omniture

Turbo HD Generasi Ketiga Hikvision membawakan Video 4K kepada Sistem Analog

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2016-03-24 10:00 564

Kini dengan prestasi video yang lebih baik, kecekapan pemampatan yang dipertingkat, jarak transmisi yang lebih jauh dan teknologi Power over Coax, sambil mengekalkan keserasian yang lancar dengan kamera IP analog serta rangkaian sedia ada daripada kebanyakan pengeluar  

HANGZHOU, China, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pengguna CCTV analog kini dapat menikmati HDTVI 5MP dan resolusi video 4K sambil menjimatkan pelaburan mereka dengan menggunakan prasarana kabel sedia ada. Hikvision kini melancarkan penyelesaian HD analog generasi ketiganya. Turbo HD 3.0 bukan sekadar memastikan prestasi video yang lebih baik sehingga input HDTVI 5MP dan output video 4K, bahkan turut menyokong video HD 1080p bebas kependaman sehingga 800m, serta transmisi HD720p sehingga 1200m melalui kabel sepaksi.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160322/346685

Prestasi video HD 1080p, HDTVI 5MP dan 4K

Turbo HD 3.0 mengekalkan fungsi kemudahan penggunaan sistem analog di samping menawarkan sehingga 5MP video dan menyediakan fungsi sistem pengawasan berdefinisi tinggi tanpa perlu menggantikan kabel sedia ada atau beralih kepada kamera IP. Turbo HD 3.0 menggunakan teknologi HDTVI, yang dapat menghapuskan isu-isu keserasian setiap kali anda perlu menggabungkan teknologi lama dengan produk baharu, selain menjadikan pemasangan lebih ringkas dan berkesan kos.

Teknologi pemampatan H.264+  

Teknologi pemampatan H.264+ Hikvision yang berkaliber tinggi dapat mempertingkat kecekapan pengekodan sehingga 50% berbanding H.264 standard, mengurangkan kadar bit sesaat dengan banyak, sambil mengekalkan kualiti transmisi yang tinggi tanpa kehilangan butiran forensik. Memandangkan kos data amat dititikberatkan oleh kebanyakan pengguna, H.264+ Hikvision mengurangkan keperluan memori pada DVR/NVR sedia ada dan dapat mengurangkan kos penyimpanan data dengan ketara.

Sehingga 1200m transmisi HD melalui kabel sepaksi

Teknologi Turbo HD 3.0 Hikvision menjamin sehingga 1200 meter transmisi HD720p yang berkualiti tinggi dan sehingga 800 meter video HD1080p melalui kabel sepaksi, jarak yang tidak boleh ditandingi oleh HD-SDI atau penyelesaian analog biasa. Jarak transmisi yang lebih jauh bererti projek yang lebih besar boleh dikendalikan manakala sistem sedia ada boleh ditambah dengan pantas dan mudah.

Pemasangan lebih mudah dengan Power-over-Coax (PoC)

Teknologi Power-over-Coax (PoC) Hikvision benar-benar memudahkan proses pemasangan, memandangkan satu kabel sepaksi dapat membawa isyarat video dan juga bekalan kuasa. Ini bererti masa pemasangan dapat dikurangkan, yang juga bererti pengurangan dari segi kos pemasangan dan bahan. Selain itu, penyelesaian analog Turbo HD 3.0 menyokong UTC untuk pemasangan serta konfigurasi pada jarak jauh dan mampu mengawal menu OSD serta kawalan PTZ melalui kabel sepaksi, membolehkan pemasangan kamera dilakukan lebih pantas selain pengurusan yang lebih mudah.

Keserasian yang luas dengan kebanyakan produk pengeluar lain

Hikvision menawarkan pelbagai jenis kamera 1080p dan 720p yang lengkap termasuk jenis peluru, menara dan kubah – termasuk PTZ – untuk kegunaan dalam dan luar bangunan. Produk yang terkenal ialah rangkaian lengkap siri EXIR Hikvision dengan resolusi 2MP dan 3MP, yang memperlihatkan kehebatan melalui kejelasan imej yang unggul dalam persekitaran cahaya yang amat rendah. Kebanyakan ciri teknologi tercanggih disediakan seperti pengurangan hingar digital, pencahayaan ultra rendah, inframerah (IR) Pintar, kanta varifocal bermotor, penarafan IP66 dan perumahan kamera yang kalis kerosakan. Model kanta mata ikan 5MP akan disediakan pada suku tahun kedua akan datang.

Produk DVR Turbo HD 3.0 disediakan dalam saiz 1/1.5/2U, menyokong input kamera dengan resolusi sehingga 5MP. Setiap unit boleh dimuatkan dalam aplikasi berbeza, sama ada bersaiz kecil atau besar dengan kamera IP patuh standard ONVIF yang menyokong penambahan sistem yang diperlukan.

Teknologi pengeluaran Hikvision yang canggih dan terbaik dalam industri ini juga memastikan penyelesaian Turbo HD 3.0 yang fleksibel menawarkan keserasian yang lancar dengan kebanyakan produk pengeluar lain.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah pembekal penyelesaian pengawasan video yang terkemuka di dunia. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang terhebat dalam industri, Hikvision menggunakan kemudahan pengeluarannya yang canggih untuk mencipta dan membangunkan produk pengawasan CCTV dan video yang inovatif untuk sebarang keperluan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Hikvision di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security New products/services