SINGAPURA, 23 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Saban hari, kita bertukar-tukar peranan dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah dan lancar. Kehidupan aktif ini memerlukan kita pantas menyesuaikan diri dengan semua keadaan berbeza yang berlaku pada setiap hari. Alangkah hebatnya jika kita hanya perlu memiliki sepasang kaca mata yang sesuai untuk semua iklim, semua musim dan semua keadaan cahaya?
HOYA dengan bangganya memperkenalkan inovasi terkini dalam kanta fotokromik -- HOYA Sensity. Kanta reaktif cahaya ini menyediakan prestasi terunggul dan keselesaan pengguna yang mengagumkan. Kanta tersebut dapat menyesuaikan keamatan cahaya dengan keadaan sekeliling agar mata anda tidak perlu melakukan apa-apa: ia dapat berubah kepada gelap menjadi cermin mata hitam di luar dan bertukar menjadi jelas sepenuhnya ketika berada di dalam.
Manfaat utama kepada pemakai:
HOYA bergiat aktif dalam bidang fotokroma sejak tahun 1969 dan sentiasa berusaha membangunkan penyelesaian fotokromik yang terbaik untuk setiap keadaan cahaya. Kanta reaktif cahaya Sensity membawa bidang fotokroma ke peringkat seterusnya dengan mengabungkan teknologi HOYA sepenuhnya bagi memastikan kualiti dan ketahanannya. Ia disediakan dalam pelbagai reka bentuk kanta untuk penglihatan tunggal dan progresif.
Sensity memberikan keselesaan pengguna yang terhebat serta perlindungan terbaik. Jadi, walau apapun keadaan hari anda, anda sentiasa mempunyai penyelesaiannya di tangan anda.
Latar Belakang HOYA
HOYA ialah sebuah syarikat multinasional teknologi perubatan Jepun dan pembekal terkemuka untuk produk teknologi tinggi, inovatif dan penjagaan kesihatan yang amat diperlukan, berasaskan teknologi optik termaju. HOYA bergiat aktif dalam dua segmen perniagaan utama: Segmen Penjagaan Kehidupan dan segmen Teknologi Maklumat. Segmen Penjagaan Kehidupan menyediakan produk berkaitan penjagaan kesihatan seperti kanta untuk cermin mata dan mengendalikan rangkaian perniagaan untuk kanta lekap, selain produk berkaitan perubatan seperti kanta intraokular untuk pembedahan katarak dan endoskop perubatan. Kumpulan HOYA terdiri daripada lebih 100 buah anak syarikat dan anggota gabungan serta mempunyai lebih 35,000 kakitangan di seluruh dunia.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/8521601720-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/8521601720-b