LONDON, 23 Mei 2016 /PRNewswire / -- Lebih ramai Ketua Pegawai Maklumat (CIO) melaporkan terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berbanding sebelum ini sejak sedekad yang lalu, satu peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu, menurut Kaji Selidik CIO Harvey Nash/KPMG 2016. CIO yang melapor terus kepada CEO juga didapati adalah individu paling gembira (87 peratus melaporkan kepuasan pekerjaan). Hasil kajian menunjukkan sejauh mana keutamaan CIO terus berubah, dan mendapati CEO kini lebih fokus terhadap projek-projek IT yang menguntungkan (hampir dua pertiga, 63 peratus), berbanding untuk menjimatkan wang (37 peratus). Bahkan, beberapa keutamaan CIO yang biasa sebelum ini menyaksikan penurunan terbesar dari segi kepentingan mereka sejak empat tahun lalu. Peningkatan kecekapan operasi pula menurun sebanyak 16 peratus, manakala usaha menunjukkan prestasi IT yang stabil pula jatuh 27 peratus.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724638 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150929/271996LOGO )
Namun begitu, kaji selidik tersebut menunjukkan, walaupun mereka berusaha menjadi lebih kreatif dan meningkatkan pengaruh mereka, CIO menyatakan mereka masih dihambat oleh kekurangan kemahiran teknologi yang paling utama sejak Krisis Ekonomi hampir sepuluh tahun yang lalu. Kira-kira dua pertiga (65 peratus) daripada CIO menyatakan mereka percaya kekurangan pekerja yang berkebolehan dalam bidang ini menghalang organisasi mereka bergerak seiring dengan perubahan yang meningkat sebanyak 10 peratus hanya dalam tempoh 12 bulan. Penganalisaan data ialah kemahiran yang paling diperlukan bagi dua tahun berturut-turut, iaitu sebanyak 39 peratus. Peningkatan tertinggi bagi permintaan kemahiran berbanding tahun lalu ialah kemahiran digital, meningkat 21 peratus, manakala kemahiran keselamatan pula meningkat 17 peratus. Syarikat-syarikat amat memerlukan kemahiran strategi digital dan IT terkini, menurut kaji selidik tersebut. Pada tahun ke-18nya, Kaji Selidik CIO Harvey Nash/KPMG merupakan kaji selidik berkaitan kepimpinan IT yang terbesar di dunia, dan lebih utama berbanding sebelum ini, keputusan kaji selidik tersebut menunjukkan peningkatan yang tidak dapat disangkal dari segi pengaruh CIO.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kaji selidik tersebut dan untuk memohon salinan lengkap dapatan kaji selidik, sila layari http://www.hnkpmgciosurvey.com
Teruskan membaca SIARAN MEDIA PENUH DI SINI
Hubungi
Michelle Smith
Harvey Nash
michelle.smith@harveynash.com
+44-20-7333-2677
Amy Greenshields
KPMG International
+1-416-777-8749
amygreenshields@kpmg.ca
Sumber: Harvey Nash Group and KPMG