omniture

Bekas Pemegang Saham Majoriti Yukos akan Terus Menuntut Pembayaran $50 Bilion Di Peringkat Global Tanpa Mempedulikan Keputusan Mahkamah Belanda.

GML Ltd
2016-04-21 22:51 325

LONDON, 21 April, 2016 /PRNewswire/ --

Pada 20 April 2016, Mahkamah Daerah Hague membenarkan pertikaian yang dibawa oleh Persekutuan Rusia kepada arahan pembayaran 2014 supaya  Persekutuan Rusia membayar lebih $50 bilion kepada bekas pemegang saham majoriti Yukos Oil Company.

Dalam penghakimannya itu, Mahkamah Daerah menyatakan pembayaran itu tidak boleh dilaksanakan atas dasar Persekutuan Rusia tidak tertakluk kepada aplikasi peruntukan Artikel 26 Perjanjian Piagam Tenaga yang mengandungi tawaran untuk menimbang tara, walaupun Rusia telah mengizinkan aplikasi provisi menurut Artikel 45 Perjanjian itu.

Tim Osborne, pengarah GML, syarikat yang secara tidak langsung memiliki majoriti saham Yukos, mengulas keputusan itu: "Kami berpegang sepenuhnya kepada penganugerahan sebulat suara yang diterima pada 2014 bagi pemusnahan Yukos yang bermotifkan politik. Kami akan merayu terhadap keputusan mengejut Mahkamah The Hague ini dan yakin undang-undang dan keadilan akan ditegakkan."

Marnix Leitjen, rakan kongsi di firma yang berpangkalan di Amsterdam De Brauw Blackstone Westbroek, yang bertindak bagi pihak yang menuntut dalam prosiding mahkamah Hague, berkata: "Mahkamah Daerah itu telah secara salah menggunakan mekanisme aplikasi provisi Perjanjian Piagam Tenaga, selain peruntukan undang-undang Rusia yang relevan. Saya yakin keputusan ini akan diperbetulkan tidak lama lagi."

Emmanuel Gaillard, Ketua Kumpulan Penghakiman Antarabangsa di Shearman & Sterling LLP, yang bertindak sebagai kaunsel utama dalam prosiding timbang tara itu, menambah: "Tribunal timbang tara terdiri daripada tiga pakar undang-undang antarabangsa yang sangat berkaliber yang sebulat suara dalam penghujahan mereka. Saya yakin keputusan hari ini akan ditukar atas rayuan."

Yas Banifatemi, rakan kongsi dalam amalan Undang-undang Antarabangsa Am Shearman & Sterling LLP, berkata: "Pihak yang menuntut akan meneruskan usaha mereka di seluruh dunia untuk menguatkuasakan tanggungjawab antarabangsa Persekutuan Rusia, seperti yang diiktiraf oleh tribunal timbang tara. Di bawah Konvensyen New York 1958, mahkamah penguatkuasaan bebas menilai penganugerahan itu sendiri, tanpa mengambil kira pendapat mahkamah Belanda tentang perkara itu."

Sebaik sahaja selepas keputusan tersebut, pihak menuntut mengesahkan mereka akan menggunakan hak rayuan mereka di Mahkamah Rayuan di Hague dan sementara itu, prosiding pengenalpastian dan penguatkuasaan bagi penganugerahan itu sedang berlangsung di pelbagai jurisdiksi, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Belgium, Jerman dan India.

Nota kepada Editor: 

Pada 18 Julai 2014 satu perbicaraan tribunal timbang tara di Hague di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Kekal telah memutuskan secara sebulat suara  bahawa Persekutuan Rusia telah melanggar tanggungjawab antarabangsanya di bawah Perjanjian Piagam Tenaga dengan memusnahkan Yukos Oil Company dan mengambil asetnya.  Tribunal menganugerahkan lebih $50 bilion dalam pampasan kepada bekas pemegang saham majoriti Yukos. Ia kekal sebagai penganugerahan terbesar setakat ini yang dilaksanakan oleh tribunal timbang tara.

Penghapusan Yukos telah dicapai melalui beberapa langkah, termasuk melumpuhkan syarikat itu (terutamanya melalui tangkapan, pemenjaraan dan gangguan kepada pengurusan dan kakitangannya), mengada-adakan alasan untuk mengambil aset syarikat itu (antaranya, pemalsuan lebih USD 24 bilion dalam hutang cukai), menggunakan alasan itu untuk merampas aset Yukos satu demi satu (bermula dengan Yuganskneftegaz, aset Yukos yang paling bernilai), dan kemudian memindahkan semua aset utama syarikat itu kepada syarikat milik negara Rusia, Rosneft. Tindakan Persekutuan Rusia itu membawa kepada likuidasi Yukos pada November 2007, dan kehilangan keseluruhan pelaburan pihak menuntut dalam Yukos.

Menurut tribunal timbang tara, "Yukos merupakan sasaran beberapa serangan bermotif politik oleh pihak berkuasa Rusia yang akhirnya membawa kepada kemusnahannya," matlamat Persekutuan Rusia untuk membankrapkan Yukos, memindahkan asetnya kepada syarikat yang dikawal kerajaan, dan memenjarakan [ahli perniagaan Rusia dan mantan pengerusi Yukos En. Mikhail Khodorkovsky] yang menunjukkan tanda-tanda bakal menjadi pesaing politik."

Tribunal timbang tara itu telah dipengerusikan oleh Yves Fortier, penimbang tara utama dan sebelum ini Wakil Kanada ke Majlis Keselamatan PBB dan Presiden Majlis tersebut. Persekutuan Rusia melantik Hakim Stephen Schwebel, bekas Presiden Mahkamah Keadilan Dunia, dan pihak yang menuntut melantik Dr. Charles Poncer, rakan kongsi di CMS von Erlach Poncet Ltd. di Geneva.

Sumber: GML Ltd

Source: GML Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Legal issues