kilang GAC Motors juga dilengkapi dengan barisan pengeluaran tertutup sepenuhnya termaju dengan pengurangan bunyi dan debu dan menjanjikan penggunaan 100 peratus salutan larut air, mesra alam dan menghapuskan bahan-bahan berbahaya dan habuk dalam pembebasan asap kilang untuk mengurangkan pencemaran atmosfera.
GAC Motor mengeluarkan satu kenderaan tenaga baharu GA5PHEV pada bulan Disember, 2015 dan akan membawa kereta hibrid elektrik, hibrid elektrik dan plug-in pada masa terdekat. Matlamat syarikat adalah untuk mencapai 100,000 hingga 200,000 kapasiti pengeluaran tahunan kenderaan tenaga baharu pada tahun 2020.
"Kini, pembeli kereta di seluruh dunia mencari kenderaan yang cekap dan mesra alam. GAC Motor sedang membangunkan kereta generasi baharu yang memuaskan hati pelanggan kami dan memelihara alam sekitar," tambah Encik Gu.
Latar Belakang GAC Motor
GAC Motor adalah anak syarikat GAC Group yang komited dalam pembangunan dan pembuatan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori auto berkualiti yang bertaraf dunia. GAC Motor berada pada kedudukan lapan teratas antara semua jenama dalam Kajian Kualiti Awal China 2015 J.D. Power Asia Pacific, yang tertinggi bagi semua jenama Cina untuk tahun ketiga berturut-turut.