omniture

Asia Plantation Capital Berhad Buka Ibu Pejabat Serantau di Kuala Lumpur

Asia Plantation Capital Berhad
2016-04-08 16:38 613

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Plantation Capital Group dan Asia Plantation Capital kini berpindah. Sebulan selepas melaksanakan penempatan semula strategik oleh Syarikat ke ibu pejabat globalnya di Geneva, Switzerland, Asia Plantation Capital memutuskan untuk mengubah lokasi Ibu Pejabat serantaunya ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Pejabat Asia Plantation Capital Berhad di GTower, Kuala Lumpur, Malaysia.
Pejabat Asia Plantation Capital Berhad di GTower, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bertempat di pusat bandar KL, Asia Plantation Capital memiliki pejabat di GTower, terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, kawasan perniagaan utama Kuala Lumpur. GTower bakal menjadi salah sebuah bangunan mercu tanda di ibu negara Malaysia, dan merupakan pejabat korporat yang pertama dan satu-satunya menerima penarafan Gred A++' bagi ruang komersialnya. Ia juga menjadi Bangunan Hijau pertama Malaysia (BCA Gold Greenmark) yang berkongsi nilai-nilai teras pembolehbaharuan dan kelestarian yang menjadi pegangan Asia Plantation Capital, dan pastinya menjadi etos Group.

Melalui kilang gaharu terbesar yang dibina khas di rantau tersebut serta ladang yang baru diambil alih di Malaysia, perpindahan ini didorong oleh proses pengembangan syarikat yang dilihat sebagai peluang untuk terus mengukuhkan kedudukan Asia Plantation Capital di Asia Tenggara. Selain itu, sebagai sebahagian daripada model perniagaan menegak yang penting oleh syarikat itu, pejabat tersebut akan bertindak sebagai hab pentadbiran dan pemasaran di Asia untuk kesemua produk syarikat serta produk hasilan rakan kongsinya. Ini melibatkan minyak Oud terkenal, 100% asli dan semula jadi sehinggalah kepada bakhoor (nama Arab untuk serpihan kayu yang direndam di dalam minyak wangi) serta serpai kayu gaharu, kemenyan dan produk balak lain termasuk buluh dan juga kayu jati.

Kilang pemprosesan Gaharu yang canggih Asia Plantation Capital di Johor Bahru, Malaysia.
Kilang pemprosesan Gaharu yang canggih Asia Plantation Capital di Johor Bahru, Malaysia.

Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantations Capital, Asia Pasifik, berkata, "Ini bukan sekadar perubahan alamat dan perpindahan pejabat semata-mata. Keputusan dibuat sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan syarikat dan bakal memberi kesan positif bukan sekadar di rantau ini, malah di seluruh dunia. Menerusi cara yang hampir sama dalam penyusunan semula pemprosesan gaharu kami, tindakan ini merupakan satu lagi langkah ke arah mengintegrasikan Group. Menerusi pejabat di Eropah, Afrika dan Amerika," beliau meneruskan, "perpindahan ini akan membolehkan kami terlibat dalam sebuah industri yang sangat penting di dunia selain dapat memudahkan kami untuk memenuhi matlamat kami dalam 'menerajui usaha pengurusan ladang yang lestari.'"

"Setahun telah berlalu sejak kilang pemprosesan gaharu yang canggih ini mula beroperasi sepenuhnya. Setakat ini, kami menerima sejumlah besar pelawat dan/atau pelanggan yang berkunjung dan sesetengah daripada mereka ialah dari kalangan pengurus pelaburan dan dana paling berpengaruh di dunia. Terletak berdekatan dengan kilang di Johor Bahru, Malaysia," Watts menyimpulkan, "lawatan ini dapat dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dan mampan. Kita juga tidak seharusnya mengabaikan satu lagi kelebihan penting yang akan dihargai oleh pelanggan serta pihak pemegang saham; iaitu kos pengendalian yang lebih rendah yang disediakan oleh Malaysia dalam membantu meningkatkan hasil keuntungan kami."

Pejabat tersebut dirasmikan pembukaannya oleh Lembaga Pengarah Asia Plantation Capital, Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin pada 24 Mac 2016.

Asia Plantation Capital ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun mula beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Plantation Capital Group mempunyai lebih 2,000 kakitangan di seluruh dunia. Memiliki 126 buah ladang di serata dunia, syarikat tersebut merancang untuk terus berkembang menerusi produk perhutanan lain seperti buluh dan kayu jati pada masa terdekat.

Nota untuk Editor:  

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini membuat pelaburan besar dalam sektor perladangan Malaysia, membuka ladang baharu dan kilang bagi tujuan penghasilan gaharu dan produk berkaitan yang lain untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat tersebut kini terus mengukuhkan kedudukan di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas pembukaan kilang pemprosesan dan penyulingan Gaharu terbesar di Asia Tenggara iaitu di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group ialah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah; menjalankan projek di empat buah benua serta mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli akademik dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Dengan memfokuskan projek ladang komersial dan perniagaan menegak bersepadu yang menawarkan kombinasi antara faedah komersial, alam sekitar dan masyarakat, Asia Plantation Capital telah membina sebuah syarikat dengan kejayaan yang dinamik dalam tiga tunjang utama.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160328/8521601991-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160328/8521601991-b

Source: Asia Plantation Capital Berhad
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion