omniture

Syarikat Baharu Belanda Lancarkan Platform Tawaran Dalam Talian di Malaysia

Saleduck
2016-03-21 10:13 151

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Saleduck, syarikat baharu yang berjaya yang berpejabat di Amsterdam, kini telah membuka cawangan pejabat di Kuala Lumpur. Saleduck, yang terkenal kerana membantu jutaan pengguna mencari tawaran dalam talian, kini memasuki pasaran global dengan penuh yakin selepas peluasannya ke lapan negara Eropah lain pada tahun 2015.

Pengguna negara ASEAN yang tidak mahu berbelanja banyak semasa membeli-belah dalam talian kini boleh menggunakan kupon, baucar, dan diskaun yang disediakan platform tawaran dalam talian Saleduck. Ia merupakan peneraju pasaran di Belgium dan sudah berjaya dalam lapan pasaran Eropah lain, dan Saleduck mencari peluang untuk berkembang di Asia. Buat masa ini, platform Saleduck sudah boleh didapati di Malaysia dan Singapura, di mana ia berkolaborasi dengan syarikat e-dagang besar seperti Lazada, Zalora dan Foodpanda.

"Dengan saiz pasaran berjumlah 770 bilion dolar, pasaran e-dagang Asia merupakan yang terbesar di dunia setakat ini. Kadar pertumbuhan pasarannya juga adalah 44% lebih tinggi berbanding benua lain. Oleh itu, tidak hairanlah kami memutuskan untuk memperluaskan perniagaan kami ke Asia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Domingo Karsten.

Di pejabat Kuala Lumpurnya, Saleduck Asia Sdn Bhd akan bermula dengan 12 kakitangan. Pasukan itu terdiri daripada profesional pemasaran dan pembangun web tempatan yang berbakat. Secara keseluruhannya, Saleduck kini akan diwakili 35 kakitangan seluruh dunia. Ketua Pegawai Teknologi Ben Rogmans dan Pengurus Komersil Rosanne Hortensius berpindah dari Amsterdam ke Kuala Lumpur untuk memantau pelancaran pasukan baharu itu. Tahun ini, Saleduck merancang untuk berurusniaga dalam lima negara Asia Tenggara.

Kehadiran yang dirai

Saleduck mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia. "Persekitaran untuk syarikat baharu amat bagus sekali, dan kami sangat selesa berurus niaga di sini. Lebih-lebih lagi sekarang, apabila kerajaan memberi ganjaran kepada rancangan besar kami dengan status MSC yang berprestij," kata Ben Rogmans Jr.

Status MSC yang eksklusif dan penuh berprestij ini diberikan kerajaan Malaysia bagi menawarkan syarikat multimedia inovatif faedah perniagaan yang menguntungkan. Dengan berbuat demikian, negara ini berharap dapat menjadi Lembah Silikon Asia Tenggara.

Sehingga kini, Saleduck menanggung pembiayaannya sendiri. Namun untuk kali pertama, syarikat ini membuka peluang kepada pelabur strategik yang ingin turut serta merangsang pertumbuhan syarikat itu. Pelaburan yang dirancang ini berjumlah 500,000 euro.

Latar belakang laman sesawang

Setiap hari Saleduck menyediakan tawaran dalam talian dan kod diskaun terbaik untuk pengguna. Laman sesawang ini boleh digunakan untuk mencari tawaran terbaik bagi kategori spesifik, contohnya untuk kasut, pelancongan, atau barangan elektronik. Anda boleh juga mencari kedai internet, jenama, atau produk tertentu. Apabila Saleduck menghalakan pengunjung kepada pengiklan, laman web itu akan mendapat sedikit komisen per jualan melalui pemasaran bersekutu.

Laman sesawang ini boleh diakses melalui komputer dan peranti mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pengurus Komersil Rosanne Hortensius:

rosanne@saleduck.com
+60172309960

Source: Saleduck
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Retail Joint ventures New products/services