omniture

iPoint Perkenal Rangka Kerja Undang-undang Pemerdagangan Manusia dan Perhambaan untuk Sektor Swasta

iPoint-systems
2016-04-27 19:09 290

REUTLINGEN, Jerman, 27 April, 2016 /PRNewswire/ --

iPoint-systems Bakal Perkenal Templat Pelaporan Akses Terbuka Antiperhambaan

iPoint-systems, penyedia utama bagi perisian dan perkhidmatan yang menawarkan penyelesaian pematuhan dan kemampanan untuk Conflict Minerals, RoHS, REACH, dan EH&S, dengan sukacitanya mengumumkan penerbitan rangka kerja bertauliah bagi undang-undang pemerdagangan manusia dan perhambaan khusus untuk sektor swasta.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160426/359936 )

Dengan menunjukkan sejauh mana undang-undang berkenaan di AS, EU dan UK saling berkaitan antara satu sama lain mengikut tema tertentu bukan sahaja dapat membantu syarikat-syarikat merangka program yang relevan, malah dapat menunjukkan rangka pelaporan yang berintegrasi dan berasaskan liabiliti serta penyelesaian pematuhan.

"Tujuh undang-undang terkini khususnya mencabar syarikat-syarikat untuk mengawal keadaan yang mirip perhambaan dalam rantaian bekalan serta peruntukan," kata Dr. Chris Bayer, pembangun rangka kerja tersebut. "Program antiperhambaan yang dirangka itu sejajar dengan liabiliti korporat dalam satu aspek. Usaha menggerakkan seluruh rantaian bekalan bagi melaksanakan sistem yang diperlukan ini adalah satu tugas yang lebih sukar."

Penerbitan rangka kerja ini ialah langkah pertama iPoint bagi menangani cabaran baharu dalam menghadapi masa depan. "Pelanggan kami inginkan penyelesaian perisian berasaskan liabiliti yang turut memanfaatkan perniagaan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif iPoint, Joerg Walden. "Inilah yang kami lakukan dalam usaha menyediakannya."

Langkah iPoint yang seterusnya ialah untuk mengumumkan templat pelaporan akses terbuka antiperhambaan yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat bagi memenuhi keperluan pelaporan bekalan rantaian mereka. Setakat ini, instrumen tersebut, yang turut dikenali sebagai eLRT (Templat Hak Buruh Elektronik), sedang disemak oleh forum pihak berkepentingan yang terdiri daripada sektor swasta dan wakil-wakil kerajaan bagi memastikan kepekaan, kestabilan dan kadar tindak balas templat itu agar memenuhi keperluan pelaporan dan amalan buruh yang berisiko. Templat serta rangka kerja tersebut boleh dimuat turun daripada laman sesawang http://www.elrt.org.

Latar Belakang iPoint

iPoint ialah penyedia utama bagi perisian dan khidmat nasihat berkaitan pematuhan terhadap alam sekitar dan produk sosial, serta kemampanan. Beribu-ribu syarikat di seluruh dunia memerlukan perkhidmatan iPoint untuk mengurus, menjejak, menganalisis dan melaporkan data menerusi seluruh rangkaian penciptaan nilai. Perisian dan khidmat nasihat iPoint dapat membantu anda ketika bermesyuarat serta bagi mematuhi peraturan dan kehendak yang ditetapkan seperti REACH, RoHS, WEEE, ELV, Conflict Minerals dan juga trend pembangunan lain dalam bidang pematuhan dan kemampanan.

ipoint-systems.com/

Maklumat Perhubungan Akhbar
Dr. Katie Boehme, iPoint-systems gmbh, Bahagian Pemasaran & Komunikasi Global
+49-(0)7121-1-44-89-60, katie.boehme@ipoint-systems.de

Sumber: iPoint-systems

Source: iPoint-systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Legal issues New products/services