omniture

Kemuncak Tertinggi: #project360 Tawan Gunung Everest

Dokumentasi Pertama laluan Selatan menggunakan kamera 360° untuk #project360 Mammut.
- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -
Mammut Sports Group AG
2016-05-23 14:21 356

SEON, Switzerland dan KATHMANDU, Nepal, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pencapaian baharu yang dicatatkan dalam pendakian gunung telah diraikan, apabila dua malim gunung dari Nepal Lakpa Sherpa dan Pemba Rinji Sherpa dengan bantuan rakan mereka Ang Kaji Sherpa dan Kusang Sherpa menjadi pendaki pertama di dunia yang mendokumentasikan seluruh laluan Selatan hingga ke puncak Gunung Everest menggunakan rig kamera 360° sempena #project360 Mammut. Laluan penuh itu kini disiarkan dalam talian dan boleh dilihat melalui http://project360.mammut.ch.

Ekspedisi pendakian Gunung Everest itu dipelopori oleh pakar realiti maya dan pengarah teknikal projek tersebut, Matthias Taugwalder. Beliau mengusahakan #project360 tersebut bersama jenama sukan pendakian gunung Mammut dengan kerjasama Heye Grid sejak dua tahun lalu. "#project360 bermula apabila kami merakamkan seluruh perjalanan pendakian ke bahagian depan Utara Eiger buat pertama kalinya. Hasilnya, kami mencipta satu sistem kamera istimewa berserta beg galas dan kiub yang terdiri daripada enam kamera Go Pro yang dapat merakamkan imej dan video 360 darjah secara berkala. Sejak itu, kami berjaya merakam lebih 40 laluan di Banjaran Alp dan di seluruh dunia dan kini, Gunung Everest pula menjadi fokus projek ini."

Bagi Mammut, tidak dapat disangkal dari awal lagi, Sherpa itu adalah calon yang paling sesuai untuk menggalas misi pendakian yang mencabar ini. Lakpa Sherpa, ketua malim gunung bagi #project360 ekspedisi pendakian Gunung Everest ini menyatakan beliau berbangga dapat membawa salah satu kamera penting itu ke puncak tertinggi di dunia. "Saya berasa bertuah kerana dapat menyertai projek hebat ini kerana ia menunjukkan kehebatan dan risiko mendaki Gunung Everest." Untuk mendaki, beliau mengikat tali pada tubuh dengan rakan malim gunungnya, Pempa Rinji Sherpa. Dua orang Sherpa yang berpengalaman dan pendaki, Kusang Sherpa serta Ang Kaji Sherpa, membantu mereka ketika mendaki ke puncak gunung.

Keempat-empat Sherpa mendaki dari Basecamp pada ketinggian 5380 meter ke puncak pada ketinggian 8848 meter, melalui semua laluan utama yang ikonik: menerusi Khumbu Icefall yang sukar diramal dan sentiasa bergerak, Western Cwm yang terkenal dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah, mendaki menerusi Lhotse Face yang curam dan licin, dan melalui bahagian penting yang mencabar di Yellow Band, Geneva Spur serta Hillary Step yang terkenal, sebelum tiba ke bahagian puncak.

Setelah berhari-hari menyesuaikan diri dan mendaki, Lakpa Sherpa, Pemba Rinji Sherpa, Kusang Sherpa dan Ang Kaji Sherpa tiba ke bahagian puncak dan menjadi pendaki gunung pertama berjaya merakam kesemua laluan ke puncak Gunung Everest menggunakan rig kamera 360°.

Ini merupakan satu kejayaan peribadi buat pasukan Sherpa yang komited dan pencapaian penting pendakian gunung maya untuk #project360 Mammut.

Baca kisah penuh di: http://community.mammut.ch/

Tonton video YouTube melalui: https://www.youtube.com/user/mammut

Muat turun kit media di: http://media.pprmediarelations.ch/Mammut/Expeditionen+Athletenprojekte/project360/5.+Everest+2016

#project360 

Dibangunkan dengan kerjasama pakar VR Matthias Taugwalder dan Heye Grid, pendaki gunung profesional dan kakitangan Mammut telah membawa beg galas kamera yang dicipta khas untuk mendaki lebih 40 buah gunung di seluruh dunia sejak tahun 2014. Laluan yang mengagumkan ini boleh dialami dalam panorama 360° penuh melalui http://project360.mammut.ch. Selain itu, kesemua perjalanan paling ikonik sepanjang laluan tersebut ditonjolkan menerusi video khas dan maklumat tambahan.

Hubungi    
Fabian Erhard
Mammut Sports Group AG
Industriestrasse Birren 5
CH-5703 Seon

Bahagian Perhubungan Awam
Telefon. +41-(0)62-769-82-71
Faks +41-(0)62-769-82-47
fabian.erhard@mammut.ch

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160520/370408
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160520/370409

Source: Mammut Sports Group AG
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Sports Equipment & Accessories New products/services