SINGAPURA dan VALLETTA, Malta, 18 Mac 2016 /PRNewswire/ -- New Silkroutes Group Limited ("NSG" atau "Kumpulan") hari ini berkata usaha samanya dengan Kementerian Tenaga Malta telah melengkapkan perdagangan kargo pertamanya, menjadikan Kumpulan ini selangkah lebih dekat dengan matlamat untuk menjadi pedagang minyak dan gas antarabangsa yang terkemuka.
Dicapai hari ini, perdagangan itu dijalankan oleh IEG Malta Limited ("IEG Malta"), yang 90% dipegang oleh anak syarikat milik penuh NSG, International Energy Group Pte. Ltd ("IEG"), dan 10% oleh Kementerian Tenaga Malta. Usaha sama tersebut telah dibentuk pada tahun 2015 dengan mandat untuk membangunkan Malta menjadi hab perdagangan tenaga antara Asia dan Eropah.
IEG Malta menjangka jumlah dagangan fizikal akan meningkat pada bulan-bulan akan datang kerana aksesnya kepada pasaran barat Terusan Suez. Purata jumlah dagangan bulanan IEG sendiri telah meningkat empat kali ganda dalam tempoh lapan bulan yang lepas.
Penyempurnaan perdagangan kargo datang sebulan selepas IEG menjalankan perdagangan elektroniknya yang pertama di Asia menggunakan proses penentuan harga secara Market-on-Close Platt yang menggunakan bidaan, tawaran dan transaksi daripada peniaga-peniaga untuk menilai harga minyak mentah dan produk berkaitan .
Selaras dengan komitmen Kumpulan untuk mengembangkan perniagaan perdagangan minyak dan gas, pengurusan NSG ini meluluskan resolusi pada awal Mac untuk meningkatkan modal berbayar IEG daripada S$10.00 juta kepada S$34.69 juta. Melangkaui perdagangan tenaga, IEG - melalui IEG Malta - juga berminat terhadap pengurusan, pembiayaan bahkan memiliki kemudahan dan terminal simpanan minyak.
Encik Artun Gursel, ketua tempahan untuk IEG, berkata: "Kami melihat pasaran minyak dan gas terus berkembang dari segi saiz dan cabang perniagaan yang pelbagai. Sama seperti China, inisiatif 'Satu Jalur, Satu Laluan' direka untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara benua Eropah dan Asia. Kami percaya kami dapat memainkan peranan penting dalam menjadikan kedua-dua benua lebih akrab seiring dengaan pembangunan Malta sebagai hab dagangan tenaga pilihan Mediterranean. Matlamat kami adalah untuk membawa misi bekalan kritikal ke Eropah dan Mediterranean antara kedua-dua benua. Matlamat kami ialah untuk menyediakan bekalan misi kritikal ke Eropah dan Mediterranean. Kejayaan dalam melaksanakannya bermakna meningkatnya kecairan pasaran dan bekalan yang andal untuk rantau ini. "
Perdagangan dan pelaburan minyak dan gas adalah sebahagian daripada anjakan strategik berikutan NSG dikeluarkan dari SGX Watchlist pada bulan November 2014.
Latar belakang New Silkroutes Group Limited
New Silkroutes Group (Bloomberg: NSG SP) adalah sebuah syarikat diperbadankan Singapura (ditubuhkan pada 25 Jan 1994) yang tersenarai di Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Ltd (SGX). Ia berkembang menjadi sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai kemahiran utama dalam Keupayaan Pemboleh, Peruntukan Modal, dan Analisis (Dasar). Kumpulan ini, melalui anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu, mempunyai akses kepada sektor utama menegak, termasuk tenaga/sumber, penjagaan kesihatan, dan teknologi komunikasi maklumat dengan memberi tumpuan kepada keselamatan & tadbir urus.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
New Silkroutes Group Limited
Emel: ipr@newsilkroutes.org
WeR1Consultants Pte Ltd
3 Phillip Street, #12-01, Royal Group Building
Singapore 048693
Tel: (65): 6737 4844
Frankie Ho -- frankieho@wer1.net