omniture

Dragon Capital bakal Senaraikan Dana Utama Terbesar Vietnam pada papan Bursa Saham London

Dragon Capital
2016-05-23 17:18 254

LONDON, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Dragon Capital, salah sebuah syarikat pengurusan pelaburan terkemuka yang melabur di Vietnam, hari ini mengumumkan hasratnya untuk menyenaraikan dana utamanya, Vietnam Enterprise Investments Limited ("VEIL"), dalam Pasaran Utama Bursa Saham London.

Diperkenalkan pada tahun 1995, VEIL ialah dana terbesar dan paling lama diuruskan, yang fokus terhadap Vietnam dengan Nilai Aset Bersih ("NAV") kira-kira US$850 juta. Senarai dalam Bursa Saham London itu dijangka akan membantu mewujudkan pasaran yang lebih telus dan cair untuk saham VEIL, memperluas potensi hak milik, menarik perlindungan penganalisis yang lebih mantap, meningkatkan profil VEIL dan mengurangkan nilai diskaun NAV saham yang diperdagangkan kini.

Pada 21 Jun 2016, VEIL akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) melibatkan perkara tertentu yang berkaitan dengan penyenaraian yang dicadangkan itu. Dijangkakan bahawa penyenaraian untuk mendagangkan saham VEIL dalam Pasaran Utama Bursa Saham London akan dibuat pada awal Julai 2016.

Selepas disenaraikan, VEIL dijangka akan menjadi medium utama untuk memperkenalkan negara Vietnam, hasil daripada saiz dan ekuiti mandat pelaburannya, yang dapat menarik pelabur institusi dan runcit. Kira-kira separuh daripada NAV VEIL diwakili oleh saham yang sudah mencapai had pemilikan asing, dan tanpa elemen ini, ia tidak boleh diakses oleh pelabur asing.

Dari segi makroekonomi, Vietnam memiliki profil pertumbuhan yang menarik, KDNK negara meningkat 6.7% pada tahun 2015. Terdapat juga aliran masuk FDI yang kukuh serta tenaga kerja muda, bertambah bilangannya dan berpendidikan tinggi. Negara tersebut juga mampu mendapat faedah daripada Perjanjian Perdagangan Bebas yang dimeterai baru-baru ini bersama Kesatuan Eropah dan juga Perkongsian Trans-Pasifik AS.

VEIL diurus oleh Dragon Capital, ditubuhkan pada tahun 1994 yang memiliki hampir 100 kakitangan dengan aset di bawah pengurusan bernilai US$1.3 bilion yang merangkumi pelbagai dana dan akaun.

Dominic Scriven, Pengerusi Eksekutif Dragon Capital Group berkata: "Ini merupakan satu pencapaian penting buat VEIL dan Dragon Capital. Menerusi penyenaraian di London, kami kini berusaha memenuhi permintaan daripada pelbagai pelabur yang ingin mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi Vietnam. Akses dan ketelusan yang lebih baik akan mengatasi halangan yang dihadapi oleh beberapa pelabur institusi dan runcit."

Latar Belakang Dragon Capital  

Ditubuhkan pada tahun 1994, Dragon Capital Group ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan bersepadu, yang fokus terhadap Vietnam dan kawasan Mekong. Dragon Capital dan rakan sekutunya mengurus hampir US$1.3 bilion aset yang melibatkan ekuiti awam, ekuiti persendirian, pendapatan tetap dan juga hartanah. Pemegang saham majoriti Dragon Capital terdiri daripada pengasas, pihak pengurusan dan kakitangan syarikat.

http://www.dragoncapital.com

Smithfield
Ged Brumby    
gbrumby@smithfieldgroup.com

Source: Dragon Capital
Keywords: Banking/Financial Service New products/services