omniture

Hong Kong Menyongsang Arus untuk Menjadi Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia

IMD International
2016-05-31 02:00 372

SINGAPURA, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pulau Mutiara Timur, Hong Kong China, bertindak setanding gelarannya dan menyongsangi corak penurunan ekonomi di Asia untuk mengambil tempat Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing, menurut penarafan terkini yang dikeluarkan oleh IMD World Competitiveness Center .

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160527/372928-INFO )

Wilayah ini meraih tempat teratas dalam edisi 2016 Penarafan Daya Saing Dunia yang berprestij, kembali ke kedudukan pertama buat pertama kalinya sejak 2012.  Singapura berada pada kedudukan keempat dan merupakan satu-satunya negara Asia lain yang berada pada kedudukan 10 teratas.

USA berada pada kedudukan pertama pada tahun 2013, 2014 dan 2015, dengan Hong Kong China jatuh sehingga ke tangga keempat, namun kekuatan ekonomi AS semata-mata sudah tidak lagi memadai untuk mengekalkan dominasinya.  Negara-negara yang mengambil tindakan strategik untuk bersaing, seperti dalam usaha Hong Kong China untuk mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan, atau pelaburan Singapura dalam prasarana, terutamanya berkaitan perkapalan, mampu berdepan dengan ekonomi-ekonomi yang besar.

Penarafan terkini meletakkan Hong Kong China di kedudukan pertama, Switzerland kedua dan AS ketiga, dengan Singapura, Sweden, Denmark, Ireland, Belanda, Norway dan Kanada melengkapkan kedudukan 10 teratas.

Selain Hong Kong China dan Singapura, kajian menunjukkan daya saing Asia mengalami penurunan keseluruhan yang ketara sejak penerbitan penarafan tahun lepas.

Taiwan (ke-14), Malaysia (ke-19), Republik Korea (ke-29) dan Indonesia (ke-48) kesemuanya mengalami penurunan yang ketara daripada kedudukan mereka pada tahun 2015, manakala hanya Tanah Besar China kekal dalam kedudukan 25 teratas.

Professor Arturo Bris, Pengarah IMD World Competitiveness Center berkata:  "Secara keseluruhannya, terdapat penurunan yang sangat ketara dalam daya saing Asia sejak penarafan terakhir kami.

"Penurunan ini disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi, pengukuhan mata wang AS dan penurunan keuntungan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta."

Professor Bris menambah bahawa komitmen Hong Kong China yang tekal dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang menggalakkan menjadi tunggak utama keupayaannya mengatasi masalah serantau.

Wilayah pusat perbankan dan kewangan yang meneraju – seperti Singapura – menggalakkan inovasi menerusi percukaian yang rendah dan mudah serta tidak mengenakan sebarang sekatan kepada aliran modal.

Ia juga menawarkan laluan masuk kepada pelaburan asing secara langsung ke Tanah Besar China, kuasa besar ekonomi yang terbaharu di dunia, dan membolehkan perniagaan di sana mengakses pasaran modal global.

IMD menganalisa lebih 340 kriteria yang diperoleh daripada empat faktor utama – prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana – untuk menentukan penarafannya.

Professor Bris berkata: "Satu fakta penting dalam kajian kami sejak bertahun-tahun ialah pertumbuhan ekonomi semasa bukanlah satu jaminan bagi keupayaan berdaya saing di masa depan.

"Corak yang sama yang diperhatikan dalam kalangan semua negara yang berada dalam kedudukan 20 teratas ialah fokus mereka dalam peraturan yang mesra perniagaan, prasarana fizikal dan yang tidak ketara serta keterlibatan institusi-institusi."

IMD business school menerbitkan penarafan setiap tahun sejak 1989.

Maklumat lanjut penarafan boleh didapati di https://worldcompetitiveness.imd.org/Press/ - Sila hubungi hubungan media IMD untuk mendapatkan akuan berita.

HUBUNGAN MEDIA:
Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352 matthew.mortellaro@imd.org

Singapura:
Lynette Wong, +65-6327-0267 lynette.wong@mslgroup.com

Sumber: IMD International

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research