BEIJING, 9 Mei 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa suria yang berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia telah memulakan proses pengeluaran besar-besaran bagi panel PV berprestasi tinggi di kemudahan pengeluaran modulnya yang terkini di Xingtai, wilayah Hebei, China.
Kemudahan pengeluaran baharu itu, yang terletak di Kawasan Pembangunan Ekonomi bandar Xingtai, mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 1.5 GW dengan barisan pemasangan yang automatik sepenuhnya, serta menggunakan teknologi pengeluaran modul yang terkini. Kemudahan tersebut mampu mengeluarkan modul sel 60 dan 72 khususnya menggunakan sel PERCIUM JA Solar yang berkecekapan tinggi.
Kesemua gelegar yang dipasang dalam kemudahan ini dilengkapi dengan fungsi kecerdasan buatan yang mampu menukar konfigurasi pematerian antara empat palang bas dan lima palang bas mengikut corak hubungan sel. Kesemua barisan pemasangan juga mempunyai fleksibiliti sama ada menghasilkan modul biasa atau modul dua lapisan kaca serta mampu mengubah antara kedua-duanya dengan mudah.
Barisan pemasangan yang automatik sepenuhnya dalam mengeluarkan modul standard sel 60 dan 72 dapat meningkatkan produktiviti kemudahan dengan ketara. Pengeluaran tahunan per kapita dianggarkan sebanyak 2 MW iaitu jumlah tertinggi dalam kalangan pengeluar lain dalam industri ini. Selain itu, cara kemudahan ini direka agar mempunyai semua bahagian dengan fungsi tertentu termasuk pemasangan modul, pengujian dan pengukuran, bilik penyimpanan dan gudang yang disediakan di bawah satu bumbung dapat menjimatkan banyak tenaga.
En. Baofang Jin, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar berkata, "Majlis perasmian kemudahan pengeluaran modul kami yang automatik sepenuhnya di Xingtai menandakan JA Solar akan mengorak langkah dalam sektor pengeluaran pintar. Kami akan terus fokus terhadap inovasi berteknologi selain terus mempertingkat prestasi produk kami bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam menyediakan produk berkualiti tinggi."
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO