omniture

Penyelesaian dan Solusi "Tri-Genaration" menggunakan teknologi terkini membantu Liberty Place Sydney meraih pelbagai anugerah cemerlang

Kompleks bangunan pejabat premium telah berjaya mencapai lebih dari 20 peratus (20%) penjimatan tenaga melalui penyelesaian bangunan bersepadu menggunakan teknologi terkini daripada Johnson Controls.
Johnson Controls
2016-05-18 11:28 245

SYDNEY, 18 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Penyelesaian solusi bagi sistem bangunan bersepadu oleh Johnson Controls, yang mengguna pakai kaedah "tri-generation" yang berfungsi secara automatik sepenuhnya, telah membolehkan Liberty Place mencapai penjimatan tenaga sebanyak dua puluh peratus (20%) dan semakin menghampiri matlamatnya ke arah pelepasan karbon sifar.

Penyelesaian penjanaan tiga Johnson Controls membantu Liberty Place Sydney meraih pelbagai anugerah
Penyelesaian penjanaan tiga Johnson Controls membantu Liberty Place Sydney meraih pelbagai anugerah

 

 

Liberty Place ialah kompleks bangunan pejabat baru bertaraf premium yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan Sydney. Kompleks bangunan pejabat ini telah dibangunkan oleh pemaju terkemuka, Grocon. Terdiri daripada lima kawasan berasingan, termasuk Legion House iaitu bangunan bersejarah yang dibangunkan seawal tahun 1902, Liberty Place mempunyai ruang pejabat seluas 58,316 meter persegi dan juga ruang niaga berkeluasan 2,800 meter persegi. Bagi mengiktirafkan reka bentuk mampan dan kecekapan operasi yang telah dicapai oleh kompleks bangunan tersebut, kompleks bangunan ini telah dianugerahi dengan 6-Bintang bagi Penarafan Bintang Hijau oleh Majlis Bangunan Hijau Australia dan 5.0 Bintang NABERS (Sistem Penarafan Binaan Alam Sekitar Kebangsaan Australia) oleh Jabatan Alam Sekitar dan Warisan.

Elemen utama dalam penyelesaian solusi oleh Johnson Controls terdiri daripada sistem "Tri Generation" yang automatik sepenuhnya yang disepadukan ke dalam operasi harian bangunan tersebut. Sistem tersebut membolehkan penjanaan tenaga elektrik dilakukan secara serentak selain menghasilkan haba serta proses pendinginan hanya melalui satu proses. Penyelesaian yang komprehensif daripada Johnson Controls ini melibatkan:

  • Energy-efficient YORK® YK centrifugal chillers dan YORK®  YIA absorption chillers yang mempunyai kecekapan tenaga optima yang dikonfigurasikan secara optimum untuk chilled Water  system.
  • Penstrukturan semula bilik sistem sedia ada bagi mengurangkan kesan karbon sebanyak satu pertiga
  • Penstrukturan semula sistem pengepaman bagi mengurangkan kuasa pam pendingin
  • Pendingin sejukan udara SABlight Sabroe® menyediakan pilihan penjanaan kuasa melalui gas sintetik yang dihasilkan oleh penggas atau gas asli
  • Perisian Central Plant Optimization 10 (CPO10) dikuasakan oleh Metasys® bagi mengoptimumkan prestasi sistem pendingin
  • Perisian Panel Kawalan Tenaga Metasys merekod penjimatan tenaga pada setiap perimeter dan menyediakan analisis menyeluruh berkaitan kecekapan penggunaan tenaga bangunan tersebut

"Kami telah meraih pencapaian penting di Liberty place dengan penggunaan pengurusan "Tri-System" secara automatik di mana keseluruhan sistem yang berasingan disepadukan secara langsung ke dalam operasi harian bangunan. Seluruh sistem yang terbukti berjalan lancar menunjukkan kehebatan penyelesaian bersepadu daripada Johnson Controls," kata Dru Spork, Pengurus Kemampanan dan Perkhidmatan Grocon.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/libertyplace .

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls ialah peneraju global bagi pelbagai teknologi dan perindustrian yang menyediakan perkhidmatan buat pelanggan yang berada di lebih 150 buah negara. Seramai 150,000 kakitangan kami menghasilkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif asid-plumbum serta bateri canggih untuk kenderaan hibrid serta elektrik; serta komponen tempat duduk dan juga sistem untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak ditubuhkan pada tahun 1885, menerusi penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami dan dengan meningkatkan bahagian pasaran, kami komited dalam membawakan nilai buat para pemegang saham serta membantu kejayaan pelanggan kami. Pada tahun 2016, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #17 dalam senarai tahunan "100 Warga Korporat Terbaik". Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols melalui Twitter.

Latar Belakang Johnson Controls' Building Efficiency

Johnson Controls' Building Efficiency mempunyai portfolio yang tiada tandingan, terdiri daripada produk dan penyelesaian HVACR bagi mewujudkan bangunan yang lebih selesa, selamat dan cekap. Beroperasi di lebih 150 buah negara melalui rangkaian saluran pengedaran yang mantap, kepelbagaian tawaran yang disediakan oleh Building Efficiency membantu pemilik, pengendali, jurutera dan perunding bangunan memberi impak kepada seluruh kitar hayat bangunan. Kepimpinan pasarannya diiktiraf melalui jenama-jenama yang dipercayai seperti YORK®, Sabroe® dan Metasys®, selain keupayaan integrasi bangunan pintar serta penyelesaian pembiayaan tenaga. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_BEnews.

HUBUNGI:

Johnson Controls Building Efficiency 
Shing Shian Ngiam
+65-6854-8643
ShingShian.Ngiam@jci.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160511/8521603003
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology HVAC Conservation/Recycling New products/services