omniture

Pasaran Eropah menyambut baik produk utama XCMG di Bauma 2016

XCMG
2016-04-16 01:05 304

MUNICH, Jerman, 16 April 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan global, XCMG menerima pesanan daripada pelanggan di Thailand, Belgium, Poland dan Ireland pada 11 April di Bauma 2016, iaitu pameran perdagangan pembinaan terbesar dunia yang diadakan di Pusat Pameran Munchen Messe di Munich, Jerman.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160414/355384

XCMG melancarkan di peringkat global kren untuk semua bentuk muka bumi, XCA100_E, jentera angkut beroda LW1100KN dan mesin pengorek XE35U selain mempamerkan sembilan produk utama di Bauma 2016, termasuk kren beroda untuk permukaan bumi kasar RT55E, mesin pemuat LW800K dan LW180K, rig penggerudian berputar XR220DII, mesin pengorek XE210C serta kren lori SQZ200K, semuanya disesuaikan untuk pasaran paling utama di Eropah dan juga Amerika Utara. Kesemua produk ini memperoleh tanda CE dan memenuhi piawaian EU.

Ruang memandu pada mesin pemuat LW180K mempunyai 25 peratus lebih ruang berbanding model asal dan ini benar-benar mempertingkatkan pengalaman serta keselesaan ketika memandu. Pergerakan udara dalam ruang utama ditapis melalui alat penapis utama yang menyediakan 4 kali ganda lebih udara berbanding keperluan keseluruhan, menggandakan jumlah aliran udara masuk yang membolehkan debu mendap.

Enjin dengan standard pelepasan IV Eropah pada mesin pengorek XE35U mempunyai tork yang tinggi dengan RPM yang rendah bagi memastikan hingar yang rendah serta penggunaan gas yang sedikit dengan kecekapan yang dipertingkat.

Kren untuk semua bentuk muka bumi, XCA100_E memenuhi keperluan pensijilan WVTA. Dengan mengaplikasikan teknologi bolt pin bum dua teleskop daripada XCMG sendiri, cabang utama dengan tujuh segmen sepanjang 60 meter mempunyai ketinggian mengangkat maksimum setinggi 88 meter, iaitu 5 hingga 10 peratus lebih tinggi berbanding yang disediakan oleh pengeluar utama lain dalam industri ini. Proses reka bentuk juga mematuhi piawaian EN13000 dan FEM yang ketat.

"Penyetempatan produk ialah elemen penting bagi kejayaan berterusan XCMG di pameran perdagangan Bauma. Hasil daripada pengaruh jenama kukuh syarikat dalam pasaran jentera pembinaan global serta kehebatan dalam pembuatan termaju yang disokong oleh inovasi teknologi tercanggih, XCMG membuktikan produk kami kini semakin terkenal di seluruh dunia," kata Liu Jiansen, penolong presiden XCMG dan pengurus besar XCMG Import and Export Co., Ltd.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kelima dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 170 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter dan juga YouTube

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services Trade show news