CHENNAI, India, 8 April 2016 /PRNewswire/ --
Followon Interactive, sebuah anak syarikat milik penuh Global Sports Commerce, perintis dalam pendigitalan bahan sukan global, termasuk skor secara langsung, komentar, strim video secara langsung, video atas permintaan dan banyak lagi, berbangga menjadi Rakan Rasmi Strim Siaran Langsung Digital* untuk Liga Perdana India VIVO 2016.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160209/10139777 )
"Kriket lebih daripada sekadar sukan bagi sesetengah individu; ia adalah sebuah cara hidup. Kami inginkan peminat sukan kriket yang berada di negara-negara dengan akses tontonan sukan terhad dapat menonton secara langsung di CricketGateway.com," kata En. M S Muralidharan, Pengarah Urusan, Followon Interactive.
Peminat Kriket IPL T20 yang berada di 133 negara termasuk Australia, New Zealand, Kanada, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Jepun, China, Korea, Vietnam, Filipina, Fiji, New Papua Guinea, Rusia, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Afghanistan, serta rantau Amerika Selatan yang mempunyai pilihan yang terhad bagi menonton VIVO IPL 2016, dijemput untuk melayari CricketGateway.com atau muat turun aplikasi tersebut dan tontoni kesemua perlawanan secara langsung dalam HD penuh.
* CricketGateway.com memegang hak digital/mudah alih/video untuk VIVO IPL 2016 di 155 buah negara, di luar India, UK, USA, MENA dan EU.
Latar Belakang Followon Interactive
Followon ialah sebuah penyelesaian pemerkasaan dan penglibatan peminat sukan yang mengintegrasikan pelbagai titik sentuh pengguna yang interaktif seperti telefon pintar, skrin video, papan markah elektronik, papan tanda penaja dalam stadium, tiket dan banyak lagi, menjadi satu teknologi yang lancar. Followon memberikan pengalaman yang menarik pada hari perlawanan dan banyak lagi untuk para penonton, meningkatkan penglibatan jenama untuk tujuan penajaan dan menghasilkan nilai tambahan untuk badan sukan.
Latar Belakang Global Sports Commerce
Global Sports Commerce Pte Ltd ialah sebuah syarikat pakaian di Auckland, Sydney, Singapura, Chennai, Dubai, Budapest, London, Baar/ Zurich, Johannesburg yang menyediakan penyelesaian yang menyeluruh, penajaan dan perkhidmatan, selain turut bekerjasama dengan liga sukan yang ikonik seperti ICC, IPL, AFL, CA, BBL, NZC, Liga Perdana Inggeris, Bundesliga Football Clubs, RFU, WRU, SRU, IAAF, FINA, FIFA bagi membawakan teknologi generasi seterusnya serta memperlihatkan perdagangan yang masih belum diterokai untuk ekosistem sukan.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Karthik Bhat
+91-94831 01234
ikarthik@outlook.com
Sumber: CricketGateway.com