omniture

ISEG Ambil Alih Bursa Saham Syarikat Baharu (SSX) Perluas Pengaruh Global

ISEG
2016-05-06 22:36 283

LONDON, 6 Mei 2016 /PRNewswire/ --

Bursa Saham Eropah dan Bursa Saham Syarikat Baharu Gabung Aktiviti Di bawah ISEG 

International Stock Exchange Group (ISEG) mengambil alih Bursa Saham Syarikat Baharu http://www.Startup.SX iaitu pasaran antabangsa untuk mendagangkan saham syarikat baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160505/364267LOGO)

Urus niaga tersebut akan menggabungkan operasi Bursa Saham Eropah (ESE) dengan Bursa Saham Syarikat Baharu (SSX) menerusi ISEG dan meluaskan pengaruh global kumpulan

SSX diasaskan pada tahun 2012 bagi menyediakan pasaran untuk tujuan perdagangan syarikat-syarikat baharu yang berkelayakan dan disenarai awam. SSX beroperasi di bawah DCSX di Curacao, Kerajaan Belanda yang diselia oleh Central Bank of Curacao dan St. Maarten. SSX mengembangkan pasaran untuk pelabur berdaftar daripada 144 buah negara dan permohonan penyenaraian daripada lebih 900 buah syarikat yang berada di 80 buah negara. SSX dipaparkan dalam Wall Street Journal pada bulan September 2014 dan juga dalam akhbar-akhbar di Brazil hingga India dan juga Singapura.

Sinergi antara ESE dan SSX adalah faktor yang menggalakkan pengambilalihan ini. ESE menawarkan pasaran kepada syarikat-syarikat yang membolehkan  mereka menarik pelabur yang lebih maju dan bertindak seperti syarikat senaraian awam sebelum benar-benar memikul tanggungjawab sebagai syarikat tersebut. ESE mewujudkan satu-satunya platform yang membolehkan syarikat-syarikat tersenarai setelah melakukan pendanaan orang ramai serta bertindak sebagai penghubung antara pengumpulan dana sedemikian dan peraturan pertukaran penuh.

Edward Fitzpatrick, pengasas ISEG berkata "Dalam kitaran perniagaan yang bergerak pantas pada masa kini, mana-mana bursa saham biasa tidak lagi sesuai untuk syarikat-syarikat baharu. Bursa saham sebegini lebih sesuai untuk syarikat-syarikat yang telah mantap dan memiliki pengurusan yang berpengalaman." ESE ialah seperti sebuah 'universiti'. Ia amat sesuai untuk syarikat-syarikat pendanaan orang ramai bagi membawanya ke peringkat selanjutnya, selain menonjolkannya kepada pihak pelabur yang lebih maju. ESE ialah sebuah platform yang tidak mendagangkan saham. Maka, memasuki peringkat seterusnya bersama-sama SSX, platform yang membolehkan dagangan saham adalah langkah yang sudah dijangka pasti berlaku."

Penutupan urus niaga bagi pengambilalihan SSX dan penggabungan aktiviti serta pengurusan dengan ESE mewujudkan kedinamikan buat beribu-ribu syarikat yang mencari pasaran untuk melaksanakan dua langkah yang perlu dibuat sebelum mana-mana syarikat ini tersenarai di papan utama atau melaksanakan sebarang bentuk strategi keluar.

"Pengambilalihan SSX Holdings Corp. oleh ISEG ialah satu perubahan menarik buat SSX. Ia menyediakan ESE dengan langkah seterusnya untuk syarikat-syarikat yang layak dan pelabur mendagangkan saham mereka dalam pasaran berlesen. Pengasas bersama saya, Brian Niessen dan saya sendiri teruja untuk meletakkan SSX di bawah kawalan ISEG dan memastikan pertumbuhan ESE dan SSX secara berterusan," kata Ian Haet, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SSX.

Pengambilalihan ini memberikan ISEG sebuah platform teknikal yang mantap untuk tujuan perdagangan saham. ISEG mempunyai wawasan yang berpandangan jauh dalam arena platform ini dan kini dalam proses perbincangan di pelosok dunia bagi menyediakan platform universal untuk syarikat-syarikat baharu menstruktur modal mereka, mengetengahkan peluang mereka, seraya mendagangkan sekuriti mereka selain menggalakkan proses pemikiran yang bernas berkaitan strategi keluar untuk penyokong pelabur daripada pengguna awal.

Para pelabur dan juga syarikat-syarikat boleh mengunjungi http://www.europeanstockexchange.com , http://www.startup.sx dan http://www.iseg.co bagi mendapat maklumat lanjut.

SUMBER  ISEG

Source: ISEG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers