BEIJING, 15 April, 2016 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan globalnya berkembang sehingga lebih 300 juta pengguna aktif bulanan dalam masa setahun, pembangun app Android 360 Security telah diundang untuk berkongsi kisah kejayaan pengewangannya dengan Rangkaian Audiens Facebook di persidangan pembangun F8 Facebook (F8). Zhou Yahui, Pengerusi Beijing KunLun Tech, pelabur dalam 360 Security, telah membincangkan pandangannya tentang bagaimana untuk mengewangkan dan mereka bentuk iklan yang diterima pengguna dengan lebih baik.
App 360 Security mempunyai kumpulan pengguna kedua terbesar dalam kalangan Rangkaian Audiens Facebook. Ia merupakan app antivirus dan peningkat kepantasan semua dalam satu yang percuma. Dilancarkan pada 2014, app ini telah menerima pujian dalam pelbagai pasaran dan menerima kadaran 4.6 daripada 10 juta pengguna Google Play, dengan lebih 400 juta muat turun.
App ini turut mempunyai hasil pengewangan yang hebat. Penggunaan Rangkaian Audiens membolehkan 360 Security mencapai tahap pencapaian tertinggi eCPM dalam kalangan app utiliti lain dalam masa yang singkat. Setelah sebulan bersama Rangkaian Audiens, eCPM di AS mencapai USD$16 dan eCPM di India mencapai US$4.5. Ia turut mencapai tahap pencapaian mengagumkan sebanyak lebih USD$300,000/hari dalam kurang daripada 4 bulan.
Zhou Yahui berkata, "Pengguna semakin bosan dengan iklan mudah alih; ia menjengkelkan. Kami cuba memaparkan iklan paling relevan kepada pengguna kami. Kami percaya iklan sepatutnya memberikan nilai kepada pengguna, dan bukan mengganggu mereka."
Semasa temu bual langsung di F8, Zhou berbicara tentang penglibatannya dalam 360 Security dan pemerolehannya baru-baru ini keatas Grindr dan kolaborasi bersama Opera.
"KunLun menyasarkan untuk membina platform terbuka global yang memberikan pengguna Internet kandungan yang mereka perlukan. Setiap unit perniagaan beroperasi secara bebas dan mengembangkan kumpulan penggunanya. Unit-unit ini boleh menjadi saluran untuk satu sama lain dan memanfaatkan sumber. Kami akan terus menumpukan kepada peningkatan teknologi dan menambah baik pengalaman pengguna mudah alih."
Berucap tentang masa depan, Zhou menyatakan: "Kami mahu menjadi antara 30 syarikat teknologi terbaik global. Dalam 5 tahun akan datang, KunLun akan memiliki 5 atau lebih aplikasi mudah alih; setiap satunya dengan lebih 50 Juta Pengguna Aktif Harian. Diversifikasi merupakan langkah seterusnya bagi KunLun, dengan app untuk video, utiliti dan penyedia kandungan. Masa depan yang cerah menanti KunLun dan 360 Security.
Saksikan temu bual penuh di sini: developers.facebook.com/video
Hubungi:
Jean-Baptiste Carpentier
Mel: jeanbaptiste@mobimagic.com
Nombor telefon: (+86) 158 1157 3307