omniture

Feiyutech Memperkenalkan Kamera Pegang Gimbal Bersepadu

Feiyutech
2016-05-20 18:54 492

SHENZHEN, China, 20 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Feiyutech, sebuah syarikat berteknologi tinggi dari China, akan mengadakan majlis pelancaran untuk produk-produk baharunya sempena musim panas ini di Shenzhen. Dua produk baharu akan diperkenalkan: MGLite, gimbal yang dipertingkat untuk kamera SLR Mikro menjadi tombol yang membolehkan pengguna melaraskan graviti kamera tanpa sebarang alat, berserta beg simpanan dengan rekaan baharu yang memudahkan MGLite dibawa ke mana-mana.

Kamera pegang gimbal SUMMON daripada Feiyutech mampu merakam video 4K pada 25FPS dengan kestabilan pada 3 paksi. Lebih utama, kamera ini boleh merakam secara terus menerus selama lebih 180 minit.
Kamera pegang gimbal SUMMON daripada Feiyutech mampu merakam video 4K pada 25FPS dengan kestabilan pada 3 paksi. Lebih utama, kamera ini boleh merakam secara terus menerus selama lebih 180 minit.

Walau bagaimanapun, produk yang paling menarik ialah SUMMON, kamera pegang gimbal. Memandangkan Feiyutech sentiasa menjadi jenama terkemuka di dunia bagi kamera pegang gimbal untuk kamera sukan, kamera pegang gimbal yang baru dilancarkan ini akan memberi impak yang lebih besar terhadap seluruh industri kamera sukan. Dengan menyepadukan sepenuhnya fungsi antigegaran, kamera pegang gimbal ini dapat menghasilkan video yang jelas, stabil serta berkualiti tinggi, selain memberikan pengalaman mengendalikan kamera yang lebih selesa untuk pengguna.

SUMMON menyepadukan ciri-ciri 4K & 25FPS dan boleh merakam secara terus menerus selama 180 minit, walaupun beratnya adalah hanya 350g (tanpa bateri). Kualiti imej 4k pada kamera ini dilengkapi fungsi termasuk gerak perlahan antigegaran, lelap masa, sistem lelap masa putaran automatik 360 darjah yang boleh diprogramkan, rakaman dalam tempoh yang lama & antigegaran, serta rakaman yang boleh dikawal secara jarak jauh melalui APLIKASI pada telefon pintar. Berbanding kombinasi mod pada kamera sukan dan gimbal boleh pegang biasa, kamera pegang gimbal yang inovatif ini bukan sekadar menghasilkan imej berkualiti tinggi dan mempunyai fungsi antigegaran gimbal, bahkan ia turut membantu pengguna merakam dengan lebih mudah dan menyediakan tahap kecekapan yang amat tinggi.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan boleh membeli kamera ini melalui TMALL, AliExpress, Amazon, B&H dan outlet dalam talian yang lain, serta laman sesawang rasmi Feiyutech, www.feiyu-tech.com.

Ini merupakan satu pencapaian luar biasa buat Feiyutech yang beralih fokus daripada pembangunan gimbal pegang tunggal kepada bidang kamera sukan. Ini menjadi bukti keberanian dan kehebatan syarikat-syarikat berteknologi tinggi Cina untuk mara ke dalam bidang baharu di dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Big Mu
+86-159-1592-7879
13726797066@163.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160519/0861604744  

Source: Feiyutech
Keywords: Consumer Electronics New products/services