omniture

FLC Samson Beach & Golf Resort Pilih Penyelesaian Wi-Fi 4ipnet Di Bahagian tengah Utara Vietnam

4ipnet
2016-05-17 15:42 282

TAIPEI, Taiwan, 17 Mei 2016 /PRNewswire/ -- FLC Samson Beach & Golf Resort menyediakan kompleks bangunan dengan padang golf, pusat peranginan dan hotel yang terbesar di bahagian tengah, Utara Vietnam. Selain kemudahan sukan golf, pusat peranginan ini turut menawarkan pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan hartanah seluas 450 hektar, termasuk Pusat Persidangan Antarabangsa dengan 1,300 tempat duduk dan juga taman hiburan. Dalam era di mana para tetamu mengharapkan perkhidmatan Wi-Fi yang stabil dan berkelajuan tinggi di dalam hotel mewah, adalah penting bagi FLC Samson Beach & Golf Resort untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. Sebagai pusat peranginan multi-kompleks dengan pelbagai kemudahan yang baru dibangunkan, tumpuan utama adalah untuk menyediakan liputan Wi-Fi yang mantap, di samping menyediakan kapasiti untuk mengurus semua titik akses (Access Point, AP) secara berpusat dan melaksanakan penguatkuasaan polisi pelanggan yang terperinci.

"Penting untuk kami memenuhi jangkaan pelanggan, memandangkan maklum balas daripada mereka memberi kesan penting terhadap kejayaan kami dalam tempoh jangka panjang," kata Nguyen Van Kien, ketua jabatan IT, pusat peranginan tersebut.

Setelah menilai beberapa vendor yang menyediakan penyelesaian Wi-Fi, En. Kien dan pasukannya memutuskan 4ipnet sebagai pilihan muktamad mereka. Pengawal gerbang laluan WHG 4ipnet adalah unik berbanding penyelesaian lain, yang dapat mengintegrasikan zon perkhidmatan, kawalan akses pengguna dan pengurusan WLAN secara berpusat dalam satu kotak. Zon perkhidmatan membolehkan satu pengawal WLAN mensimulasikan beberapa rangkaian maya bebas, setiap satunya mempunyai peranan penggunanya yang tersendiri, polisi akses mengikut jadual dan halaman log masuk yang disesuaikan. Menerusi seni bina ini, pusat peranginan tersebut mampu menawarkan iklan yang disiarkan di lokasi yang dapat memenuhi keperluan pengguna Wi-Fi yang berada di pelbagai kawasan di hartanah tersebut, seperti Rumah Kelab, Pusat Persidangan, serta zon hotel A La Carte dan Fusion.

Bagi titik akses pula, 4ipnet menyediakan pelbagai pilihan kepada pusat peranginan tersebut, iaitu EAP727, EAP760, EAP767, dan OWL530 yang dipasang bagi menyediakan liputan untuk lebih 500 buah bilik hotel, vila kediaman dan kemudahan luar. AP 4ipnet dengan ciri-ciri bertaraf perusahaan yang terbina dalamnya (built-in) dan ambang sambungan yang boleh dikonfigurasikan ke dalam 4ipnet AP berjaya memenuhi keperluan persekitaran dengan kepadatan tinggi bagi memberikan pengalaman pengguna yang boleh diyakini.

Setelah perkhidmatan Wi-Fi baharu ini mula beroperasi, FLC Samson Beach & Golf Resort amat berpuas hati dengan penyelesaian Wi-Fi daripada 4ipnet, menurut ulasan En. Kien yang penuh bersemangat, "Dengan 4ipnet, kini kami dapat memastikan perkhidmatan yang pantas dan tanpa gangguan di seluruh pusat peranginan ini. Penyelesaian Wi-Fi 4ipnet menyediakan fungsi dan diyakini yang terbaik pada harga yang berpatutan."

4ipnet menawarkan salah satu penyelesaian paling komprehensif kepada hospitality Wi-Fi. Tetamu dan pelancong yang singgah di FLC Samson Beach & Golf Resort kini boleh menikmati perkhidmatan Wi-Fi yang berprestasi tinggi serta stabil sepanjang penginapan mereka di destinasi golf dan percutian yang menjadi tumpuan ini.

Latar Belakang 4ipnet 

Diasaskan pada tahun 2002, 4ipnet membangunkan dan menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan yang dapat memacu rangkaian tanpa-wayar generasi seterusnya. Syarikat ini fokus dalam menyediakan pendekatan yang dikhususkan serta terkini bagi memenuhi keperluan persekitaran Wi-Fi yang kompleks, memastikan pengalaman tanpa-wayar yang berprestasi tinggi, fleksibel dan pengalaman tanpa-mayar berkos efektif.

Berserta penguatkuasaan polisi pengguna yang bersepadu, maklumat berkaitan media sosial dan maklumat pengebilan tempat liputan (hotspot), platform 4ipnet membantu syarikat-syarikat perusahaan dengan menyediakan peluang baharu dari segi perkhidmatan bernilai tambah dan keuntungan daripada Wi-Fi.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.4ipnet.com.

Source: 4ipnet
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology