omniture

ECU Line Dijenama Semula sebagai ECU Worldwide

ECU Worldwide
2016-05-03 13:21 331

MUMBAI, 3 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Perkenal Slogran 'Lokasi Dipermudah' Agar Sejajar dengan Kepimpinan Global dan Pengaruhnya yang Luas

ECU Line, salah satu peneraju dunia untuk NVOCC dan 100% anak syarikat Allcargo Logistics Ltd, hari ini mengumumkan pelancaran global bagi identiti korporat baharunya, 'ECU Worldwide', dengan slogan, 'Lokasi Dipermudah'.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160502/802562 )

Pengerusi ECU Worldwide Shashi Kiran Shetty berkata, "Jenama ECU Worldwide menandakan bermulanya satu lembaran baharu. Identiti baharu kami komited untuk mencipta nilai secara tekal buat para pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia merentasi benua.Penyepaduan antara perkhidmatan baharu, teknologi, amalan terbaik global dan kepakaran yang profesional menakrif semula pengalaman jenama ini buat pihak berkepentingan syarikat kami."

"Ini sejajar dengan wawasan kami untuk menjadi sebuah organisasi dengan hasil perolehan mencecah USD 2 bilion menjelang tahun 2020, yang akan mendorong kami untuk sentiasa meningkatkan standard kami dan membawakan transformasi yang dinamik serta menarik untuk organisasi kami," tambah En. Shetty.

Objektif utama penjenamaan semula ini adalah untuk mengubah persepsi terhadap syarikat dengan menawarkan perkhidmatan yang lengkap dan menjadi peneraju global yang menyediakan perkhidmatan bernilai tambah kepada para pelanggan, selaku 'penyedia perkhidmatan berintegrasi'. Slogan 'Lokasi Dipermudah' juga menunjukkan terdapat lebih banyak pendekatan agnostik produk sejajar dengan pengaruh syarikat yang tidak dapat dipertikaikan lagi menerusi rangkaian komprehensif yang terdiri daripada lebih 300 buah pejabat yang berada di lebih 160 buah negara.

Dengan penjenamaan semula ini, ECU Worldwide akan turut menyediakan tawaran baharu seperti Kontena Muatan Penuh (FCL) dan Pengangkutan melalui Udara. Syarikat induknya, Allcargo Logistics, penggiat logistik berintegrasi utama di India, tersenarai di Bursa Saham Bombay (BSE) dan Bursa Saham Kebangsaan (NSE).

Latar Belakang ECU Worldwide  

Dengan warisan selama lebih 28 tahun dalam industri NVOCC, ECU Worldwide ialah salah satu peneraju dunia dalam menyediakan perkhidmatan Kontena Muatan Kurang (LCL). Kepakarannya mencetuskan tumpuan yang hebat terhadap penghantaran LCL berserta penyelesaian yang inovatif dan didorong oleh teknologi bagi membawa kiriman pelanggan ke seluruh dunia.

Melalui rangkaian global komprehensif yang terdiri daripada lebih 300 buah pejabat yang berada di lebih 160 buah negara, ECU Worldwide bukan sekadar menghantar kargo ke seluruh dunia, bahkan ia turut menawarkan pelbagai penyelesaian bernilai tambah berkaitan produk asas LCL.

Latar Belakang Allcargo Logistics Ltd  

Allcargo Logistics, sebahagian daripada Avashya Group ialah peneraju dunia bagi logistik bersepadu yang beribu pejabat di India dan tersenarai di BSE & NSE. Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada Operasi Pengangkutan Multimodal (NVOCC, LCL & FCL), operasi CFS/ICD pan India, Penyelesaian Projek dan Kejuruteraan (Penyelesaian Logistik untuk Projek & Sewaan Kelengkapan), perkhidmatan Memiliki & Menyewa Kapal serta Logistik Kontrak.

Maklumat Perhubungan Media:
Divya Sheth
Adfactors PR
+91 9619105533
divya.sheth@adfactorspr.com

Source: ECU Worldwide
Keywords: Transportation New products/services