omniture

ZF Memasuki Dimensi Baharu dengan Pemerolehan TRW

Jualan kumpulan meningkat ketara kepada €29.2 bilion
EBIT dicatat pada €1.6 bilion
Hutang daripada pemerolehan berkurang dengan ketara
ZF Friedrichshafen AG
2016-03-25 11:37 382

FRIEDRICHSHAFEN dan STUTTGART, Jerman, 25 Mac 2016 /PRNewswire/ -- ZF Friedrichshafen AG meneruskan momentum kejayaan pembangunan korporat mereka pada tahun 2015. ZF menjana jualan Kumpulan sebanyak €29.2 bilion pada tahun fiskal 2015. Ini termasuklah €8.9 bilion daripada ZF TRW, yang sudah disepadukan sebagai Divisyen "Teknologi keselamatan Aktif & Pasif" baharu sejak pemerolehannya pada 15 Mei 2015. Kesan mata wang dan pertumbuhan organik menyumbang kepada 5 peratus daripada peningkatan dalam jualan. Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) dicatat pada jumlah €1.6 bilion, yang bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak €498 juta dan margin EBIT sebanyak 5.5 peratus. Angka penting ini amat dipengaruhi oleh pemerolehan dan pelupusan, oleh itu bandingan dengan angka tahun sebelumnya adalah terhad.

"Tahun 2015 adalah tahun yang paling cemerlang bagi syarikat kami: Kami meraikan ulang tahun yang keseratus dan berjaya memuktamadkan pemerolehan yang terbesar dan paling penting dalam sejarah syarikat ini," kata Dr. Stefan Sommer, Ketua Pegawai Eksekutif ZF. "Saya berbangga memaklumkan bahawa dalam tahun kewangan lepas, kami sudah meletakkan asas bagi kejayaan lestari masa hadapan ZF. Kami merangkaikan komponen mekanikal dengan unit kawalan dan sensor secara pintar. Dengan cara ini, kami membantu dalam membentuk trend mega dalam keselamatan, kecekapan, dan pemanduan berautomasi dengan lebih berkesan."

Pengerusi Lembaga Kawal Selia ZF, Profesor Dr. Giorgio Behr, menzahirkan kepuasan hati beliau dengan prestasi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami begitu berbangga dengan Stefan Sommer, seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang inovatif dan penuh berwawasan," kata Behr. "Perolehan TRW contoh terbaik yang menyaksikan beliau menggerakkan ZF dan ahli Lembaga Eksekutif maju ke hadapan secara mampan dan meletakkan kumpulan ini sebagai peneraju inovasi dan kos dalam sektor pembekalan automotif. Kami meyakin sepenuhnya kebolehan beliau untuk terus mengorak langkah kejayaan, dan kami ingin bersama-sama menyelusuri jalan ini."

Pengagihan jualan rantau yang seimbang

Hasil daripada pemerolehan TRW, ZF telah meningkatkan jualan Kumpulan, dengan ZF TRW direkodkan sebagai divisyen kelima yang menyumbang €8.9 bilion kepada pertumbuhan sejak pemerolehannya pada 15 Mei 2015. Tambahan lagi, pengagihan jualan rantau Kumpulan itu kini semakin seimbang: Syer pasaran di Amerika Utara meningkat daripada 20 peratus kepada 28 peratus, manakala syer di Eropah pula menurun daripada 56 peratus kepada 47 peratus. Rantau Asia Pasifik pula menyumbang kepada 22 peratus daripada jualan ZF (2014: 20 peratus).

Seperti beberapa tahun kebelakangan, prestasi perniagaan dalam rantau utama berbeza-beza dalam tahun 2015: Peningkatan mendadak dalam pasaran Amerika Utara dan Asia Pasifik, pertumbuhan sederhana di Eropah, berbanding dengan kemerosotan berterusan di Amerika Selatan.

Peningkatan tinggi pendapatan

Angka perolehan Kumpulan itu menerima kesan daripada item luar biasa. EBIT dicatatkan pada angka hampir €1.6 bilion (2014: €1.1 bilion), dengan margin EBIT sebanyak 5.5 peratus pada tahun fiskal 2015. Terlaras dengan item luar biasa, margin EBIT untuk tahun 2015 mencatatkan 5.4 peratus, melebihi angka tahun sebelumnya iaitu 4.6 peratus. EBITDA meningkat menjadi €3.4 bilion (2014: €2.0 bilion), sementara margin EBITDA dicatatkan pada 11.5 peratus (2014: 11.1 peratus). Untung bersih selepas cukai ialah €1.0 bilion, bersamaan dengan peningkatan sebanyak €347 juta.

Pengurangan hutang pemerolehan yang besar hasil daripada aliran tunai yang memberangsangkan

Aliran tunai bebas pengendalian yang diselaraskan untuk item luar biasa ialah hampir €1.4 bilion pada penghujung tahun, dan €800 melebihi angka tahun sebelumnya. Antara sebabnya ialah pengabungan ZF TRW untuk kali pertama sejak pemerolehannya pada 15 Mei 2015, dan berada dalam Penyata Kewangan Gabungan ZF selama 7.5 bulan.

