HONG KONG, 17 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- PR Newswire telah melancarkan kaji selidik dalam talian, bertajuk "Status Kerja Wartawan dan Tabiat Pengumpulan Berita di Asia-Pasifik 2016", bagi mengetahui bagaimana era komunikasi digital baru memberi impak kepada kehidupan profesional para wartawan. Kaji selidik ringkas ini mengalu-alukan input daripada komuniti media di enam pasaran besar iaitu - Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Taiwan, dan ia terbuka untuk penyertaan sehingga 16 Mei 2016. Setiap peserta yang layak akan menerima baucar kopi sebagai tanda penghargaan dan boleh mengambil bahagian dalam cabutan hadiah untuk memenangi iPad Air 16GB.
Sebahagian daripada komitmen jangka panjang PR Newswire ialah untuk membantu syarikat-syarikat agar lebih memahami perubahan keperluan media dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan strategi kandungan mereka dengan sewajarnya bagi meningkatkan peluang untuk diterbitkan. Maklum balas para wartawan akan bertindak sebagai panduan kepada para pemasar dan profesional PR untuk menghasilkan kandungan yang selaras dengan keperluan editorial mereka.
Soalan-soalan utama yang dirangkumi dalam kaji selidik ini termasuk:
"Kami sentiasa berusaha untuk memahami keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran wartawan yang sentiasa berkembang, dan kami berharap bahawa hasil keputusan yang dikumpulkan akan membantu kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti media," ujar Yujie Chen, Naib Presiden Kanan PR Newswire Asia Pasifik. "Perkhidmatan khusus yang ditawarkan oleh PR Newswire membantu merapatkan jurang antara media dengan komuniti-komuniti PR dan pemasaran. Sebagai contoh, ProfNet menawarkan perkhidmatan dalam talian percuma yang menghubungkan para wartawan dengan pelbagai sumber yang berkualiti dan pakar-pakar industri untuk kandungan berita mereka."
Laporan tersebut disasar untuk dilengkapkan pada hujung suku kedua 2016; pihak-pihak yang berminat boleh melanggan untuk menerima peringatan apabila keputusan telah diperolehi. Sementara itu, ketika kaji selidik untuk wilayah Asia-Pasifik sedang dilaksanakan, PR Newswire juga telah melancarkan kajian yang terperinci mengenai status kerja wartawan dan tabiat pengumpulan berita di China pada 2016. Laporan dalam bahasa Cina sedia untuk dimuat turun di sini.
Mengenai PR Newswire
PR Newswire (www.prnasia.com) merupakan pembekal global utama yang menawarkan pengedaran keluaran berita dan platform multimedia yang membolehkan para pemasar, pegawai komunikasi korporat, pegawai perhubungan awam dan pelabur profesional menggunakan pengaruh kandungan untuk berhubung dengan semua khalayak utama yang mereka sasarkan. Setelah merintis industri pengedaran berita komersil pada 1954, PR Newswire kini memberikan penyelesaian hingga ke hujung untuk menghasil, mengedar, mensasar dan mengukur kandungan teks dan multimedia ke seluruh saluran tradisional, digital, mudah alih dan sosial. Dengan menggabungkan rangkaian pengedaran kandungan yang mempunyai berbagai saluran dan pengoptimuman terbesar di dunia melalui platform-platform dan alat-alat aliran kerja yang komprehensif, kami membolehkan perusahaan-perusahaan di dunia untuk menceritakan kisah mereka kepada dunia. PR Newswire menawarkan perkhdimatan kepada berpuluh ribu klien dari pejabat-pejabat di benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pasukan Pemasaran Asia PR Newswire
+852-2572-8228
asia.marketing@prnasia.com
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601655
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506608LOGO