omniture

Fragrance Du Bois Mengalu-alukan Pelajar Raffles College untuk Kajian tentang Wangian

Fragrance Du Bois
2016-05-16 21:36 505

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 May 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada komitmen Fragrance Du Bois terhadap pendidikan dan kelestarian, jenama wangian mewah Perancis itu telah mengalu-alukan 45 pelajar dari Raffles College ke butik mewahnya. Pada 24 Februari 2016, di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, pelajar-pelajar itu bersama tutor mereka telah diberikan sesi bermaklumat dan mengujakan tentang seni penghasilan wangian dan dunia wangian.

Pelajar daripada kursus Fesyen, Pemasaran dan Perdagangan Kolej Raffles di butik mewah Fragrance Du Bois.
Pelajar daripada kursus Fesyen, Pemasaran dan Perdagangan Kolej Raffles di butik mewah Fragrance Du Bois.

Dianjurkan untuk pelajar jurusan 'Fesyen, Pemasaran dan Perdagangan' kolej itu, sesi tersebut memberikan pandangan yang menakjubkan ke dalam pelbagai aspek industri wangian, dengan fokus terhadap pengeluaran, peruncitan dan pemasaran. Kelas tengah hari itu telah dikendalikan oleh Cik Johanna Tabuyo, Pengarah Jualan dan Operasi Fragrance Du Bois, dan format amali yang interaktif itu telah direka untuk meningkatkan pengetahuan pelajar sambil membolehkan mereka memperoleh pengalaman pembelajaran alternatif.

Menggunakan hanya minyak Oud Fragrance Du Bois yang 100% tulen dan mampan, para pelajar itu telah mempelajari tentang asal-usul bahan yang jarang ditemui dan berharga itu, selain kepentingan mencari sumber dan menghasilkannya secara mampan. Minyak Oud didapati daripada pokok Aquilaria yang terancam, dan merupakan salah satu daripada minyak pati yang paling mahal di dunia. Ia juga merupakan asas setiap rekaan mewah Du Boisyang dicampurkan dengan lain-lain ramuan bersumber mampan dengan kualiti tertinggi.

"Kami amat mengambil berat tentang masa depan persekitaran dan komuniti yang tinggal di dalamnya," kata Cik Johanna Tabuyo, "dan sebagai sebahagian daripada prinsip kami untuk memberi kembali kepada masyarakat, kami yakin adalah penting untuk mendidik generasi muda tentang kelestarian dan kesedaran alam sekitar, terutamanya dalam industri barangan mewah, di mana kelestarian telah diketepikan buat sekian lama. Namun di Fragrance Du Bois, kami mengamalkan apa yang kami sarankan, dan kami berpegang kepada prinsip kami iaitu 'Berkesedaran Dalam Kemewahan' dengan sepenuh hati. Bagi pihak Fragrance Du Bois," beliau menyimpulkan, "saya gembira inisiatif ini telah mewujudkan peluang yang hebat untuk mendidik dan memberi ilham kepada generasi akan datang dalam usaha bersama kami untuk menjamin masa depan yang mampan."

Cik Johanna Tabuyo, Pengarah Jualan dan Operasi Fragrance Du Bois, menerangkan kepada pelajar dari Kolej Raffles tentang minyak Oud, dan kepentingan memperolehinya dengan lestari.
Cik Johanna Tabuyo, Pengarah Jualan dan Operasi Fragrance Du Bois, menerangkan kepada pelajar dari Kolej Raffles tentang minyak Oud, dan kepentingan memperolehinya dengan lestari.

Para pelajar itu turut diberikan sesi penerokaan tentang pelbagai langkah dalam penghasilan wangian, dan meneroka pelbagai kumpulan bauan yang bergabung dalam penghasilan wangian yang tercipta indah.

Pengarah Projek Raffles College, Travis Tan berkata, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fragrance Du Bois kerana menawarkan pelajar kami satu pandangan yang bermakna tentang industri ini. Ia membuka mata kami semua, dan saya yakin mereka menikmatinya. Mungkin sekali mereka berharap semua kelas mereka begitu memberangsangkan dan bermaklumat," kata beliau. "Namun paling penting, saya berharap sesi ini akan memberikan pelajar kami asas dan kefahaman yang baik, dalam mengejar kerjaya mereka di masa depan."

Nota kepada Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan
Emel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60-122-035-344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Mobil: +65-9144-0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan jenama wangian mewah khas yang lahir daripada pati terkaya alam semula jadi, yang dihasilkan pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis abad ke-17 Grasse. Ilhamnya lahir daripada keindahan dan keaslian alam semula jadi sendiri.

Di teras semua ciptaan Fragrance Du Bois adalah minyak Oud istimewa kami yang menampilkan kemewahan terulung, yang tersendiri dan unik. Semua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan di ladang kami sendiri yang diuruskan secara mampan, dan terjamin beretika dan bersumber mampan.

Jenama wangian mewah ini kini boleh didapati di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, dan Dubai, dengan rancangan untuk bertapak di Doha, Geneva dan London dalam beberapa bulan akan datang.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/8521602719-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/8521602719-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Fashion Household/Consumer/Cosmetics