ZF berjaya mengurangkan hutang dengan banyak pada tahun 2015. Antara faktor pentingnya ialah aliran tunai pengendalian yang kukuh serta kesan tunggal. "Sejak mula lagi, kami telah mengusahakan pembiayaan konservatif dengan profil kematangan yang seimbang," kata Ketua Pegawai Kewangan ZF Dr. Konstantin Sauer. "Kami sudah pun berjaya mengurangkan liabiliti kewangan bersih kami sebanyak €1.4 bilion dengan begitu cepat, dan inilah bukti yang menunjukkan kami memang berada di laluan yang betul. Kami juga berhasrat dapat bekerja secara sistematik untuk mengurangkan lagi hutang kami pada tahun 2016."

Paras pelaburan tinggi dikekalkan

Selain daripada pengurangan hutang yang banyak pada tahun 2015 ZF juga sekali lagi telah memberi tumpuan khusus kepada pelaburan masa hadapan. Syarikat itu telah melabur kira-kira €1.3 bilion (2014: €1.0 bilion) dalam harta tanah, loji dan peralatan, dan khususnya untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran dan pembangunannya. Ini sejajar dengan jualan sebanyak 4.4 peratus. €1.4 bilion telah dilaburkan dalam iaitu sebanyak kira-kira 5 peratus.

Penyepaduan ZF TRW berjaya dipacu ke hadapan

Berikutan pemerolehan itu, TRW telah digabungkan dalam ZF Group sebagai Divisyen "Teknologi Keselamatan Aktif & Pasif" baharu. ZF sudah pun menunjukkan kejayaan awal daripada proses penyepaduan menyeluruh yang memakan masa beberapa tahun ini semasa IAA di Frankfurt pada bulan September 2015.

"Inovasi seperti kereta pameran IAA dan prototaip untuk model pengeluaran volum, yang baru-baru ini diperkenalkan di Sweden, menunjukkan nilai tambah yang ditawarkan syarikat tergabung ini daripada segi produk dan teknologi. Dengan struktur baharu ini, kami berada dalam kedudukan yang sempurna untuk menjadi pembekal sistem tersepadu yang benar-benar global," kata Sommer. "Kami juga akan terus memacu penyepaduan ZF TRW maju ke hadapan dalam tahun 2016. Kami akan menumpukan untuk membangunkan produk inovatif yang akan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran kami yang tiada tolok bandingnya dalam bidang sistem mekanikal pintar."

Prospek

ZF menjangkakan pasaran untuk kereta penumpang serta untuk kenderaan komersil ringan dan berat akan menunjukkan kemajuan keseluruhan yang menggalakkan. Pada masa yang sama, ZF menjangka akan melihat pertumbuhan besar jualan dalam Divisyen Teknologi Perindustrian. Penggerak dalam sektor ini termasuklah penyepaduan perniagaan kotak gear angin turbin dan pemanduan perindustrian yang diperolehi pada penghujung tahun 2015, serta kedudukan pasaran yang kukuh, dan pembangunan Unit Perniagaan Teknologi Kuasa Angin.

ZF menjangkakan jualan Kumpulan bagi tahun 2016 diunjurkan sekitar €35 bilion dan €36 bilion. Jangkaan peningkatan mendadak dalam jualan ini berbanding tahun 2015 boleh dikatakan dibuat berdasarkan perangkuman tahun penuh ZF TRW untuk kali pertama. Untuk jangka masa sederhana pula, ZF menjangka pertumbuhan keseluruhan sebanyak 7 peratus untuk ZF Group, dan ini merupakan angka yang melebihi aras purata bagi keseluruhan pasaran ini. Margin EBIT yang diselaraskan bagi tahun 2016 buat masa ini dijangka antara 5 peratus dan 6 peratus. ZF menjangkakan margin EBITDA yang terselaras melebihi 10 peratus. "Pada tahun 2015, kami menunjukkan prestasi cemerlang dan sekali lagi, mencatat kejayaan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya," kata Sommer. "Untuk memastikan kami berada pada kedudukan yang stabil pada masa hadapan, kami perlu menggiatkan usaha pada tahun 2016 dan mempertingkatkan keputusan kami, terutamanya untuk lokasi kami di Jerman, yang perlu menjadi lebih berdaya saing."

Untuk maklumat akhbar lanjut serta gambar sila lawati: www.zf.com/apc

Hubungan akhbar:
Christoph Horn, Ketua Komunikasi Korporat,
Telefon: +49 7541 77-2705, e-mel: christoph.horn@zf.com
Andreas Veil, Ketua Komunikasi Perniagaan dan Kewangan,
Telefon: +49 7541 77-7925, e-mel: andreas.veil@zf.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150514/8521503115LOGO

Source: ZF Friedrichshafen AG
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Acquisitions, mergers, takeovers Sales reports