RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 18 April 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM mengumumkan aplikasi mudah alih mereka yang lebih baik yang membolehkan jutaan pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu untuk melayari ribuan produk permainan digital pada peranti iOS dan Android.
Bartosz Skwarczek, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama G2A.COM menjelaskan: "Dengan trend terkini yang memihak kepada peranti dan tablet mudah alih sebagai pilihan utama untuk e-dagang, kami meletakkan fokus yang berterusan untuk meningkatkan aplikasi kami. Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen G2A ke arah mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek perniagaan kami dalam arena barangan digital. '
G2A.COM kini menawarkan lebih 28 ribu produk permainan kepada lebih daripada 6 juta pelanggan, menjadikan mereka Nombor 1 Global dalam produk permainan digital. Syarikat itu membangunkan penyelesaian yang menyediakan pengalaman membeli-belah dan permainan yang lebih baik dalam peranti mudah alih.
Menurut Gary Szlatiner, yang mengetuai bahagian mudah alih dan pemasaran: 'G2A terus mendengar maklum balas pelanggannya dan mempertingkatkan tawarannya dengan segera. Aplikasi ini menunjukkan perkembangan hebat yang berterusan yang berlaku dalam perniagaan kami bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan berkualiti tinggi kami dengan lebih mudah. Dengan pasukan berkaliber sedia ada, kami merancang untuk melaksanakan projek-projek yang lebih menarik tahun ini.'
Ciri-ciri aplikasi yang dicipta semula dan dipertingkatkan bermakna pengguna akan mempunyai kemampuan untuk mengakses produk dari mana-mana tempat dan membuat pembelian yang ringkas dan mudah dengan G2A.COM. Pelanggan akan menemukan ciri-ciri sama yang hebat, seperti G2A Shield, kerana 100% jaminan dan perlindungan boleh didapati pada aplikasi mudah alih G2A itu.
Selain itu, G2A Pay - sistem pembayaran yang dipercayai dari G2A.COM - menyediakan pengguna dengan pelbagai penggunaan kaedah pembayaran didayakan mudah alih untuk dipilih, menjadikan proses daftar keluar yang lazim, lebih cepat dan lebih optimum dari segi pengalaman pengguna.
Pelbagai barang permainan yang tersedia termasuk: kod pengaktifan permainan (terlaris), DLC, item dalam permainan, mata dan mata wang, perisian, panduan, prabayar dan langganan, dengan lebih banyak inovasi dan pilihan sedang dibangunkan.
Kod kekunci yang dibeli di G2A.COM boleh diaktifkan di pelbagai platform seperti Steam, Origin, Battle.net, Uplay, Xbox Live atau PSN (PlayStation Network) antara lainnya.
Lawati App Store atau Google Play untuk maklumat lanjut: http://bit.ly/G2A_Android http://bit.ly/G2A_iOS
Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com